Follow Us @soratemplates

20/10/2009

ECV - Day Care Unit, Maternity 1, SGH

Semalam aku ada appointment di SGH untuk buat ECV. Sampai jer kat sana dah kedengaran dah bunyi beat baby, kuat, tapi tu baby orang lain punya. Lepas tu aku plak disuruh baring sebab nurse nak pasang alat untuk observe heart beat baby. Aku pun baring la tapi sebelum tu nurse suruh aku buang air kecil dulu. Encik Suami plak pergi ke department sebab suami tak dibenarkan menunggu di situ. Aku senyum jer kat pempuan di katil yang lagi satu sebaik saja tirai diselak dan aku pun terus baring di atas katil yang serba putih itu.

Agak lama jugak la heartbeat baby diobserve. 1 jam. Pempuan di sebelah katil aku habis awal 15 minit daripada aku. Aku pun tegur la dia, sekadar berbasa-basi. Rupanya masalah dia pun sama dengan aku, breech baby, minggu pun lebih kurang jer. Dia minggu ke-38, aku plak minggu ke-37. Lepas 1 jam, aku pun dibenarkan duduk di tempat menunggu, menunggu giliran jumpa MO plak.

Pempuan yang sebelum aku tu namanya Rita. Hehehe. Aku tau la sebab nurse panggil dia Rita. MO bertugas pun panggil Rita, aku yang duduk tak jauh dari situ dengar jer explaination MO tu. Bla bla bla. Lepas tu Rita pun duduk semula, tunggu specialist plak panggil. Aku tanya Rita, setuju ke nak pusing kepala baby, dia setuju. Dalam hati aku, aku takmo buat ECV. Tibalah giliran aku.

MO pun explain kat aku pasal ECV dan planned ceasarian section. Aku dah tau dah sebab aku dah google dan baca. Pastu aku tanya la MO tu.

Aku: Kalo saya takmo buat ECV boleh tak?

MO: You datang pagi ni kan sebab nak buat ECV?

Aku: Tapi MO kat Jawa tu tak tanya saya dulu, dia terus tetapkan appointment. Saya nak ceaser terus, tak boleh ke?

Pastu MO tu refer dengan specialist yang ada kat sebelah dia. Diorang bercakap-cakap la. Ake dengar jer apa yang diorang cakap. MO tu baru lagi, specialist tu suruh MO yang bernama Dr. Wong tu convince aku supaya buat ECV.

Mulanya aku tetap berdegil. Encik Suami dah cakap, kekadang ada prosedur yang diorang takleh nak skip, have to buat jugak dan dapatkan sign patient. Dan aku tau sekarang aku sedang melalui prosedur tu.

MO: Why not you cuba, sementara dah ada peluang ni, walaupun peluan 50-50 tapi at least you dah cuba. Mana tau berjaya, you dapat tambahkan bilangan anak kalo normal delivery. Kalo you tak cuba, kan rugi.

Hmm.. tambahkan bilangan anak. Tiba-tiba aku teringat yang aku dan Encik Suami plan nak 5 orang anak. Kesian dia kalo aku ceaser mesti anak 3 orang jer. Aku pun berubah fikiran pabila teringatkan Encik Suami. Aku tauk ECV tu sakit tapi tak kisah la aku try, mana tau sukses dan boleh bagi 5 orang anak kat Encik Suami.

So aku pun sign la consent letter tu. Ini bererti aku setuju untuk buat ECV dan kalo tak berjaya aku akan disorong ke OT. Dan... aku pun menunggu lagi untuk dipanggil specialist plak.

Bila tiba masanya, specialist yang bernama Dr. Karen tu bagitau aku, sekiranya lepas buat ECV tu, dan ECV tu tak berjaya, heartbeat baby akan dimonitor lagi. Kalo baby tak ok, aku terus disorong ke OT. Oh, ok.

Sebelum Dr Karen tu buat pemusingan kepala baby, darah aku diambil dan aku dimasukkan ubat yang bertujuan untuk mengecutkan/merelakskan rahim. Dan ubat tu juga membuatkan heartbeat aku sendiri laju giler. Dr Karen cakap ubat tu selalunya digunakan oleh pesakit asma. Tercungap-cungap jugak la aku. Dah la masa nak masukkan ubat tu Dr Wong tu tak jumpa urat aku. Cucuk tangan kiri 2x, tak dapat. Dia cakap urat terlalu halus. Pastu Dr Karen lak cari urat kat tangan kanan, tak leh jugak. At last aku gitau dulu aku penah dimasukkan ubat melalu lengan. So dia cari urat kat lengan baru lah ubat tu leh masuk. Huhu.

Dan.. sesungguhnya ECV tu sakit. Dr Karen hanya lumurkan gel di perut aku dan dia try pusingkan kepala baby ke bawah. Sakitnya. Atau mungkin mind-setting aku yang dah set sakit? Tapi memang sakit la. Lepas pusing dia buat ultrasound. Dia try 3x tapi tak berjaya. Dan dia suruh Dr Wong call siapa MO yang ada di OT. Dr Wong pun pergi call sementara nurse bantu aku mengelap gel di perut. Pastu Dr Wong bagitau Dr Karen line engaged dan Dr Karen plan suh aku baring lagi untuk monitor heart beat baby.

Sampai jer kat katil tu, aku tanya Rita, macam mana ECV dia. Dia cakap berjaya tapi sakit. Hmm.. memang sakit pun, sebab tu aku takmo ECV. Dan aku pun terus baring. Alhamdulillah heart beat baby ok, lebih kurang jer dengan sebelum ECV tadi cuma kali ni agak laju. Penangan ubat tadi tu la kot. Dan setengah jam kemudian aku pun dibenarkan untuk balik.

Sebelum balik, aku jumpa Dr Karen sekali lagi. Dia dah tetapkan yang aku perlu dicaeser pada Sabtu depan dan admit pada pagi Jumaat, 29 Oktober 2009. At last, aku terima kenyataan dan redha yang aku takleh nak bersalin normal.

Tapi.. tak ape lah. Mungkin ada hikmah di sebalik semua tu. Yang penting aku nak baby aku selamat. Baby yang bakal menyerikan rumah tangga aku dan Encik Suami. Tak sabarnya nak tunggu baby keluar.

:minimo_19:

Harap-harap semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan Allah. AMIN.


post signature

7 comments:

  1. mek gik berdebar baca mira. hope everything berjalan lancar & selamat. insya Allah. rindu nak CTG & dgr hearbeat baby. laju jak bunyi nya oh... cheer up!

    ReplyDelete
  2. kak miraaaaaa kmk bok tauk blog ktk tok.huhu..take care aaa..

    ReplyDelete
  3. by the way, sik juak mun c-sect x boleh beranak byk. my cuz 2 kali c-sect, anak ke-2 & 4. tp, lekak anak ke -4 ya doktor nang soh nya berikat. mun agik sekali c-sect ya boh risolah mira. hopefully, kandungan lain lak blh bersalin normal, cuma perlu jarak 3 tahun lekak c-sect bok blh pregnant gik. mcm kes kakak ipar mek, 3 org anaknya semua c-sect, bok doktor melarang beranak agik. sama target hubby kita 5 org. hehehe...

    ReplyDelete
  4. nyza,

    thanks.. jeles juak bah xda experience cm urg lain.. experience normal..

    fieza,

    domain mek ria expired.. alu tkr ke blogspot balit.. sm jak sbnrnya

    ReplyDelete
  5. nang semua bakal ibu tok mun dapat mok bersalin normal, tp c-sect pun bersalin juak, sikkan menurunkan darjat seorg ibu ya. so, kitak tabahkan hati jak. sepa tauk nok seterusnya kelak dpt normal. mek ada sorg kwn sitok c-sect 2 kali sethn, jan & dis, ok juak xda komplikasi.

    ReplyDelete
  6. odah,

    ya lah oh.. menar kata ktk... tetap juak baby kuar dr rahim kita ooh... kwn ktk ceaser 2x sethn? biar benar? 1st time mek dgr... nasib bait x kena anok sidak nurse & doc

    ReplyDelete
  7. menar.. baruk last year. nya c-sect pun sbb high bp. 2 bulan pas ya teraccident gik. apa boleh buat, kenak anok pun redha jak lah. tp pas nya deliver nok 2nd ya terus nya nang ncarik kubu kuat lah takut berulang gik..

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥