Jalan-Jalan-Jalan

Tadi member cakap ada promosi Air Asia.
Travel period pada tahun depan.
Terus kepala fikir nak bawak Iman pergi Langkawi.
Langkawi lagi?
Ye la dulu masa Iman kat Langkawi, Iman baru jer besar kacang peas.
Kalau tahun depan Mesti Iman dah pandai jalan.
Mesti syok bawak Iman jalan-jalan di UnderWater World.
Tengok penguin makan.
Mesti Iman suka.


Tapi tempat yang paling best bergambar ialah di Dataran Lang.
Mungkin tu la tempat yang first sekali Ibu dan Ayah jejak semasa sampai di Langkawi.
Suka sangat snap-snap picture kat situ.
Macam tak sah jer pergi Langkawi kalau  tak tangkap gambar burung helang tu.



Tapi.
Tiba-tiba pulak terasa nak pergi Bandung lagi.
Rasa macam tak puas jer shopping masa pergi tahun 2008 dulu.
Ye la zaman tu zaman nak kahwin.
Pergi masa tu pun konsentret nak beli barang-barang kahwin jer.
Kalau ada rezeki nak jer pergi Jakarta & Bandung lagi.
Nak merasa pegang duit juta-juta lagi.
Hehe.

Masa baru sampai di Jakarta, belon merah delay.

Ha, saya pergi ramai-ramai tau. Bukan pergi berdua je.

Best kan kalau ada duit juta-juta.
Boleh pergi mana-mana kita nak.
Teringin sangat nak ke Tembok Besar China.
Hmmmm...



2 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. best aih pergi indonesia...gney tmbg flight? mahal sik kak?

    ReplyDelete
  2. tambang x mhl masa mek g... time ya ada AA promo... tambang 0 sen.. byr tax jak... tp nektok dh xda flight Kch-Jakarta

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form