Follow Us @soratemplates

17/04/2011

7 weeks & Ectopic pregnancy

Dulu saya cuma membaca tentang kandungan luar rahim (ectopic pregnancy)
Tetapi sekarang, saya melaluinya sendiri
Sedih, tipulah tak sedih, siapa yang tak sedih kandungan bermasalah

Lepas buat ultrasound, Dr Jenny bagitau ada kemungkinan ectopic pregnancy
Memang belum ada full diagnosis tapi melalui keputusan ultrasound, saya rasa macam sah
Saya cuma mampu tersenyum dalam tangisan

Keluar jer dari EPAU, saya dah tak kisah dah, air mata memang dah bergenang
Tunggu masa nak 'hujan lebat' jer lagi
Tak sangka rupanya sakit perut yang saya alami tu sebenarnya boleh mengancam nyawa saya
Syukur alhamdulilah Allah masih memberi peluang untuk saya bernafas sekali lagi

Kandungan Luar Rahim atau Ectopic Pregnancy membawa maksud, embrio yang telah dipersenyawakan membesar bukan pada tempatnya iaitu di luar daripada rahim. 98% daripada kandungan luar rahim ini ialah pada kawasan tiub fallopia dan ia dipanggil "Tubal Pregnancy". Yang lain-lain ialah di serviks, di dalam kawasan abdomen (omentum atau peritoneum) dan ovari.

Apabila seorang wanita di dalam jangka umur subur datang dengan sakit perut yang teruk, di sebelah kiri atau kanan bahagian bawah, maka mengandung luar rahim perlu diketepikan. Ini adalah kerana mengandung luar rahim boleh menyebabkan pendarahan di dalam perut dan boleh menyebabkan kematian.

Selain daripada sakit perut, pendarahan pada vagina yang seolah-olah datang period boleh mengaburi pesakit kononnya mana mungkin mengandung kalau datang period. Sedangkan ia bukan lah period tetapi pendarahan akibat mengandung luar rahim.

Beliau juga mungkin boleh mengalami tanda-tanda awal mengandung seperti terasa ngilu pada buah dada dan puting, pening dan loya atau muntah-muntah beberapa hari sebelum itu.

Sekiranya pendarahan terlalu banyak di dalam perut, pesakit akan mengalami pening-pening, rasa lemah badan, perut menjadi keras, sakit pinggang dan belakang dan boleh pengsan.

Apapun kesimpulannya, kandungan saya yang kedua ini memang gagal
Instict saya kalau kandungan ni menjadi, Iman akan dapat baby girl
Tapi, tak kisah lah, mungkin ini dugaan Tuhan untuk saya dan keluarga

Rawatan yang seterusnya belum lagi bermula sebenarnya
Pada Isnin nanti barulah saya akan berjumpa pakar O & G untuk review result darah saya
Untuk sampel pertama hari tu, beta-HCG saya ialah 814
Harap-harap kandungan beta-HCG untuk sampel kedua akan terus menurun
Kalau masih tinggi, mungkin saya terpaksa melalui pembedahan Laparoskopi


Ibu Iman: pasti ada hikmahnya bah..



8 comments:

  1. ow..nya perlu dibuang ow..sikpat di ator2 ke tmpt asal...thanks for sharing sis..bgs info tok..tkut juak bah.umur2 kmk tok dh kira ahir juak maok nikah koh..huhuh

    sabar kak..ada hikmah ats smua yg berlaku tok..

    ReplyDelete
  2. aok..tuhan sik kan menduga umatnya melebihi kemampuan umat nya itu..erm...mesti ada hikmah nya...

    ReplyDelete
  3. banyak-banyak bersabar, kak ira... setiap ujian pasti da hikmahnya... insyaAllah...

    ReplyDelete
  4. oMG...sabr ye Ibu Iman.ujian ni pasti banyak hikmah nya.seram juga dgr tu boleh mengancam nyawa...do take care ya dear..

    ReplyDelete
  5. salam...sbrlah k...my cousin da experience luar rahim tok tpnya sedih gik sbb twin.sedihnya tp nk berkat kesabaran a few months laternya pregnant gik alhamdulillah dpt baby girl..boh sedih mungkin lom da rezeki & allah nak nyuruh ktk manjakkan iman ya lok :))..take care & get well soon

    ReplyDelete
  6. tedah.. saba jak kak.. mbak doa banyak2 k... mbak sabar... kmk pun tkt juak dengar nya kak...

    ReplyDelete
  7. owh sungguh ngeri kita membaca dan memahamkan secara detail. nanti post info lagi ye mira, kita doakan awak tabah dan lekas seperti sediakala.

    ReplyDelete
  8. thanks all...semuanya dh selamat..nnt kite cuba lg... hihihih

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥