Bila Isnin

Kenapa mesti ada Isnin?
Kalau Isnin diganti dengan Selasa, kenapa mesti ada Selasa?
Kenapa?
Faham kan kenapa ada statement ni?

Teringat.
Dulu masa pregnant Irfan, bukak bekal kat pantri untuk breakfast.
Tetiba sorang staff lelaki masuk.

Dia- "Ko masak ke?"
"Aah."
Dia - "Sempat jugak ko masak?"
"Sempat, aku bangun kol 5 masak bekfes."
Dia - "Baguslah, wife aku tak sempat apa-apa, nak uruskan anak-anak lagi"

Tu masa ada Iman Madihah jer..
Aku bangun seawal 5 pagi dia pun masih nyenyak tidur.
Sekarang pukul berapa pun aku awal bangun kalau Irfan terjaga sama aku kena susukan dia dulu.

Sekarang dah lama tak bawak bekal dari rumah.
Tak sempat nak masak-masak di awal pagi lagi dah.
Nak goreng telur pun takut tak sempat.
Sempat jer rasanya.. tapi aku kena gerak awal dari umah.
Nak hantar Irfan lagi.
Daripada terlambat baik aku gerak awal.

Dah taktau nak bekfes apa kat kedai depan tu.
Berapa tahun dah menu sama je.


Rindu budak 2 orang ni!
Sama-sama bising.
Sama-sama masam.
Sama-sama busuk.

Tak puas cuti 3 hari.
Tak sabarnya nak tunggu hari Khamis!




4 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. As salam Mira,

    Apa kahabar? Salam Aidilfitri & selamat menyambut merdeka! :))
    Lainnye rupa Iman skrg! Bb pun dah besar :)

    Yelah teringat jgk dulu ms time kerja... kdg2 naik bosan tak tahu nak makan apa... mlm2 masak esok bwk bekal pergi ofis... jimat pun jimat :)

    ReplyDelete
  2. ahahaa..xtau laa baca entry ni nak kesian ke nak tergelak.. adoii..camtu laa mira..agaknya klu 3-4 org cmana pulak.. waaaa, xnak pikir lagi

    ReplyDelete
  3. marya,

    alhamdulillah, tp sora rock ler skrg sbb byk minum air gas kot... hihihi... lain kn dpd ms dia baby... hihihi

    lea,

    harus fikir, mana bleh x fikir... hhuhuhuu... nk cuti skjp lah... x larat eden... hahaha

    ReplyDelete
  4. hahahha...
    yah, mcm kmk dah cuti terus.
    dah la cuti raya panjang, masuk keja 4 ari jak then cuti selamanya.. hahahhaha..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form