Follow Us @soratemplates

22/01/2020

Kesuraman

Ya.. ya.. saya ada
Cumanya agak tak berapa stabil dari aspek emosi
Entri ada je masih draf tapi tak sempat nak mengarang

Isnin hari tu... EL tapi ambik cuti ganti
Takde semangat nak kerja
Awal tahun dah down?
Ada lah sebabnya
Kalau rajin saya simpanlah di sini nanti
Kalau tak, biarlah saya simpan dalam hati

Semalam masuk kerja pun masuk kelas je
Lepas tu takde feel nak buat kerja
So decide pegi sekolah #theIMANs je
Padahal dah bawak bekal siap² dari pagi untuk lunch
Tapi sebab takde mood pegi jugak sekolah
Teman si abang makan
Lepas tu siap balik rumah lagi, basuh pinggan, solat
Dan tepat jam 2 dah ada di ofis semula

Nampak mendatar kan
Padahal ada jer kerja nak buat
Siapkan ikut keutamaan je dulu
Masih lagi kesuraman hatiku ini
Ahaks

Balik kerja ambik diorang dari KAFA pulak sebab Ayah keluar lambat

Hari ni pun bangun lambat
Padahal 2 kali tersedar
Sekali baru jam 2 pagi
Sekali lagi 3.45 pagi
Lepas tu bila alarm bunyi boleh pulak dicancel

Dan punch pun lambat hari ni, 8.05
Petang ni takde chance lah nak balik awal
Dan.. kita kesuraman lagi

3 comments:

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥