Tips Mendapatkan Deep Sleep + Golden Time

 📌TIDUR


Bila Dr Noorhisam dari Tahfiz Medic menukilkan dapatannya bahawa dalam sehari, kita  hanya memerlukan tidur selama 3jam sahaja! Saya cuba...saya tidur sekitar jam 11-12 malam dan cuma bangun semula pukul 3 pagi tetapi saya bangun dengan rasa mengantuk dan letih. Kekadang saya tertidur semula dan bangun jam 4.30 pagi. 


Saya syak, mungkin sistem badan saya yang tidak berfungsi dengan baik..menyebabkan saya tidak dapat bangun dengan cergas seperti yang dirancang.


Tetapi saya pelik, bilamana ada hari-hari tertentu, tika saya "tanpa rela" sering tertidur pada pukul 9 malam.....seterusnya secara automatik, sekitar jam 2pagi saya pasti akan terjaga. Biji mata saya segar....lalu saya pun bangun untuk melakukan aktiviti2 rutin saya....tanpa mengantuk! Saya pelik!


Rupa-rupanya apa yang berlaku pada saya bukan suatu yang abnormal....saya menemui artikel karya Dr Hamza Al-Hamzawi.


Menurut kajian beliau, untuk bangun dengan cergas, kita tak perlu tidur selama 8jam seperti kajian barat. Tetapi cukup dengan tidur selama 3 JAM SAHaJA. Tetapi waktu tidur itu mestilah dari pukul 9 MALAM HINGGA 12 MALAM‼️ (tapi kita di zaman skrg ni kalau kita dapat tidur tepat pukul 10 dàn bangun jam 2pagi...itu dah lebih dari baik).


Berdasarkan sunnah, Rasulullah saw sememangnya tidur di awal malam kerana tidur pada waktu ini adalah waktu tidur yang paling bermanfaat. Seseorang itu boleh dapat 80% daripada tidur yang nyenyak pada waktu ini. Waktu ini juga terdapat 'Baraka' di dalamnya iaitu sejam waktu tidur bersamaan dengan tiga (3) jam waktu tidur. Pada masa ini kelenjar pineal mengeluarkan hormon melatonin iaitu membantu kita untuk tidur.


🗒Tidur dari pukul 12 pagi hingga 2 pagi🗒

Waktu ini terdapat 20% waktu tidur nyenyak dan selebihnya iaitu 80% adalah 'dream sleeping' yang tidak berguna. Pada masa ini tidur sejam bersamaan dengan sejam waktu tidur.


🗒Dari dari pukul 2 Pagi hingga 5 Pagi sebelum Subuh (Fajr)🗒

Ini sebenarnya bukan lagi waktu tidur tetapi adalah waktu yang paling sesuai untuk menghafal, mengingati Allah, berzikir, Istighfar dan penumpuan mental.


🗒Tidur pada waktu siang (selepas Fajr)🗒

Tidur pada waktu ini adalah waktu tidur yang tidak bermanfaat kerana tiga (3) jam tidur bersamaan dengan sejam waktu tidur, ditambah dengan kelesuan, kekeliruan, dan hilangnya fokus.


🗒Tidur dari Fajr hingga terbitnya matahari🗒

Kelenjar pineal mengeluarkan hormon lain iaitu 'serotonin' iaitu dari Fajr sehingga terbitnya matahari dengan syarat seseorang itu mestilah sudah bangun. Bagi mereka yang solat Subuh dengan 'Jamat' dan duduk mengingati Allah. Pada waktu ini adalah sangat sesuai untuk berzikir dan melakukan aktiviti harian.


Pembebasan 'melatonin' oleh kelenjar pineal berkurangan selepas 40 tahun dan berhenti selepas 50 tahun. Kemudian seseorang itu harus memanfaatkan apa yang telah tersimpan dalam badan sehingga sepanjang hayatnya. 


Jadi, jika seseorang mendapat 'Alzheimer' dan permulaan 'Dementia', bermakna dia telah tidur lewat sepanjang hidupnya. 


Wallahualam.


So 3 jam adalah 9 jam tido. Sebab tu ramai yang bangun tersedar pukul 1. Sebab badan dah fully charge. Macam phone kita. Dah 100%, cabut la charge. 


Apa effect kalau overcharge?

Macam mana  nak tido puklk 9 kalau dah biasa tidur lambat? 

Nanti susah nak tido.


Senang jaaa ☺️☺️☺️


1️⃣Tutup phone, wifi, data, tv, lampuu.


2️⃣Nak tido tu Talk to Allah.

"Ya Allah, datanglah dekat aku, aku dah jauh dari mu...aku nak kamu Allah... kejut la aku pukul 3, aku nak taubat, aku nak sucikan kolam aku..bantu aku yang Allahhh"


3️⃣Tenangkan diri. InsyaAllah 30 minit boleh tidur bagi yang susah tidur


First day memang rasa susah nak tidur.

Next day tu tak yah buat pape. Terus bommm tidur  sndiri 😍 Hehee. Dah ramai yang cakap begitu. First day susah tidur. Second day tidur senang gila 😭🤩


Once badan dah penat. This is the best sleep ever! Tidur yang paling bagus adalah tido yang tak mimpi langsung! Tidur yang bukan ayam². Tidur mimpi ni tak elok sebab otak kita bekerja.


So nak deep sleep adalah kena start dengan tido awal dulu pukul 9. Nanti esok akan dapat deep sleep. Deep sleep ni cukup 3,4 jam je. Setel untuk sehari.


Untuk first bangun pukul 3 memang akan ngantuk. 


So boleh  tidur dulu untuk first day. Tunggu esok pabila dapat deep sleep. Korang akan rasa fresh je. Tak ngantuk sampai subuhh.


Dan ni la waktu dipanggil THE GOLDEN TIME!


Buat yang uzur, tanam azam untuk bangun tahajjud juga. Boleh zikir sebanyak mungkin dan doa banyak-banyak. Sebab waktu ni adalah GOLDEN HOUR untuk doa dimakbulkan.


Insya Allah, kita tanam azam kuat-kuat. walaupun uzur tetap masih boleh beribadah dan jumpa Allah SWT. Insya Allah kita boleh wahai kaum hawa 💪💪💪 🔥🔥🔥


Kredit dari hantaran di FB Hamba Allah


2 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. nak cuba amalkan la. sbb skrg ni abe kie tdo jam 11. kul 4.30 am tu dah bgn pun. tp masih ngantuk di sek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga dipermudahkan abe kie.. Sy x boleh kot byk urusan rumah tangga nk disetelkan sblm boleh msk tdo 😂😂

      Delete
Previous Post Next Post

Contact Form