Cara Nak Dapatkan Diskaun 10% Semasa Dine-In di TukTuk

Selfie for Discount?

Ya! Korang tau tak ni? Tapi bukan selfie dan save dalam henpon jer tau. Lepas selfie korang kena upload di medsos korang, nanti bila dah bayar di cashier korang kena tunjuk kat cashier tu status korang tu, haaa... barulah dapat diskaun 10%. Tapi jangan lupa tag Tuk Tuk pulak ye. 

Alaaa... segan la nak upload gambar selfie ke medsos.

Tak jadi masalah la sis. Kalau tak upload tak dapat la 10% less, tu jer. Lepas makan tetap kena bayar jugak. Tak berdosa pun tak selfie dan tak upload. Yang berdosanya kalau tak bayar lepas makan. Kah kah!

Ada sejenis spesis manusia ni dia memang tak update medsos especially bab makan-makan ni. So spesis ni memang tak mendapatlah diskaun 10% ni.

Alaaa... 10% jer pun, tu pun nak berkira

Eh, eh, mengecam pulak ye. Macam kedekut sangat kan nak makan pun nak less. Saya pun sejenis kalau bab makan tak kisah la mahal janji puas hati sedap & menepati citarasa. Rasanya dah beberapa kali makan kat Tuk Tuk memang la ada selfie tapi tak update pun kat medsos. Cuma hari tu ada cashier tu terover friendly pulak. Masa saya nak bayar tu dia tanya pulak, "akak ada tak update kat medsos akak gambar selfie tadi."

Alamak, memang tak lah. Semenjak 2 menjak ni ada sedikit kemaluan dan kemalasan nak update medsos kecuali bab masak-masak je. Mungkin faktor-faktor penuaan kot. Eh? 😱

"Takde pulak dik"

"Akak selfie lah sekarang nanti dapat less 10%"

Adeh. Tengok belakang takde customer queue nak bayar. Baiklah akak sahut cabaran ko dik. Hahaha!

"Hmm.. kamek selfie dengan kitak jak lah". Hambik kau nak sangat selfie kan?

"Boleh kak, tunggu jap kamek ambik keropok lok nak promote" - sporting pulak dia ye nak melayan akak nan sorang nih. Tapi kan, keropok udang tu memang sedap tau!

Nahhhhh... inilah dia selfie saya dan cashier Tuk Tuk hari tu. Nasiblah ko dik, ko nak sangat kan akak ko ni dapat less 10% ko tunggu jer lah akak ko update di IG sekali baru dapat bayar. Kah kah kah.


Lepas update tu dia nak tengok tau medsos korang dan dia ambik gambar sekali untuk bukti. Tak kisah la korang update di FB ke IG ke janji medsos dan mesti tag Tuk Tuk kat mana korang makan tu.

Mudah jer kan bagi spesis yang semua update di medsos. Kih kih kih. Update jer macam biasa dah dapat 10%. On tak on??? Hendak seribu dayaaaaa... ecececeh macam susah sangat lah kerja mengupdate status di medsos tu. Huhu!

Bah, bah! Nanti kalau korang makan di Tuk Tuk boleh la selfie dan update terus di medsos korang ye. Itu pun kalau nak less 10% la. Takde paksaan pun bab tu. 

So kesimpulannya hari tu saya makan dengan adik (2 pax) cuma bayar rm21.30 je. Boleh la. Hahahaha.

Post a Comment

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

Previous Post Next Post

Contact Form