Kenapa Pentingnya ME TIME Suami-Isteri

Mungkin ada korang-korang yang pernah PJJ, atau yang sedang PJJ sekarang. PJJ bukan pengajian jarak jauh tau, perkahwinan jarak jauh, gitchu. Tau kan betapa tak bestnya PJJ tu. 

Saya pernah PJJ. April 2016 dulu dan semuanya kembali normal tahun lepas, 2019. Tak sangka sebelum ni dengar jer cerita orang pasal PJJ tak menyangka pulak diri sendiri pun merasa jugak pahit manis PJJ ni.

Tak dinafikan la, PJJ ni memang banyak dugaan. Emosi, kewangan, sosial.. tapi ada jugak kebaikannya.

Ya, saya akui PJJ pun ada hikmahnya. Tak semuanya tak best. Janganlah negatif all the times kan? Ni kan semua ujian daripadaNYA. Kita kena lah terima sebab PJJ ni pun kita boleh pilih kalau kita tak nak.

Alkisahnya saya PJJ sebab Encik Suami dapat kenaikan pangkat dan dia ditawarkan ke Semenanjung sana. Kalau dia tolak, takde lah pulak istilah PJJ dalam kehidupan kami suami isteri kan? Sebab itu saya cakap kita ada pilihan dalam menentukan apa yang kita nak. Kalau kita pilih untuk say no, maka takkan ada perubahan yang akan berlaku. Kalau yes, memang kita perlu bersedialah dengan perubahan dalam setiap fasa yang bakal kita lalui.

Cerita pasal PJJ pulak kan, sebenarnya saya nak bercerita pasal ME TIME. Apa ye 'me time' ni?


"ME TIME" ialah situasi di mana pasangan kita mendapat masa terluangnya SENDIRI dan dia bebas melakukan apa yang dia mahukan. - petikan dari says.com

Me time untik diri sendiri, yes penting. Tapi me time suami isteri pun sama PENTING.

Entri saya ni nak fokus me time untuk suami isteri je dulu.

Yes. Memang tak dinafikan bila PJJ memang life kita diabadikan untuk menguruskan anak-anak jer. Memang masa tu hubungan dengan suami agak mendatar. Memang tiap-tiap masa suami akan call untuk update urusan kita dan anak-anak tapi tak sama bila sama-sama di depan mata untuk menguruskan bersama-sama.

So bila suami balik sebulan sekali, selalunya kami akan utamakan anak-anak. Biarlah kita isteri mengalah dulu. Sadis tak? Kah kah. Itulah kenyataannya, biarlah kita berkorban perasaan demi anak-anak.

Tapi.

Ada tapinya... bila kita 2-2 penjawat awam dan 2-2 penjawat awam federal. Ok ini dah masuk kisah saya lah ye. 🙈

Masa PJJ ni time yang paling happy ialah bila dapat arahan bertugas rasmi di Semenanjung sana. Perasaannya yahooo yabeda bedoooo!! Masa tu lah kita dapat me time dengan Encik Suami. Dah la penerbangan ditaja pulak tu. Kih kih kih. Boleh dikatakan ditaja la walaupun ko beli tiket belon guna duit sendiri dulu kemudiannya baru claim. Tak kisah la meeting ke kursus ke memang syok habis lah.

Pastu time tu lah kita boleh recharge hubungan kita suami isteri, tanpa anak-anak. Tak kisah lah orang kata mengada ke apa, tapi time ni lah baru kita rasa macam zaman bercinta dulu. 

Alhamdulillah.. kami suami-isteri berjaya mengatasi dugaan semasa PJJ dulu. Bila dah kembali normal sekarang, rindu pulak masa PJJ kalau masa travelling bolehlah dating sesambil kerja kan? Sekarang kalau travelling takde dah orang nak jemput ko lagi di KLIA sana. Kah kah.

So sekarang kami buat macam mana untuk "me time"?

Yes, make sure dalam sebulan kena dating lah, tanpa anak-anak. Baru dapat berbincang dari hati ke hati gituuuu. Tak kisah lah nak shopping barang basah di Mydin ke, nak lepak makan ke, nak jogging ke tapi make sure anak-anak takde. Selalunya anak-anak akan tinggal kat umah nenek diorang la atau tinggal kat umah jer. Hihihi.

Kalau bawak anak-anak memang taklah nak lepak tempat-tempat macam ni yang sambil lepak boleh tengok view KLCC. Nak kira setiap level KLCC tu pun boleh. Kah kah!

Selalu jer bernasib baik kalau masa bengkel/kursus dapat roomate yang tak duduk sebilik, sama ada dia dok bilik lain atau tak datang, so Encik Suami akan turun kerja dari hotel jer. Hihihi.

Tak best mana pun kat sini rupanya 🙈

Baik, habis dah iklan bergambar. Jangan marah 😂 Saja nak tempek di blog untuk kenang-kenangan, in case terdelete ke apa ke dalam Google Photo tu.

Berbalik kepada isu yang tengah dibincangkan, cheh skema pulak ayat. Penting tau, recharge hubungan suami-isteri. Biar rasa balik bagaimana perasaan dimanjakan dan memanjakan tanpa kontrol depan anak-anak. Tapi kami takde kontrol-kontrol pun depan #theIMANs tapi takdelah nak buat aksi bermanja 18SX depan anak-anak pulak 😅 agak-agak jugak lah. 

So macam mana pulak cara korang 'me time' dengan pasangan korang ye? Jom drop komen & share 😉 penat plak asik saya jer menaip. Hihihi.




Post a Comment

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

Previous Post Next Post

Contact Form