Pendaftaran Pelajar Norma Baharu

Actually banyak pending post sepanjang minggu ni, ada yang dah saved draft tapi tak sempat nak habiskan write up. Baiklah, ini quick update saja. Kenapa saya agak busy minggu ni.


Sebenarnya pendaftaran pelajar baharu Kolej Komuniti ialah pada 4 Ogos hari tu tapi memandangkan kes Covid-19 di Kuching time tu tetiba mencanak balik so kami decide untuk tangguh sehingga situasi kembali reda. So bagi Edisi Sarawak kami ketinggalan dengan Kolej Komuniti seluruh Malaysia sebulan. Takwim akademik pun terpaksa tukar jugak ikut edisi Sarawak. Terpaksalah kan?

Walaupun pengambilan bukan tugas hakiki utama saya dah sekarang, oh ya saya sudah move on, tapi saya masih lagi di belakang tabir untuk urusan pengambilan. Boleh la kita gunapakai #intaketeamdihatiku 😄

Yang mana satu saya? Hahaha

Ada lagi task yang belum selesai ni. Macam tak cukup jer 8 jam di ofis. Huhu. Kalau di rumah bukan dapat fokus pun, banyak jer urusan rumahtangga yang menunggu untuk disetelkan.

Ye lah, tak merungut, #siscuba 💪

Nanti saya update lagi k. Buhbye!

Post a Comment

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

Previous Post Next Post

Contact Form