Pengalaman Mengambil Peperiksaan Google Certified Educator

Saya ni dah lama sangat tak ambik exam. Bila saja tekad nak ambik GCE exam, memang dah berperang dengan perasaan. Tak tenang dibuatnya 😅


GCE exam? Apa tu? Jom kita tanya Google jer lah. 


Google Certified Educator (GCE) is a program designed and managed by Google for educators who use G Suite for Education as part of their teaching and student learning. The program combines classroom experience with Google developed training resources and examinations that lead towards certification.


Alkisahnya kami baru jer dapat akaun G-Suite bulan Ogos hari tu. Apa yang best G-Suite ni ialah kita dapat unlimited data untuk Google Drive. Staf dapat, pelajar pun dapat. Makanya hip hip hooray jer lah. Sebelum ni ada jugak mohon email eDidik so alhamdulillah dapat jugak akaun G-Suite. Terus rambang mata nak pakai yang mana 1. Hahaha... tamakkk 😝


Sebelum ambik exam, kenalah study dulu kan. Saya mohon GCE ni melalui SOLS 24/7, member yang rekomen. Sebelum tu dah nak ambik di eDidik dah. Online class selama 2 jam selama seminggu. Kelas via Google Meet jer. Untuk ambik kelas ni kita boleh pilih sama ada nak guna BM atau BI, saya ambik yang BI jer sebab exam pun dalam BI jugak.


Lepas habis kelas seminggu tu, kita kena ambik online exam tu dalam masa 7 hari. Ni syarat dari SOLS 27/7. Saya habis online class pada 28 Ogos, so plan ambik exam dalam cuti hujung minggu tu. Dari hari ke sehari nak exam tak jugak exam, sebab tak konfiden. Tak study lagi. Memang la  follow kelas, buat homework tapi selagi tak study rasa tak konfiden je. Pagi 31 Ogos tu lepas subuh, saya tekad register exam hari tu jugak. Lepas register tu kita kena ambik dalam masa 24 jam daripada masa kita register tu. Bila dah dapat email dari Google yang exam kita dah ready, berdebarnya mak ai. Lepas siapkan lunch hari tu, bagi budak² makan saya on PC. Habiskan dulu study topik mana yang tak konfiden tu. Hihi.


Eh, apa soalan exam? Apa yang dibelajar? Actually GCE ni menguji kefahaman dan kemahiran kita dalam penggunaan pelbagai aplikasi Google. Daripada Gmail, Calendar, Docs, Sheets, Slides, Sites, Forms, Drive, Classroom dan YouTube!! Haaa... semua tu kena uji test dalam masa 3 jam. Ada 20 soalan MCQ dan soalan scenario (prktikal). Jawapan untuk MCQ tu kan macam serupa jer! Tapi ada jugak soalan macam padankan la, drag & match. Untuk praktikal memang kita kena buat seperti kehendak soalan, material pula memang dah disediakan di Drive. 


Oh, ya!! Masa exam ni syaratnya mesti kena ada webcam yang aktif. Sebab Google akan capture gambar kita sedang exam tu randomly. Hihihi. 




Katanya result keluar dalam masa 14 hari tapi tak sampai 5 hari dah tau result dah. Alhamdulillah. Berbaloi sangat seminggu balik lambat dari ofis walaupun dah punch in awal ke ofis. Hihihi.


Level 1 valid untuk 3 tahun jer. Bila ntah nak ambik Level 2. Doakan ye terbukak hati nak ambik Level 2 pulak 😃




2 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

Previous Post Next Post

Contact Form