Coretan Old School Blogger


Hai! Selamat berhujung minggu semua yang singgah di sini. Apa aktiviti korang hujung minggu di musim PKPB ni ek?  

Ohh.. Ok.. ok. 

Kakmim? Kakmim kat umah jer sesambil general cleaning, basuh baju, lipat baju. Petangnya lepak-lepak minum petang sambil bergosip kat umah adik. Ala.. kat hujung lorong jer. Tak perlu start kereta kita jalan kaki je sebab selang 7 buah rumah dengan umah Kakmim. Hehehe. Gosip tentang apa? Gosip tentang ABPBH malam tadi la. Orang pempuan kan? Macam tu lah topiknya. Hihihi.

Kakmim kalau Khamis, Jumaat tu giliran WFH so bila dah WFH memang liat sikit nak update blog. Kalau ada entri tu kekadang rajin jugaklah nak buat schedule post. Itu pun kalau rajin. Hihi. 

Pagi tadi sebenarnya Kakmim dah save gambar yang keluar di memori FB pada tarikh ini, 5 tahun yang lalu. Gambar ni haa..

Masa ni Alan si #anakno4 baru je 3 bulan lebih. Time ni kitorang pergi concert taska diorang 3 beradik. Biasalah hujung tahun kan ada mini graduation & concert. Tapi.. Kakmim tak ingat pulak nak tulis tentang apa. Haha! Maafkan penunggu gua tau. Dah cantik dah save gambar, pagi tadi dalam kepala memang ada nak tulis something tentang gambar ni tapi sekarang dah lupa. Maklumlah dah nak masuk 4 series ni macam tu lah.

Korang pulak macam mana caranya nak cari ‘modal’ untuk update blog? Cer share sket.

Awal tahun 2020 ni Kakmim memang ada self-KPI nak aktif balik berblog so memang ada set kategori untuk update tentang apa setiap hari. Tapi sejak PKP terus tak update. Pelik kan? Padahal time PKP banyak jer masa free tapi malas nak on PC. So tak jalanlah target tu.

Bila dah habis PKP barulah ada semangat nak blogging balik. Sekarang makin seronok pulak sebab dah bertambah dah geng blogger. Seronok baca entri-entri blogger sekarang. Kreatif sangat. Kakmim ni masih kategori blogger old school - yang update entri macam update online diary. Hihihi. Iklan-iklan pun takde kat blog. Memang itu pun sebenarnya tujuan Kakmim berblog dulu, update kisah famili, kisah anak-anak supaya nanti ada kenangan untuk #theIMANs baca bila diorang dah besar nanti.

Tapi.. dulu pernah jugaklah dapat payment daripada Nuffnang. Sekali je lah. Tak sangka jugak dapat cek dari Nuffnang. Bukan buat apa pun. Memang pasif income betul. Eh. Itu cerita zaman dahulu lah. Tinggal kenangan jer.

So.... apakata korang pulak share kenangan pahit manis masam wangi korang sejak menjadi blogger. Tak kisahlah blogger tegar ke blogger sendu ke, mesti ada kenangan yang best dan tak best kan?

Bah.. jom lah share kat komen. 

Nak share di entri kat blog korang pun okay jer tapi tinggal link kat komen tau, Kakmim nak baca jugak. Seronok baca kisah orang lain. Heee...




 

Post a Comment

3 Comments

  1. saya pulak tulis ikut suka. ada cerita, adalah. ikut mood kadang tu. kadang sepi kadang meriah dengan entry :)

    ReplyDelete
  2. atie jenis tatau nak tulis apa.. sbb tu review movie ja hahaha

    ReplyDelete
  3. kenangan sy dulu lepas belajar keje kat kampung. duk baca blog orang, pastu kami buka blog sendri. malu bila baca blog awal2 masa start menulis. lucu dan kebudakan sangat.oh.. maluuuu

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥