Follow Us @soratemplates

17/11/2020

Sehangat Asmara

 


Ahad lepas secara tak sengaja saya tertengok kat IG RR tentang telemovie Sehangat Asmara ni. Auwch! Memang KLMJ sangat lah. Mantap la lakonan RR dan AP dalam ceta ni, layan habis! cerita ni tayangan pada 2013 yang lalu tau. 7 tahun yang lampau gais! Sehangat Asmara ni ialah adaptasi daripada novel Sehangat Asmara tulisan Aisya Sofea. Petang Ahad tu terus layan kat Youtube sampai episod 5. Memang satu habuk pun tak buat bila layan drama. Hmmm....

Lepas tu terlupa sekejap cerita ni semalam sampailah masuk opis pagi tadi. Sambung lagi kawww... tak habis lagi tengok ni. Rasa hati nak jer tengok sampai habis tapi memang 1 keja pun tak buat. Hmm.. itu yang malas nak layan cerita ni. Tak kisah lah melayu ke, korea ke, omputih ke, macam tu lah gayanya. Kalau baca novel pun sama, sanggup tak tido malam. 

So hari ni seketul Kakmim ni masuk ofis, layan cerita sambil breakfast, kol 10 jumpa student sekejap yang datang kolej, pastu kelas kat Google Meet sampai kol 1. Then lunch sambil layan cerita sampailah kol 4. Lepas tu baru buat keja sikit, then barulah update blog ni. Hihihi. Orang pulak ramai takde kan sebab ikut penggiliran sebab tu lah merdeka jer rasa. Hahaha.. jahat ko Kakmim tugasan budak ko tak semak lagi tau.

Oklah nak tau sinopsis cerita ni..

Kamilia Najwa & Zainal Arief. Pandang pertama mereka memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga. Namun, badai asmara mereka sentiasa membakar di sebuah bilik kecil di Oxford dengan janji sehidup semati. Kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti! Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji akan kembali lagi. Sejak itu hingga menginjak sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara. Tanpa diduga, Zainal muncul kembali. Datangnya untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini 'disembunyikan' oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya, 'dendam rindunya' terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya. Benarkah dia membenci lelaki itu? Dan hipokritkah Zainal bila menyatakan hanya Kamilia seorang di hatinya....

Kasi can la layan jiwang sekejap. Hihihihi.. Siapa yang masih simpan novel ni? Aaaa... boleh la baca balik. Kakmim nak balik ni. Bye!


6 comments:

  1. saya masih ada hahaha! betul, sekali sekala kena layan angin jiwang ahahaha

    ReplyDelete
  2. Saya memang suka novel-novel Aisya Sofea. Drama ni pun saya ikut masa mula-mula ditayangkan dulu.

    ReplyDelete
  3. Dulu Novel Aisya Sofea ni popular walaupun saya bukan pembaca novel tapi banyak juga dijadikan drama. Drama ni saya tak pernah tengok lagi kak. Adakah kena tengok macam akak juga. Dah terjebak payah nak stop nanti ni. hihi

    ReplyDelete
  4. aduh, dulu byk sngt baca novel sampai atie tak sure dah baca ka blom novel ni

    ReplyDelete
  5. ooo penulis popular tok...tapi sik ingat dah pernah baca ka sik novel tok..

    ReplyDelete
  6. Dah lama tak baca novel.. Tunggu ada kelapangan baru mencari novel semula

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥