Follow Us @soratemplates

07/01/2021

Cara Mengelakkan Diri Daripada Gangguan Manusia di Ofis

 Seorang sahabat Kakmim telah mengemaskini statusnya di FB seperti di bawah ni.


Bila Kakmim scroll komen macam-macam jer cadangan dari sahabat yang lain. Kakmim pula share pengalaman Kakmim sendiri. Tapi Kakmim bukanlah mengelak dari orang yang ganggu Kakmim tapi Kakmim mengelak dari orang yang Kakmim tak suka.


Kakmim sejenis yang tak pandai berkata-kata secara berdepan tapi tunjuk dengan perbuatan jer.


Lokasi: Bilik Kakmim
Pada suatu petang, dari kejauhan Kakmim dah terdengar suara makhluk yang Kakmim tak suka ni. Actually manusia ni dah dipindahkan, dah bukan sepejabat dengan Kakmim lagi. Adalah urusannya yang tak selesai lagi di admin kot. Dengar jer suara si polan, Kakmim terus confirmkan dengan roomate Kakmim, "Apa benarkah suara yang kita dengar?"


Yes. Sepatah je roomate Kakmim mengiyakan. Apalagi Kakmim terus ambik telekung, pasang telekung dan tutup pintu. Dengan harapan supaya si polan takde peluang nak 'menziarahi' Kakmim dan roomate. Kalau tutup pintu bukan waktu rehat tu tandanya solatlah tu.


Itu taktik Kakmim.


Alhamdulillah sahabat FB Kakmim setuju dengan cadangan Kakmim kerana mudah dipraktikkan dan juga lebih 'sopan'. Lagipun senang jer kan? Takkanlah ko nak ganggu jugak orang yang sedang beribadat?


Lagi satu peel Kakmim, kalau Kakmim rasa taknak bercakap atau malas bersembang dengan sesiapa, Kakmim pakai jer headphone. Kadang-kadang bukan dengar apa-apa pun. Sekadar pakai di telinga jer tapi sebenarnya audio mute! Kah! Kah! 


Kalau korang di situasi sahabat FB Kakmim tadi macam mana ye? Apa yang korang akan buat?


Jom drop komen manalah tau kalau-kalau ada idea-idea lain ☺️

15 comments:

  1. since berhenti mengajar dan berniaga sendiri dah mmg tak berdepan masalah begini. tp apa yg u buat tu i suka.

    ReplyDelete
  2. hurm, susah juga nak buat ayat2 sopan ni...
    idea pakai telekung dan buat2 solat tu, kreatif juga. at least taklah kita sakitkan hati dia dengan kata-kata atau perbuatan...hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jarang nk keluar ayat sopan kalau berdepan dgn org yg kita x gemar

      Delete
  3. idea larikan diri tu bagus jugak..nampak sopan. or maybe boleh cut masa dia bercakap tu..kalu x leh lari lagi...ckp excuse...nak gi toilet, sakit perut. takkan nak tahan2 kan... he he .
    salam kenal kembali & done follow!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tQ mummy Ayu... nnt kakmim jenguk sana lg k

      Delete
  4. Saya pun suka buat yang pakai headphones tu kalau rasa taknak bercakap dengan sesiapa. Kadang2 penat, nak menyembang punz tak larat..huhu

    ReplyDelete
  5. kakmim, sisyat tak mengelak dr orang yang x suka sisyat. sisyat lalu je tp mmg dah set dalam hati..dlm otak..die ni mmg xde..like halimunan la.. kalo die ada je, sisyat mmg bbuat x nampak je. hihihi
    ht pun tenang..tak pk die kan..ko nk menyalak apa ke..suka ht la..hihi

    ReplyDelete
  6. mcm abe kie ni plak masa buat kerja di bilik guru ada je tetamu yg x diundang dtg menjual brg atau minta sedekah. Terus abe kie pi tandas. Jika balik dari tandas masih lg ada, abe kie pi perpustakaan.

    ReplyDelete
  7. bagus untuk elak circle begitu.. sama orang yang suka kacau buat kerja.. kacau ajak bersembang smpai tak brenti or yang tak suka kita atau kita tak suka.. saya prefer pakai headphone dan sy xkan buat eye contact..

    ReplyDelete
  8. pakei headphone ya nang sama jak ngan kamek..hahahhahaha

    ReplyDelete
  9. atie kalau malas diganggu.. pasang earphone heheheh ....

    ReplyDelete
  10. Di situasi kmk belum dapat kmk guna dua cara 'menghalau' tok. Masih belum menemui cara yang berkesan dan praktikal. Melainkan kunci pintu, haha over kmk. Macam ney mun orang ya datang senyap-senyap terus ke pintu opis? Mesti angol lalu rasa ya.

    ReplyDelete
  11. Guna headphone tu orang boleh faham dah. Senang cerita :)

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥