Don't Worry I'm Okay

 2 hari lepas saya post 1 entri yang bunyinya agak stress dan down. Ramai pulak yang bagi positive support walaupun tak tau apa yang sedang saya alami. Saya hargai sangat-sangat. Terharu! Terima kasih semua. Walaupun kita tidaklah kenal secara in person tapi kata-kata semangat tu dah menaikkan semangat saya kembali.

Alhamdulillah jangan bimbang sahabat semua. Semalam saya ok. Oleh itu saya share gambar saya selfie lepas balik kerja k. Hihihi.

Selalu to kill the time saya selfie masa tunggu lampu merah tukar ke hijau on the way ke ofis tapi hari ni selfie kat depan rumah sebelum masuk rumah lepas habis keja. Haha! Alhamdulillah hati manyak senang hari ni. Beberapa urgent task di ofis saya dapat selesaikan hari ni. Rasa macam lega sangat.

Sebenarnya task yang saya selesaikan tu task orang lain. Sebab tu lah saya stress hari tu. Dah dimintak aduyai paling susah nak bagi, last-last kena usaha cara lain. Tak boleh dah nak tunggu. Saya ni jenis selagi kerja tak setel memang saya akan asyik fikir je benda tu. Susah! Kacau fikiran. Bukan tak nak trust orang tapi saya ada KPI saya sendiri di mana saya perlu selesaikan kerja saya yang ni pada sekian hari dan tarikh. Saya tak boleh nak tunggu lama-lama selagi benda tu senang saya akan usahakan setel awal. Nampak komplikated kan? Sebab tu orang tak suka saya kot. Suka sangat nak cepat. Suka sangat nak ikut cara saya. Saya dah cuba slow down, ikut air orang, haa macam hari tu lah jadinya. Saya akan stress, balik rumah bila masih fikir benda tu anak-anak dan husband pulak jadi mangsa. Kesian mereka yang tak bersalah.

Memang tak boleh lah macam tu. Selesai je.. lega habis. Memang ada part yang belum setel tapi apalah daya saya memang itu bukan job saya. Saya kena tunggu jugak empunya badan pass semua report sebelum setel semuanya. 

Dan menunggulah kita sehingga habis due date Isnin ni.

Oh ya kami di Sarawak cuti umum hari ni, Good Friday. Sebab tu saya happy jugak kot. Hihihi. 




7 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Selam jumaat..
    Mim..Natural beuty la Mim.Nampak cahaya kepuasan diwajahmu.Selamat bercuti

    ReplyDelete
  2. Kira bidan terjun juak la tok nak. Tedah ktk. Tapi sik hal semuanya dah berlalu. Tandah jak mana yang boleh. Semoga segala laporan ktk dapat dihantar Isnin kelak. Fighting kak Mim!

    ReplyDelete
  3. ohh patutlah agak stress sebab kena buat kerja orang lain. betul tu, selagi kerja tak siap memang stress dibuatnya. rehat dulu kakmim :)

    ReplyDelete
  4. Memang agak tertekan kalau kena menanggung kerja orang lain. Tak senang hati selagi tak selesai.

    ReplyDelete
  5. betul tu kak, sy pon stress gak kalau kerja macam tu..

    ReplyDelete
  6. yang dah rasa betapa stress nya bila kena buat kerja org. plg sedih rupanya 'buat kerja org tu', bla sy dpt tau, ia lbh kpd mempergunakan sy. sepanjang minggu sy stress buat kerja tu. bla dpt tahu hal sebenar rs nak meraung.... smpi hati dia buat sy mcm tu. apa salahnya berterus terang. bkn nya sy lokek ilmu dan tenaga utk bantu?

    sori terluah perasaan pulak kat sini...

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. Semoga semuanya baik-baik sahaja buat kak mim..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form