Follow Us @soratemplates

19/06/2021

Review Novel: Bicara Hati


Sehari semalam habiskan novel ni. Normal lah kan? Tapi takde pulak sampai mengadap je novel sampai tak buat apa. Berhenti jugak untuk buat rutin-rutin ibu rumah tangga.

Bicara Hati karya Damya Hanna antara novel favourite saya zaman anak dara dulu. Selain Norhayati Berahim, saya juga suka hasil tulisan dari Damya Hanna ni. Saya pun ingat-ingat lupa dah jalan cerita Bicara Hati ni, itu yang tak sabar nak habiskan jugak.

Macam biasalah bila baca novelsaya akan 'tenggelam' bersama watak utama di dalam cerita tu. Dalam Bicara Hati, Tengku Syahran tidaklah digambarkan terlalu sempurna dan hensem namatey. Saya suka begitu. Zahlia pun digambarkan dengan cantik perlakuan dan budi bahasa, tidaklah terlalu anggun, jelita & sofistikated. Cuma matanya yang bundar berwarna hazel itu yang menarik perhatian saya sebagai pembaca.

Kisah Bicara Hati ni antara kisah rare zaman 2003-2004 dulu kerana mengisahkan mengenai kahwin kontrak. Lama dah cerita ni. Kereta Tengku Syahran (Syah) pun Honda Prelude je, Zahlia (Alia) pula Proton Wira. Alahai. Sekarang dah tak main dah Prelude & Wira ni.

Perkahwinan yang berdasarkan perjanjian antara Syah dan Alia akhirnya memerangkap mereka sendiri. Pelbagai dugaan terpaksa mereka hadapi tatkala cinta antara mereka baru bersemi. Buat saya senyum sendiri je.

Apa yang saya boleh simpulkan, nilai-nilai yang saya suka bila baca Bicara Hati ni ialah:

1. Persahabatan

-Persahabatan Syah dan Adli - Adli dan Annisa sanggung menerima amanah Syah untuk menjaga Alia sepanjang 'kehilangan' Syah selepas perjanjian kontrak mereka terbongkar

-Persahabatan Alia & Razif - Alia sanggup bersetuju dengan cadangan gila kahwin kontrak dengan Syah kerana memerlukan wang untuk membantu membiayai kos pembedahan Razif yang menghidap kanser.

-Persahabatan Tengku Badariah dan kawan-kawannya - Digambarkan sangat mementingkan hubungan dengan kawan-kawan sehingga bersedia untuk berbesan dengan kawan-kawan sendiri

2. Family Bonding

-Hubungan kekeluargaan semua ahli keluarga Tengku Ismail dan Tengku Badariah yang mesra. Semua anak duduk serumah dan selalu makan bersama tidak kira sarapan pagi, lunch atau makan malam.

-Keakraban adik dan abang di mana Fiza berkomplot dengan Syah untuk melengkapkan rumah baru Alia dan menjadi informer Syah supaya Syah sentiasa up-to-date semua tentang Alia.

3. Sifat kesukarelawan

-Alia yang memegang degree accounting tetapi sanggup bekerja di rumah anak yatim untuk membantu rumah yang pernah berjasa dengannya.

4. Islam itu indah

- Salah satu watak sampingan, Bernard yang telah lama terbuka hati dengan agama Islam dan semakin nekad untuk memeluk Islam abila melihat personaliti muslimah yang dibawa oleh Alia. Bernard akhirnya meminta bantuan Alia untuk membantunya mengucap syahadah.

5. Tanggungjawab seorang suami

-Walaupun lari membawa diri berbulan-bulan lamanya, Syah tetap memberi nafkah kepada Alia melalui wang pos yang dikirimkan kepada Adli, menyediakan rumah yang lengkap untuk didiami Alia sepanjang ketiadaannya.

Suka sangat cerita ni. Sekarang dah boleh move on dah dengan Alia dan Syah. Jom tido awal. Good night!


 

8 comments:

  1. favourite novel ni sampai dok ulang baca banyak kali.
    zaman tu cite kahwin2 memang rare tapi sekarang dah berlambak sampai dah muak nak baca..hahaha

    ReplyDelete
  2. Selamat membaca. Moga bermanfaat.

    ReplyDelete
  3. menarikkkkk...lama betul kak mieja tak baca novel...

    ReplyDelete
  4. Ini antara novel Damya Hanna yang saya suka. Dulu-dulu memang rajin baca karya Damya Hanna.

    ReplyDelete
  5. Lama saya tak baca novel2 begini. Rasanya ada beberapa buah yang dibeli tapi belum disentuh. Ada masa lapang nanti memang nak baca. Bahaya betul kalau saya baca novel, mesti nak habiskan tanpa henti!

    ReplyDelete
  6. Bila baca novel terus into dalam watak, baru boleh feel gitu. Kisah cerita yang menarik untuk dibaca.

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥