Vaccination Journey - 2nd Dose


Hai. Saya nak sambung kisah saya pergi vaksin dos ke-2 semalam. Pengalaman nak pergi cucuk 2nd dose memang tak sama langsung dengan pengalaman pergi cucuk 1st dose. Bukannya kerana vaksin tapi kerana faktor-faktor persekitaran. Nak dijadikan cerita, bermula semalam PPV di Stadium Perpaduan ni telah dinaikkan KPInya untuk 4000 dos sehari. Sebelum ni 2000 je, tapi bila dah dinaik ke 4000 maka kebanjiran manusia pun berlaku di PPV. 

Gambar ni diambil pada jam 3.30 petang semasa saya dalam perjalanan untuk ke tempat parking. Ini bahagian belakang stadium ye. Tengoklah manusia beratur sambil berpayung menuju ke entrance.


Ini pula di view jalan masuk ke stadium pada jam yang sama saya menuju ke kereta dalam 3.30 petang macam tu. 

View ketika saya sampai di PPV pada jam 11.30 pagi. Appointment saya ialah pada jam 12 tengah hari. Dalam media sosial dan radio telah dimaklumkan orang ramai perlu hadir di PPV setengah jam lebih awal, kalau tersampai awal akan diarahkan balik untuk mengelakkan kesesakan di PPV. So saya yang skema pun menurut arahan tapi bila sampai je, Allahu kenapa ramai sangat manusia ni. Barisan pun dah tak tau mula dan berakhir di mana.


Kat bahu-bahu jalan pun orang park kereta.

Jauh lagi perjalanan nak sampai ke kaunter pendaftaran. Saya beratur dari 11.30 sehingga pukul 1.00 petang. Memang stuck di sini je. Rupa-rupanya black out di area pendaftaran. Huhuhu! Kemudian terdengar sukarelawan MyVAC bagitau mereka yang appointment pukul 12, 12.30 dan pukul 1 beratur di khemah di luar. Saya pun terus je ke khemah sebab kalau diikutkan appointment saya memang dah lepas. Kemudian mereka semak MySejahtera kita untuk make sure masa appointment. Bila confirm mereka bukak laluan terus ke waiting area.

Bila di waiting area, kena tunggu lagi row kita dipanggil untuk buat pendaftaran. Sesiapa yang baru dapat 1st dose sukarelawan edarkan consent letter untuk diisi dan disign di sini. So jangan lupa bawa pen sendiri ye. Selesai saja di kaunter pendaftaran, saya terus diarahkan masuk untuk vaksin.


Di sini kita menunggu lagi. Haha! Masa 1st dose dulu memang tak sempat menunggu, di lorong ni kerusi kosong je tapi semalam semuanya not available. Di sini petugas (RELA) memang make sure kita duduk sebab dia taknak kita merayau-rayau di area ni. Tak lama di sini, saya dipanggil ke vaccination area pulak. 


Di sini pun menunggu lagi. Setiap 'bilik' tu 2 orang yang akan dicucuk sekali. Mana yang available kita pun diarahkan ke situ. Sekejap je prosesnya semasa dicucuk.


Macam biasa selepas dicucuk, kita akan diobserve dulu dalam 15-20 minit. Selepas tu petugas akan memanggil nama kita dan barulah MySejahtera kita dikemaskini dan diberi konsultasi sekiranya ada side effect post-vaccination.

Akhirnya, setelah 4 jam barulah setel dos ke-2 saya untuk Sinovac. Memang mencabar sangat harinya. Bawak air tapi tak berani minum sebab malas nak ke toilet. Memang exhausted sangat bila sampai di rumah semalam. Bukan sakit divaksin tapi sakit mental kerana waiting game yang terlalu lama. Tak macam 1st dose dulu, tak sampai 30 minit semuanya dah setel.


Baca pengalaman dos pertama di sini: https://www.kakmim.com/2021/05/vaccin-journey.html


4 jam ditinggalkan di dalam kereta, beginilah rupanya pisang yang saya bawak untuk bekalan selepas divaksin. Plannya lepas habis vaksin bolehlah makan 2 biji pisang ni untuk instant energy tapi tengok warna pun tak lalu nak makan. Hahaha! 4 jam beb, 4 jam, rentung habis pisang dalam kereta. Saya pun terlupa nak sembunyikan di dashboard ke, memang main letak je atas seat passenger depan tu. Confident sangat tak lama macam 1st dose dulu. Hihihi.

Selepas Vaksin

Selepas dos kedua ni, memang badan rasa tak selesa, rasa panas macam nak demam tapi tak demam lah. Lengan memang ada rasa kebas yang lama daripada dos pertama dulu. Sampai jer rumah saya terus mandi. Badan dah rasa melekit sangat dengan peluh. Perut tak rasa lapar walaupun last makan sebelum pergi ke PPV. Tu pun makan beberapa suap nasi goreng je. Bila dah lepas mandi, dah segar, barulah terasa lapar. Lunch #theIMANs saya order Grabfood semasa dalam Q di PPV untuk dihantar ke rumah. Memang tak expect kan lama sangat untuk dicucuk. Nasiblah diorang tak habis makan, ada balance sebungkus nasik ayam, boleh jugak makan untuk alas perut. 

Fuhh!! Penatnya semalam. Memang pengalaman yang tak dapat dilupakan. Nak dapatkan vaksin pun penat. Pagi tadi dapat berita dari member yang husbandnya ada bertugas di PPV Stadium Perpaduan, diorang setel pada 11 malam tadi. Kesiannya semua petugas di situ, polis, RELA, PBSM, staf Jabatan Kesihatan Negeri, sukarelawan MyVAC, staff nurse KKM, doktor, technician, semualah. Banyak fungsi setiap petugas di PPV. Semoga mereka dilindungi Allah dan dipermudahkan urusan mereka dalam menghabiskan vaksin-vaksin untuk rakyat negeri ni.

Dengar cerita PPV yang berhampiran untuk vaksin Astrazeneca macam smooth jer prosesnya. PPV di BCCK tu udah la besar, memang lah selesa, tak macam di PPV Stadium Perpaduan ni yang KPInya 4000 dos sehari! Alahai.





 

23 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Allahu...
    Memba & melihat gambar pun dah dapat bayangkan kepanatan tu,apatah laginyg melaluinya...Apapun tahniah kerana telah selesai.Doakan pula untuk yg baru daftar ni...hihihu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Utk dikenang nanti2 kak.. zaman pandemik semua berebut nk vaksin dh skrg.. mcm dlm movie dh

      Delete
    2. Tahniah kak ahirnya dh register jugak.. semoga dipercepatkan tarikh vaksin akak

      Delete
  2. Allahh ramainya..kak mim..mcm xsggup tgknyee huhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai.. give up jugak semlm sbb q mcm x gerak2 tp syukurlah akhirnya setelah 4 jam setel jugak

      Delete
  3. Serius pisang jadi macam tu. Lucu jugak. Sampai rentung jadinya.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. X sangka dia jd rentung hitam mcm tu sekali

      Delete
  4. Ehhh, macam seram gak reramai... huhuuu... Tahniah, dah dua dos vaksin, yay!

    ReplyDelete
    Replies
    1. X sangka jd seramai tu.. sbb black out tu yg delay trs la drag

      Delete
  5. Allahuakbar..ramainya & jenuh nak beratur tunggu giliran kan tu..but, semua mcm tu tambah2 lagi frontliners kita..pun sure penat lagi. apa pun..alhamdulillah, selesai dah yer. Ayu baru 1st dos..2nd dos sinovac ada apa2 side infect tak? suspen jugaks ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far sy cuma pening2 sikit je x lama.. mlmnya badan panas sikit tp x demam.. lengan kebas agak lama dpt 1st dose.. normal je rasanya

      Delete
  6. ALamak, ini yg buat seram sejuk nak pi vaksin. Boleh tak tunggu sume org pergi dulu, kita dok umah la diam2, hahaha.

    Sorry, sy tergelak tengok pisang Kak Mim

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb ada mslh teknikal ni kak tu yg jd mcm ni.. pisang tu usah ditangisi mmg x sanggup nk mkn 🤣🤣

      Delete
  7. Sha yang tengok barisan manusia tu pun seram.. hehehe..
    Pengalaman kan KakMim.. Seram tengok pisang tu..

    ReplyDelete
  8. belum lagi ni tunggu juga turn

    ReplyDelete
  9. Serammm tengok ramai ramai tuuu, jenuhhh nak menunggu hahaha. 4 jam jugak ye baru setel kak mim punya vaksin.

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah dah dapat 2nd dose, saya first dose sedang menunggu tarikhnya jer, 30/6

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah ramai juga yang pergi vaksin .Terima kasih juga pada front liner semua

    ReplyDelete
  12. Ya Allah! Penuh sesak dengan manusia! Apa pun syukurlah dapat lengkapkan dos 2. Mesti penat tu petugas KKM.

    ReplyDelete
  13. Ya Allah ramainya . Kesian ramai yang kena beratur panas-panas . Harap tak ada la yang pengsan . Ramai sangat dah tu

    ReplyDelete
  14. Ya Allah ramainya . Kesian ramai yang kena beratur panas-panas . Harap tak ada la yang pengsan . Ramai sangat dah tu

    ReplyDelete
  15. Allahu, ramainya umat manusia dan mencabar proses menunggu tu. Tak kuat mental dibuatnya. Semoga kesannya baik baik je di hari mendatang. Aaminn..

    ReplyDelete
  16. aduhai. penatnya...
    alhamdulillah, aida pun selesai dah 2 dos.
    lom sempat up cerita vaksin di blog.
    mood blogwalking sedang meruap ni, blogwalking aje la dulu.
    karang-karang baru belek gambar utk di upload :)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form