Resepi Kek Hati Yu Yang Telah Diinovasikan

Assalamualaikum! Salam Aidil Adha. 

Hari ni saya bersiaran di ofis. Hari tu tak sempat nak update blog cerita raya haji. Alaa.. raya haji tak macam raya dah sebab takde korban kat sini. Ibadah korban semuanya ditangguhkan di Sarawak. Makanya masak-masak biasa je lah untuk makan-makan keluarga.

Petang raya haji saya buat kek Lumut. Nantilah saya share. Sekarang excited nak share kek yang first time saya try. Dah la first time, siap modified lagi. Kih! Kih!

Petang raya baking, pastu raya pastu lepas raya baking lagi ye. Biasalah bila mood membaking sedang membara, macam-macamlah nak dibuatnya. Alkisah semasa hari raya haji hari tu, kami sembang-sembang adik-beradik, Encik Suami pun bukak cerita dia dengar pendengar di Radio Sarawak.fm bagitau deejay dia buat kek hati yu untuk hari raya haji. 

Soalannya, ada ke kek hati yu? Kalau kek hati parek, tau lah.


Adik saya pun tak puas hati, takpe, kita google ada ke tak kek hati yu. Adalah you! Saya pun baru tau jugak. Simple jer bahannya. Saya cakap ala semua bahan ada kat umah, nanti akak ko ni buatkan.

Jeng jeng jeng!

Bila dicheck balik bahan di rumah, ada yang takde. Contohnya horlick. Horlick ni ibarat bahan mesti ada kalau resepi kek legend Sarawak ni. Sampai ada perumpamaan kalau ada horlick dalam resepi, kompom sedap kek tu.

Takde horlick, takde hal. Saya nekad akan buat ikut apa saja bahan yang ada di rumah.

Nestum pun tak cukup, takpe kita kan nak gunakan apa yang ada. Resepi asal 2 gelas, yang cukup cuma setengah gelas je. Ok saya redha. 

Oleh sebab tak masukkan horlick, saya letak susu ni setengah kotak, supaya lebih berlemak kononnya. 


Resepi sendiri ni sebab nak buat kelainan rasa. 2 sudu kecil dibancuh air panas sedikit.



Sedapnya Milo



Warna hitam berkilat lebih terselah setelah dimasukkan browning sugar.


Saya guna acuan 8x8. Griskan acuan dengan lebihan butter dengan baking paper supaya kek tak melekat di acuan dan kek mudah dikeluarkan. 


Jangan lupa packing ketat-ketat dengan aluminium foil supaya air kukusan kek tak termasuk ke dalam acuan.



Full resepi yang telah saya olah semula adalah seperti di bawah. Ada yang kurang dari resepi asal, ada bahan yang takde langsung dalam resepi asal. Saya olah sendiri dan saya namakan kek ni "Kek BDR" bersempena musim BDR sekarang. Kah! Kah!


Kek BDR 
(Kek Hati Yu yang telah diinovasikan)

250 gram mentega (saya guna mentega buku Golden Churn)
1/2 gelas gula kastor
8 biji telur ayam
6 sudu makan susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 gelas Nestum Original (dikisar)
1 gelas Milo
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar browning sugar
2 sudu besar chocolate paste
1/2 kotak kecil Susu Dutch Lady
2 sudu kecil serbuk Nescafe (bancuh dengan air panas sedikit)
1 gelas tepung kek

Saya kukus 3 jam guna steamer Trio ni.



Ini haa resepi asal kek hati yu.


Saya guna gelas ni untuk sukatan cawan


Resepi yang telah saya olah, insya Allah sedap, tak terlalu manis dan agak moist. Sebab tu saya nak share di sini so lain kali nak buat boleh refer di blog sendiri je. Biasalah bila dah start modified sana modified sini memang selalu nak lupa. Siapa suruh derhaka resepi kan?


Siap dipotong untuk diagihkan. Satu rumah mak, satu rumah adik.

'
Selamat mencuba!!



 

11 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. macam ala ala kek sarang semut la..ish menarik la..nak cuba buat la

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain! rasa x sama dan tekstur pun x sama.. hehehe

      Delete
  2. Aok nang ada kek Ati Yu. Nyaman kek tok.

    ReplyDelete
  3. First time dengar kek hati yu dan kek hati parek. Tekstur kek padat. Macam sedap tengok bahan bahan yang digunakan tu.

    ReplyDelete
  4. sedapnyaaaa, teringin pulak nak mkn kek hati yu..

    ReplyDelete
  5. Tak pernah buat kek hati yu tapi dua tiga kali buat kek hati parek. Memang puas hati! Berbaloi kukus lama.

    ReplyDelete
  6. banyaknye guna telur kak... sampai 10 biji.. hahaha

    ReplyDelete
  7. Dulu tak faham parek tu apa...Rupanya pari yer...🤣
    Orang kata bukan kek hati parek sahaja yang sedap...hati ikan parek pun depa kata sedap sangat tapi susah nak dapat la.

    ReplyDelete
  8. nampak mudah..saya percaya saya tak mampu hahahaa
    tq share resepi nya kak mim :)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form