Cara Membuat Sambal Tumis Dabei


Buah dabai atau buah dabei kata orang Sarawak merupakan buah yang boleh kot dikatakan eksotik. Harganya sekarang memang harga kayangan. 1kg mencecah RM40. Ianya juga dikenali sebagai "Sibu Olive" dan setakat ini hanya ditemui di Sabah, Sarawak dan Brunei sahaja. Rasanya lemak-lemak dan sedikit masam di hujungnya. Susah la nak explain rasanya!  


Minggu lepas saya dapat buah dabei dari Sibu pemberian ipar yang memang bekerja di Sibu, ada 3 gred. Lain gred lain harganya.

Tentang Buah Dabei

Buah dabai mengandungi kandungan antioksidan (antocyanidin) yang tinggi, terutamanya di bahagian kulitnya. Warna ungu gelap kulit buah dabai ini menunjukkan satu kali ganda kandungan antioksidan lebih tinggi berbanding isinya. Kandungan antioksidan yang tinggi mampu melawan penyakit-penyakit dan risiko kanser.

Kajian terhadap minyak yang diekstrak dari buah dabai ini mendapati minyak ini mempunyai kesan pencegahan terhadap risiko penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung dan hiperkolestrolemik. Kajian ini telah dilakukan terhadap haiwan kajian iaitu arnab di mana pemberian makan buah ini mengurangkan jumlah kolesterol plasma dan kolesterol LDL plasma arnab hiperkolesterolemik berbanding dengan arnab kawalan. Kajian ini membuktikan jika kita mengamalkan pemakanan buah dabai mampu menyeimbangkan paras kolesterol dalam darah lantas mengurangkan risiko penyakit jantung.


Bagaimana cara makan buah dabei?

Sebelum dimakan bersama nasik, buah dabei mestilah direndam dengan air panas sehingga ia menjadi lembut. Setelah lembut, bolehlah digaul dengan garam dan sedia untuk dimakan.

Kalau saya, suka cicah kicap pedas je. Tengoklah isinya yang kuning berlemak tu.

Memandangkan stok dabei frozen agak banyak, saya buatlah sambal tumis dabei dengan ikan bilis. Sedap dimakan dengan nasik panas.

Sambal tumis dabei dengan ikan bilis 

Resepi Sambal Tumis Dabei

  • 20 biji buah dabei (direndam dengan air panas) - saya asingkan siap-siap isi dengan bijinya
  • Cili padi sederhana besar (5 biji) *
  • 1 biji bawang merah sederhana besar *
  • 1 ulas bawang putih *
  • Secubit belacan *
  • Bawang holland (dihiris)
  • Cili (dihiris)
  • Mushroom seasoning
  • Garam secukup rasa
  • Ikan bilis - saya guna ikan bilis Sabah yang halus tu
  • Minyak untuk menumis

Cara membuatnya:

  • Tumbuk bahan-bahan bertanda * (saya prefer tumbuk dengan lesung daripada guna chopper kalau masakan macam ni)
  • Tuang minyak ke dalam kuali dan goreng ikan bilis - asingkan setelah rangup
  • Dengan menggunakan minyak yang sama, masukkan bawang holland dan tumis sehingga naik bau.
  • Selepas itu masukkan bahan-bahan * yang telah ditumbuk
  • Tumis sehingga naik minyak, barulah masukkan cili hiris, garam dan mushroom seasoning
  • Masukkan isi buah dabei dan kacau rata
  • Last sekali masukkan ikan bilis yang telah digoreng awal tadi
Dah siap! Boleh makan!
Selamat mencuba!





Post a Comment

32 Comments

  1. Tak pernah berkesempatan untuk cuba lagi buah dabai ni, nampak sedap betul sambal tumis tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tp lebih sedap kalau direndam saja mkn cicah kicap pedas syaz

      Delete
  2. Nyaman ya mem. Salu juak molah. Sik lamak gik abis dah musimnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mun stok byk bolehlah molah gia mem.. mun x, berjimat mkn ya... hahaha

      Delete
  3. Seakan buah bacang, atau avocado, sedap nampak bila jadi sambal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh, x sama... sbb dabai ni kecik je dan ia selalu dimakan dgn nasik

      Delete
  4. Terima kasih atas perkongsian . Hari ni CCL baru kenal buah dabei . Sebelum ni pun tak tahu tentang buah,dabei yang kaya dengan antioksidan

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg buah ni rare sbb xde kt sana CCL... ramai jgk yg xtau

      Delete
  5. mcm biasa dgn nama tu tp ingat2 lupa
    buah dabai

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau biasa kwn dgn org sabah sarawak tau buah ni cik nor

      Delete
  6. tak pernah rasa buah dabai tapi ramai kawan-kawan semenanjung yang pernah kerja di sabah atau sarawak kata sedap, lemak-lemak berkrim katanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada yg boleh masuk, ada jugak yg x boleh masuk dana.. mcm roomate akak dlu diorg x boleh masuk bila akak ajak mkn

      Delete
  7. Pernah dengar nama buah ni tapi tak pernah makan. Bentuk macam buah kurma. Isi dia macam buah avocado masak pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebetulan isi kuning itu yg mcm avocado.. ada jugak yg kuning cair jugak... selalunya isi kuning mcm ni gred mahal dan mmg berlemak isi tebal

      Delete
  8. Tak pernah jumpa, mula tengok gambar, ingatkan buah kristal yg viral tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. buah kristal manis kak... ala² laici/longan.. buah dabai ni mkn dgn nasik.. hehehe

      Delete
  9. 1st time dgr nama buah ni.. haha..

    ReplyDelete
  10. oooo mcm ni rupanya..pernah dengar tapi x tahu pula cara makan kne rendam dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah.. rendam air panas baru isinya lembut.. kalau x, mmg keras mkn buah kana

      Delete
  11. pernah makan masa di Sibu dulu. makan dengan nasi. ingatkan olive tapi pelik kenapa warnanya gelap

    ReplyDelete
  12. selalu dengar, tp tak kenal pon buah dabai ni... rasa ape tah lagi

    ReplyDelete
  13. Rindu nak makan buah dabai. Lanai tak jumpa. First time makan waktu ke Miri lama dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada member di KK ari tu mkn buah dabai ni kak... dia kata ada org open order xtau lah dabai sabah atau dr sarawak sbb sini mmg tgh musim skrg

      Delete
  14. pergh..buah dabai ni antara buah rare untuk ditemui...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. sbb tu kalau baru start musim harganya mmg harga kayangan

      Delete
  15. Replies
    1. kalau wak tanam pokok dabai ni... masyukk wak.. ramai org sarawak di sana jugak... mencabar jgk kalau nak pos buah ni takut nnt x betul cara sampai² sana dh over masak dh

      Delete
  16. Kijammmmm....😭
    Mana nak cari niiiii...
    Kerinduan sekian lama kepada dabai....
    Pastinya maknsaya juga sangat merindui dabai juga...😭😭😭

    ReplyDelete
  17. buah dabai ini termasuk buah yang agak langka, kakMim, saya pun belum pernah cuba

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥