Follow Us @soratemplates

10/08/2021

Harapan: Saya Dan Kamu

Saya masih belum move on dengan kisah-kisah arwah Siti Sarah.
Hari ini saya layan lagu-lagu evergreen Siti Sarah.
Saya ulang lagu "Kesetiaan" berkali-kali tanpa jemu.
Saya layan IG netizen dan artis tentang Siti Sarah.
Padahal saya bukan antara peminat Siti Sarah.
Saya baru sahaja suka follow live arwah masak-masak di IG bulan lepas.


Sungguh saya terkesan dengan kisah cinta Shuib & Siti Sarah.
Sungguh saya mengkagumi amalan-amalan baik Siti Sarah.
Sungguh saya mencemburui cara pemergian Siti Sarah kembali ke destinasi abadinya.

Semoga kita semua muhasabah diri dan memperbaiki amalan untuk bekalan kita ke sana nanti.
Semoga kita dan pasangan kita ditakdirkan bersama sampai syurga.
Insya Allah.. Aaminnn..

• Kakmim •
1 Muharam 1443H

 

10 comments:

  1. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal solih.

    ReplyDelete
  2. insyallah.. syurga buat dia. dgn segala kebaikan dunia..

    ReplyDelete
  3. suka lagu2 arwah suaranya power
    ingat mula2 menyanyi dulu
    menang pertandingan. walau x minat tp kadang2 baca jga kisahnya.
    Al fatihah
    semoga rohnya bersama org2 beriman
    Aaminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dlu2 org selalu kecam dia.. ingat lg.. skrg pemergiaanya dicemburui

      Delete
  4. Sangat terkesan dengan pemergian arwah. Sangat baik walaupun tak pernah kenal pun tapi rasa macam dekat sangat. Betul betul terkesan dekat hati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kn naniey? Walaupun bkn kenalan rapat tp terkesan pulak

      Delete
  5. Saya yang memang peminat dia lagilah rasa sedih. Tapi lebih respek arwah selepas berhijrah. Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Harap keluarga dia tabah menghadapi ujian kehilangan

    ReplyDelete
  6. Betul . Sampai sekarang terbaca satu per satu kisah kebaikkan siti sarah masa dia masih hidup di dunia .

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥