Ada Tips Penjagaan Pokok Daun Kari Tak?

Benarlah.. dalam rezeki kita pasti ada rezeki insan lain.
Begitulah pokok kari ku ini.
Hari tu kena serang jugak, tapi dapat diselamatkan.
Merimbun balik.
Tapi bila dah hijau merimbun, diserang balik.
Meriah sangat insan-insan yang berkongsi rezeki pokok kari ni.

Dah lebat balik tapi terkejut tengok jadi macam ni.

Sayang bah.. apa boleh buat dah bukan rezeki


Yang rosak dah dibuang.. semoga bertahan dan membesar.
Bapak datang rumah hari tu dah letak baja dah.

Ada tips tak nak elakkan serangga perosak yang suka daun kari ni?
Serangga bulat-bulat comel warna hitam
Nanti share ye di komen yang tau nak elakkan serangga ni

Thank you in advance!
Happy Chinese New Year & happy holiday 😍






 

Post a Comment

14 Comments

  1. pokok kari rumah saya pun jadi macam ni juga. saya sembur air campur cuka kayu memang hilang serangga tu dan daun kari naik elok balik. tapi kena rajin juga sembur sebab dah lama tak jaga pokok kari kat rumah, dia mai serang balik pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh.. cuka kayu ye? mmg khas utk kayu ke camne cuka tu TS? tq ye utk tipsnya

      Delete
  2. semoga bertambah baik pokok kari Kak Mim..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedih kalau tgk hari² semoga dia membesar pasni

      Delete
  3. Alahai...memang kena beli ubat dia la Kak Mim...Pak Zain nyer pokok kari subur...dh berapa kali cantas pun subur jugak lagi....gemuk2...siram ngan air basuhan ikan, ayam,or daging

    ReplyDelete
  4. Pokok kari di rumah ccl pun tkena serangga perosak .. Cantas daun tua biar naik pucuk baru . Sembur dengan cuka kayu

    ReplyDelete
  5. dekat rumah dana pun aritu kene serangan jugak kak, dana guna cara ini untuk elak serangan ini, sebab pernah kena juga dan cuba cara ni macam berkesan.
    1 sudu setengah soda bikarbonat
    1 sudu teh minya masak
    1 sudu teh cuka masak
    5 cawan air masak
    campurkan semua goncangkan dan semburkan pada daun pokok yg bermasalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh try ni dana.. semua bahan ada kt umh.. thanks ye tipsnya

      Delete
  6. Replies
    1. kan? sedih nk masak kari xleh nk campur daun kari

      Delete
  7. Aduhaiii..jahanam daun daunnya dikerja perosak. Saya pun buntu kakmim, tanam pokok kari asyik mati je. Kalau hidup, daunnya bertompok tompok hitam macam ada kulat. Kena tukar tempat letak tanaman tu agaknya.

    ReplyDelete
  8. Sedih tengok pokok kari diserang perosak macam ni. pokok kari saya dikerjakan kucing. Asal tanam mesti mati. Lepas tu tak tanam dah. huhu...

    ReplyDelete
  9. Pokok Sha jadi juga macam ni tapi Sha tak buat apa pun.. Hehehe.. Tak lama lepas tu, dia elok balik.. pastu jadi balik.. elok balik.. jadinya, Sha biar je..

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥