Apakah Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP)?

Pada tahun 2019, saya memang agak burn out kerana pengurusan yang tidak menyenangkan masa tu. Bermula pada saat itu lah saya mula menyimpan hasrat untuk sambung belajar kerana nak keluar dari situ.. hihihi. Korang pernah tak berperasaan macam ni?

Tahun 2019 jugak saya mohon kenaikan pangkat, dengan harapan dapat keluar dari situ tapi rezeki masih jugak di sini hari ini.

2020 result kenaikan pangkat keluar dan alhamdulillah berjaya tapi perasaan nak sambung belajar tu masih ada lagi walaupun pengurusan telah bertukar. Encik Suami memang bagi full support sebab memang dia dah cakap nanti lepas dah tak PJJ kalau saya nak sambung belajar, sambung je lah lagipun #theIMANs pun semua dah besar. 

So 2021 bincang dengan Encik Suami tentang isu sambung belajar, sama ada nak guna dana sendiri atau nak mohon hadiah latihan persekutuan (HLP). "Dah ada benda free, baik kita guna yang free." Ye tak ye jugak. Saya pun mulalah mencari info dan hujung tahun lepas pun cubalah memohon.

2022 berjaya dipanggil interviu walaupun masa mohon tu hati masih 50-50, sebab masa ni takut dipindahkan. Ya, lepas habis HLP memang kita akan diposting ke tempat yang baru pulak, bukan di tempat yang lama. Hmm... dulu nak sangat keluar sekarang dah berat hati pulak. Entahlah. Interviunya pulak minggu depan, 1 persiapan pun tak buat lagi. Rasa macam nak menggagalkan diri pun ada jugak. Tapi takpelah kita redah je lah. Kalau ada rezeki, adalah. Kalau tak, nanti cuba lagi, at least dah tau macam mana dan bagaimana rasanya saat diinterviu tu.


Taklimat online pagi tadi, macam banyak benda nak dipersiapkan mental dan fizikal. Semoga diberikan 'wahyu' untuk mula membuat slaid untuk interviu minggu depan. Huhu!


Apa Yang Anda Perlu Tau Tentang HLP

Menawarkan penajaan skim Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dengan kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) bagi mengikuti pengajian kursus-kursus jangka panjang secara SEPENUH MASA di peringkat Sarjana dan Ph.D di Institusi Pengajian Tinggi Awam di Dalam Negara bagi Sesi Pengajian Tahun Semester 1 2022/2023.
Tawaran ini dibuka khusus untuk Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional di dalam skim perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Skim DH di Politeknik, Kolej Komuniti dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sahaja.
SYARAT-SYARAT & KELAYAKAN 
A. SYARAT UMUM 
Pegawai-pegawai yang diperakukan untuk mengikuti kursus ijazah lanjutan hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan perwatakan/sikap yang sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya berupaya memberi sumbangan ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan 2/5 organisasi. Mereka juga hendaklah mempunyai kelayakan ijazah pertama yang diiktiraf atau kelayakan yang setaraf dengannya. 
B. SYARAT KHUSUS 
i. Pada 31 Disember 2021, pegawai mestilah berumur tidak lebih daripada 45 tahun bagi pengajian peringkat kedoktoran (Ph.D) dan 50 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana; 
ii. Telah disahkan dalam perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan; 
iii. Telah berkhidmat sekurang-kurangnya selama tiga (3) tahun dalam skim perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) (gred 41 dan ke atas dan lantikan selewat-lewatnya 1 Jun 2016) pada tarikh tutup permohonan; 
iv. Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata 85% ke atas bagi tempoh tiga (3) tahun skim perkhidmatan terkini secara berturutturut (2018, 2019 & 2020). Penilaian setahun LNPT hendaklah genap 12 bulan; 
v. Kursus yang diikuti adalah berkaitan dengan tugas pegawai dan diperlukan demi kepentingan perkhidmatan; 
vi. Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan bagi pengajian peringkat Sarjana dan Ijazah Sarjana yang baik bagi pengajian peringkat Ph.D (pencapaian CGPA minimum 2.5); 
vii. Belum memiliki kelayakan Ijazah Lanjutan di peringkat yang sama tanpa mengira bidang pengkhususan. 
viii. Mematuhi syarat genap tempoh tamat mengikuti kursus jangka panjang/pendek sebelumnya seperti yang dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 (jika berkenaan). 
ix. Mematuhi syarat yang ditetapkan dalam Garis Panduan Kemudahan Cuti Belajar kepada Penjawat Awam seperti berikut: 
- Bagi calon yang telah mengikuti cuti belajar melebihi 12 bulan di dalam atau di luar negara, boleh dipertimbangkan untuk mengikuti kursus jangka panjang yang berikutnya sama ada di dalam atau di luar negara selepas genap 2 tahun tamat mengikuti kursus yang terdahulu dengan jayanya, dan 
- Bagi calon yang telah mengikuti cuti belajar kurang daripada 12 bulan tetapi 3/5 melebihi 3 bulan di dalam atau di luar negara, boleh dipertimbangkan untuk mengikuti kursus jangka panjang yang berikutnya sama ada di dalam atau di luar negara selepas genap 1 tahun tamat mengikuti kursus yang terdahulu dengan jayanya. 
x. Telah mengisytiharkan harta (termasuk pengisytiharan harta tambahan) dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ; 
xi. Tidak tersenarai dalam senarai hitam pinjaman PTPTN atau Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP);
 xii. Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah; dan 
xiii. Menyediakan kertas cadangan pengajian (proposal) dan hendaklah dimuatnaik serta diserahkan kepada urus setia semasa calon menghadiri temu duga. Kulit depan kertas cadangan hendaklah mematuhi format seperti yang telah disediakan.
Semoga bermanfaat bagi yang ingin mencuba untuk memohon HLP! Kerajaan dah nak bagi hadiah tu, kita try je lah grab kan?

4 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Bagus ni. KA teringin nak sambung belajar. Dulu masa bawak grab, masuk kawasan UM... aura dia lain macam.

    ReplyDelete
  2. good luck dan buat yg terbaik. kalau dah rezeki tak kemana

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form