Monolog Kakmim: Jaga Tepi Kain Orang


Orang kata keja kerajaan ni susah nak buang orang. Susah sangat. Tapi, bukan tak pernah tau. Pernah buang orang keja tapi memang kena lalu proses-prosesnya, Gaji harian, kaunseling, semua kena ada. Nak lapor tu pun bukan lapor macam tu je, dokumen kena lengkap la dengan bukti bagai dengan memo dalaman dari pihak pengurusan.

Macam ni ceritanya.

Kita ni bukan ketua, nak tegur tak boleh, nak nasihat ketua nanti jadi macam batu api. Masalah problem. Ada lah pegawai hamba Allah ni suka MIA. Kita ni perati je lah, bukan ketua kan? Takkan nak melebih-lebih pulak. Tapi ketua ni pulak takde tindakan terhadap pegawai chipsmore ni. Sakit mata pulak kita tengok. Ni bukan kes dengki. Tapi as a orang yang dah lama kerja, gred pun dah banyak daripada orang lain, memang tak sedap hati lah tengok benda-benda macam ni berlaku di depan mata. Memang benda ni sebenarnya merisaukan. Risau sebab benda ni boleh jadi berjangkit-jangkit dalam jabatan. Dan bila berjangkit, susahlah nak cari penyelesaian. Orang akan pertingkaikan lagi, yang chipsmore A boleh, kenapa chipsmore B tak boleh. Haa.. lagi parah. Sebab ketua takde tindakan dan intervensi dari awal.

So sekarang kita macam ni lah. Perhati dan sakit hati. Dipendam dan didiam terasa bersubahat pulak jadinya. Orang lain boleh tutup mata, kita ni bukan tak boleh tutup mata, tapi terasa tanggungjawab sebagai seorang senior untuk membanteras barah dalam politik pejabat ni. Setakat baru ketumbuhan kalau dibuang awal, insya Allah boleh sembuh. Tapi dah jadi kanser, memang bernanah menderitalah nak buat radioterapi dan kemoterapi bagai.

Tapi, nak buat macam mana, dah dia nak diamkan aje. Kita tengok sajalah dengan hati yang bengkerk. Nanti apa-apa berlaku, kita cakaplah, adan uke. Boleh tak?

Ingatlah, bukan mudah nak jadi seorang ketua, itu amanah sebenarnya. Bila kita dah diberi amanah, kenalah kita betulkan yang biasa, dan biasakan yang betul. Kalau nak tutup mata sebagai penjawat awam mungkin ok saja tapi kita kesal lah kalau ketua tutup mata as a saudara sesama Islam, tak dapat nak bercakap dari hati ke hati kepada pegawai chipsmore mengenai keberkatan gaji yang hendak disuap kepada anak bini dan keluarga.

Kesal!

Dalam perkhidmatan awam ni, nak jaga tepi kain orang - salah, tak jaga.. susah jugak nak jawab tu.


Penafian: Sebuah kisah yang diceritakan dari seorang sahabat kepada sahabat yang lain.

Post a Comment

19 Comments

  1. isteri selalu cerita di pejabatnya ada beberapa org staff yg berperangai mcm ni. kejap ada, lama x de. sedar2 dia dah balik tdo di umah. ada yg buat biz sambilan sampai tugasan hakiki di pejabat terabai! Menjawablah nanti di Padang Mahsyar!

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampaknya bukan kes terpencil ni.. hehe.. isu sejagat

      Delete
  2. kalau di swasta dah lama bye bye dah tu.

    ReplyDelete
  3. mmg bengkerk je tengok yg selalu MIA...kalau kes emergency, takpe lah kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg tau je tau.. kadang² pun alasan tu yg kita dh boleh agak dh

      Delete
  4. Pokok pangkalnya peranan ketua jabatan.
    Macam tu, ketua yang perlu dikenakan tindakan

    ReplyDelete
  5. Jadi ketua ni tanggungjawab besar dan yang paling penting amanah dalam melaksanakan tugas. Integriti juga penting. Naniey kalau dulu kerja berurusan dengan orang kerajaan ni memang stress sikit. Ada satu klien gov tu, dari Naniey masuk kerja sampai la resign langsung tak pernah dapat cakap dengan bos jabatan tu. Emmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm... x semua jugak mcm tu tp tu la persepsi org... dlm setandan pisang tu x semua bagus dan x semestinya semua x bagus

      Delete
  6. Banyak penjawat awam macam tu.. Pernah punch in pastu lepak ke kedai butik bini dia pun adooo... cerita lama la sbb ada kwn pejabat nampak.. sekarang tak tahu la dia masih buat lagi ke tak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu laa... susah nk ckp.. benda ginilah yg jd krn nila setitik rosak susu sebelanga

      Delete
  7. Tu la pentingnya menjadi ketua jabatan yang tak pilih bulu dan komited terhadap tugas yang di amanahkan

    ReplyDelete
  8. Bukan hanya gomen, sektor swasta pun ada. Boleh buat macam tu atas tiket 'orang lama' dan berjawatan agak penting. Nak report, nanti dicop whislteblower.

    Harap ada saluran yang boleh guna untuk report puak macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau terlalu outspoken dikata dengki pulak

      Delete
  9. Sy pernah ada dlm situasi begini kakmin. Bila dibiarkan, lama kelamaan staff yg lain akan demotivated dan secara x langsung akan menjejaskan prestasi dan keharmonian dlm organisasi . That's why bosses kena cepat-cepat ambil tindakan. Mungkin sedikit teguran/nasihat diperingkat permulaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. org yg tgk yg demotivated sbb xde tindakan

      Delete
  10. Masalah yang berlaku di merata-rata.. Kita yang menengok yang sakit mata..
    Boleh berjangkit dan merebak kalau tak dibendeung segera..

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥