Pengurusan Pejabat Menggunakan Platform Google

Kerja di hujung minggu lagi?
Begitulah...

Minggu lepas kursus dengan tahfiz
Minggu ni dengan komuniti pulak
Sebenarnya kursus ni bukan kursus saya
Tapi cover member yang tak boleh bertugas hujung minggu
Saya on saja sebab memang nak dapat cuti ganti pun
Tak dapat claim OT ye tapi dapat cuti ganti sehari
Syaratnya memang kena bertugas 8 jam
Kumpul cuti ganti pun ok je sambil nak capai KPI sendiri
Dapat save cuti rehat, dapat capai KPI peserta dan jam mengajar
Nak? Tak nak?
Begitulah...
Pilihan di tangan kita sendiri

Bila kita dah kerja ni, dah sign akur janji semua, komitmen tu lah yang penting
Dan kena faham tanggungjawab yang telah diamanahkan
Apa-apa pun akan balik lagi kepada keberkatan gaji yang bakal kita dapat setiap 25hb tu
Gaji tu lah yang kita gunakan untuk menyara keluarga
Maka, fikir-fikir dan renung-renungkanlah


Hari ni saya share bagaimana nak menguruskan urusan kerja di pejabat dengan dibantu aplikasi daripada Google

Perasaan bila mengajar komuniti ni lain macam sikit. Sebab selalunya peserta akan terus tanya soalan dan kita akan terus bagi respon dan demo bagaimana.

Seronok sangat bila peserta bagi respon:
 "Oh, begitu rupanya" - bila kita ajar step buat Google Form
"Patutlah orang buat cepat, cantik pulak tu" - bila kita share website untuk dapat banyak free slide template untuk Google Slides / MS Powerpoint
"Kita boleh tengok orang menaip sama?" - bila kita share macam mana nak collaborate menggunakan Google Docs / Sheets / Slides

Begitulah..
Mengajar komuniti ni kadang-kadang penat, sebab straight 6 jam nak habiskan modul
Kalau kursus MS Word, memang kena pastikan habis kursus hari tu peserta boleh menaip
Bukan mudah sebenarnya bagi yang jarang guna komputer tau
Kalau pelajar, lainlah... kita habiskan dalam 1 semester (6 bulan) sekali kelas 3 jam boleh sambung-sambung lagi kalau tak habis
Tapi bila peserta daripada tak boleh menaip jadi boleh menaip, memang puas hati sangat
Contoh lahhhh... contoh

Yang penting bila kita suka keja yang kita buat
Kita takde alasan pun tak nak buat kan?








 

Post a Comment

18 Comments

  1. Sangat setuju dengan keberkatan gaji tu. Bila rasa nak malas nak buat kerja mesti ingat diri sendiri keberkatan gaji. Selalu dengar kalau gaji tak berkat duit habis gitu je tanpa tahu belanja apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? sy pun perasan macam tu jugak naniey

      Delete
  2. Alhamdulillah..satu kepuasan kalau anak murid faham apa yg kita ajar..byk aplikasi google yg boleh kita manfaatkan utk pelbagai perkara......

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak murid ni mmg tanggungjawab kita lah pengajar utk ajar sampai pandai.. tp bila anak murid ni ialah pelajar dewasa, drpd x tau jd tau sikit pun dah kira bersyukur sgt dah

      Delete
  3. Seronok mengajar sebenarnya kalau orang diajar dapat buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kepuasan seorang cikgu.. kalau sekolah selalu disebut kemenjadian murid.. tp kalau kami bkn sekolah lain sikit kpi nya

      Delete
  4. Menjalankan tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa, gituhhh.

    ReplyDelete
  5. respek dengan mereka yang mengajar. tak kisahlah, guru biasa ke, ustazah ke, pensyarah ke, siapapunlah yang boleh mengajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak-mak lagilah cha.. tp selalunya mak-mak ni nk mengajar si anak dugaannya mmg lg besar lah dpd cikgu.. hehehhe... paham je lah budak ni cikgu je yg betul

      Delete
  6. Wah, nang hebat kitak kakmim!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aie... xda yg hebatnya.. dah tanggungjawab ya

      Delete
  7. Mcm2 cara ada skrg kan.yg penting rajin

    ReplyDelete
  8. Allahu Akbar! Itulah perlunya kita banyak bersyukur dengar rezeki yang Allah beri. Moga terus ikhlas bekerja kerana niat bekerja kerana Allah adalah suatu ibadah.

    ReplyDelete
  9. suka kerja yang boleh bagi sense of fulfillment macam ni. nampak sangat saya kurang gemar kerja sekarang sebab kena bukak PC on weekend pun malas

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah.. Suka dengan perkongsian Kak Mim ini..
    Tambah-tambah part keberkatan gaji tu..

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah...
    Ilmu yang bermanfaat bila digunakan,pahala terus mengalir kepada pengajarnya

    ReplyDelete
  12. bekerja dgn ikhlas. in shaa allah pahala mengajar tu.

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥