Entri ke-100 - Lawatan Penanda Aras di UNIMAS

First of all, alhamdulillah. Ini ialah posting ke-100 saya untuk tahun 2022. Satu pencapaian peribadi buat seorang blogger on-off macam saya. Sepanjang menulis blog sejak tahun 2008, tahun ini merupakan tahun teraktif untuk diri saya kerana telah berjaya mengemaskini 100 entri di blog! 100 entri dalam masa 7 bulan! Kalau orang Sarawak cakap, sik berasaaaaaaa! Hari demi hari, bulan demi bulan, dah mencecah 100 entri pada hari ini. Sik berasaaaa! Haih! Excited pulak.

Oklah, cerita kisah semalam. Semalam saya dan team kualiti di seluruh Sarawak telah pegi benchmarking Bahagian Jaminan Kualiti Akademik Unimas dan Unit Pengurusan Kualiti Fakulti Kejuruteraan Unimas. Akhirnya, program yang telah dirancang sejak bulan Mei yang lalu berjaya jugak dilaksanakan. 7 buah kolej dari seluruh Sarawak berjaya berkumpul dan berkampung di Unimas semalam.

Kami bergerak ke Unimas dengan 3 buah kenderaan jabatan. 2 van 1 Fortuner.

Misi kami yang pertama, di Bahagian Jaminan Kualiti Akademik Unimas. Bahagian ni memang selaraskan semua pengurusan berkaitan kualiti untuk semua fakulti dan pusat di Unimas. Dan BJKA ni juga menjadi Pusat APEL C.


Siap letak tag nama lagi di meja. Begitu sekali persiapan staf BJKA Unimas.


Banyak input yang kami dapat. Walaupun sistem berbeza tapi konsepnya tetap sama kerana di bawah bidang pengurusan akademik dan juga tertakluk dengan MQA.


Sebelah petangnya kami ke Fakulti Kejuruteraan pulak


Learning Space di FK yang moden untuk kemudahan pelajar. Dulu masa jadi pelajar takde pulak fasiliti macam ni, harap di library je. Tapi saya bukan alumni Unimas. Memang boleh sesat kalau masuk Unimas ni.


Sahabat zaman sekolah menengah saya yang bersusah-payah menyantuni kami, Dr Nurdiani, ketua penyelaras kualiti akademik untuk QMU Fakulti Kejuruteraan. Walaupun jaga kualiti, mereka tetap jugak mengajar. Begitu juga yang di BJKA. Itu kami sama, mengajar tetap fokus utama di IPT di samping kerja sampingan seperti pengurusan macam ni.

Jarang jumpa walaupun rumah dekat, kami selalu lepak di grup whatsapp ladies kami je.

Alhamdulillah dikelilingi sahabat-sahabat hebat dalam karier masing-masing, perlukan bantuan dalam apa-apa, memang roger je. Sebab tu perlukan cycle yang positif kan? Takkan hilang ilmu di dada jika kita selalu berkongsi dengan orang lain.

 

6 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Tahniah!
    Banyak jumlahnya tu. Masih banyak lagi hari menuju ke 365!

    ReplyDelete
  2. 100 entri dah..syabas dan tahniah kakmim :) byk tuuu

    ReplyDelete
  3. Wahhh tahniah kak byk tu 100 entri
    Jemput singgah blog rabia ye ❤

    ReplyDelete
  4. dah 100 hari padahal baru setengah tahun. keep it up!

    ReplyDelete
  5. Wah.. Ohsem.. Terbaiklah sis.. Tahniah untuk entry ke 100..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form