IG Aiskrim Gulapong


Aiskrim gulapong memang trademark Sarawak.. disebabkan gulapong tu
Dan nama IG Aiskrim pun memang tak asing lagi dah di Kuching
Sebab brand ni lah yang menaikkan rating aiskrim gulapong
Kalau dulu kedai kecik je tapi malam-malam memang que panjang
Nak makan aiskrim pun kena que 🤦‍♀️

Sekarang kedai diorang dah besar dan cantik
Memang instagramable sangat
Dengan tema lady like, pinkish & pastel

Pink blink mata memandang

Baby pink dan pastel sangat kat tingkat atas

Dan kami memilih untuk lepak di tingkat atas

Order 2 ice cream series
1 ice cream gulapong with free 2 topping
Si kakak dah awal request oreo & nestum
1 ice cream gulapong with bubble
Dan 1 milk tea gulapong with bubble, takmo ice cream

"Cepat Bu nanti cair"
Asalkan bahagialah anak

Hiper pulak bila makan aiskrim malam-malam
Aiskrim habis diorang pulak menggegarkan tingkat atas tu 😆

Janji diorang happy.. seharian tak keluar rumah walaupun hari ni cuti

Order sampingan lain pun ada jugak kat sini
Tapi kami baru je lepas dinner

Sedap bubblenya tak keras
Gulapongnya sangat terasa gulapong
Pure gulapong gitu

Sorry terposing pulak 😂

3 budak hiper lepas makan aiskrim 😂

Habis jugak aiskrimnya

Cantik lampunya

Ni pulak di tingkat bawah

Kaunter penyediaan order customer

IG Aiskrim ni terletak di Jalan Satok, bersebelahan Mita Cake House
Seberangnya pulak ada deretan kedai yang ada Mee Kolok Hj Salleh
Malam-malam IG Aiskrim ni bukak sampai 11 malam
Tu lah yang dine-in plan asal nak take away je
Hihihi..


 

Post a Comment

16 Comments

  1. Kacak tempatnya. Kelak boleh pergi sitok.

    ReplyDelete
  2. i looooooove gula apong!! sentiasa nyaman di tekak kamek lebih2 lagi pun campur ngan sekerim. fuhhh!!

    ReplyDelete
  3. Cantik tmptnya
    mkn aiskrim santai2 camni
    gulaapong kalau kat N9 cam gula melaka tu ye?

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. area satok... kelak raon di kch gik... hehehe

      Delete
  5. memang cantik kedainya. ni kalau di KL confirm sentiasa penuh jugak. Lama tak makan aiskrim gula apong. Erm..dap, taruk honeycomb

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah... trend letak honeycomb kan tp kedai ni mmg dr dlu xde honeycomb... topping dia nestum, cornflake, oreo & bubble je

      Delete
    2. nestum n cornflake ok jugak. kurang manis

      Delete
  6. cantik kedainya..suka la bebudak kan, dpt ice cream....

    ReplyDelete
  7. Cantik kedai dia..
    Habis la klau bawak budak2 mkn situ malam2..hehe

    ReplyDelete
  8. aiskrim sedap, kedai cantik..mmg layan...

    ReplyDelete
  9. Alahai.. Lawanya kedai.. Makanan pun best..

    ReplyDelete
  10. Cantiknya kedai dia. Macam best lepak lama-lama, makan aiskrim. :)

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥