Hyat Hijab Lagi


Alhamdulillah dah beberapa bulan saya dapat menahan nafsu daripada membeli Tupperware. Sebulan tak membeli tudung baru, ingatkan dapat insaf, rupanya tidak! Walaupun bulan lepas berjaya tak booking pre-order tapi bulan ni terbooking 2 pasang dan 2 pasang lagi 'terbeli' direct dari butik! Nak nangis tak boleh nangis sebab hati sukaaa!! Bulan ni aje 4 pasang koleksi baru Hyat Hijab. Encik Suami tak boleh marah sebab kita ini bajet sendirian berhad. Hihihi!

Alkisahnya HH ni memang setiap bulan ada design baru dan untuk bulan Ogos ni memang designnya sangat mencuri hati saya. Design bunga besar lepas tu kaler pulak banyak matching baju keja dan baju jalan.

Sebelum ni memang suka pakai design Hyat-X.. sarung je dan silang X di belakang. Yang best HH ni ada saiz so kalau saiz M atau L memang senang nak adjust tutup dada. Tapi sejak Kak Yat memperkenalkan design Luxe alahai tersuka pulak pakai Luxe sebab boleh digayakan macam-macam. Nak lepas boleh, nak silang boleh. Dia macam bawal tapi ada getah kat dagu so tak perlu pin. Inner pulak mesti ada. Luxe pun main sarung je tapi nak selempang sebelah boleh, nak silang boleh nak lepaskan bubuh ring pun boleh. Itulah geram nak kumpul koleksi plain kaler pulak. Oh no.. niat tu tolonglah.

Printed bulan ini.. ic Zahra

Dan ic Amanda.

Amanda ni sekali tengok je memang terus fall in love. Biar tudung baru baju lama apa ada hal. Hahaha! Tapi betul la dah beberapa bulan tak beli baju baru tau. Puasa.. puasa.

Nak dijadikan ceritanya, minggu lepas member ofis travelling ke Kuantan pastu dia terus cuti nak melawat mertua. 

"Kak, kelak kamek try ke Bangi pergi butik Hyat. Mok pesan kah?"

Ah sudah. 

"Tangga lok kaler apa kelak"

Dan.. akhirnya akaknya kalah jua.

Rambang mata nak pilih kaler.


Akhirnya maroon & coco pilihan hati. 


First time beli direct dari butik dan first time dapat paper bag Hyat Hijab. Oklah kan walaupun bukan pergi sendiri. Selalu beli dari personal shopper je tapi memang dia mesti bagi free gift yang comel-comel. Tapi sayang pulak nak pakai paper bag ni. Begitulah.. kerna saya juga pengumpul koleksi shopping paper bag 😂

Ehem.. donning HH ic Amanda. Material lembut, best. Material HH ni tak sama untuk setiap keluaran ye. Material yang plain pun macam tu jugak. Saya love sangat design bunga biru besar-besar ni. Yang ic Zahra pulak tak pakai lagi, yang kaler coco pun sama. Maroon je sudah. Hihi.

Selfie awal pagi sementara tunggu traffic light bertukar hijau. Siapa selalu macam ni? Kita kawan 😂😂😂

Malam ni ada lagi plain kaler baru keluar tau. Tutup mata, tutup mata. Tak boleh nak turutkan hati sangat kan?

Tapi cantik la... ungu violet. 😍
 Jangan risau saya tak beli.
Daaa 🫰




 

4 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Alah membeli, menang memakai...cantik warnanya..sweet..

    ReplyDelete
  2. plain dan bercorak dua2 cantik la

    ReplyDelete
  3. Mun dah suka ya nang semua mok dibeli nak. Sama kedak mak kmk, tapi nya peminat bokitta. Sik alah2 hint dgn anak2 mun bokitta ada keluar design baru hihi.

    ReplyDelete
  4. Sendirian berhad xper cik somi no komen he hee
    tudung2 gini qkak suka plain

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form