Laksa Ikan Sekoq di Pak Somet Foodcourt, Metrocity

Laksa Ikan Sekoq ni asyik lalu-lalang je di timeline FB saya
Teringat masa makan laksa ikan sekoq di Penang 13 tahun yang lalu
Akhirnya malam tadi tercapai jugak hasrat ibu yang tak mengandung ni merasa laksa ni di Pak Somet Foodcourt, Metrocity

Cukup rasa, masam, pedas, ikan tak hanyir
Harga RM11 semangkuk


Stall ni terletak di Pak Somet Foodcourt di Metrocity
Ada banyak stall kat situ, macam-macam menu lain pun ada
Stall Dhie Laksa ni yang jual laksa ikan sekoq ni
Selain tu laksa Penang pun ada dengan laksa Sarawak

Sate ayam dan sate daging
RM1 secucuk

Alan makan 10 cucuk sate ayam!
Memang penggemar sate sungguh anak bongsu ku yini


Banana cheese ni favourite si Abang
Punyalah lama tunggu order
Rupanya tepung habis pulak masa nak menggoreng pisang
Nasib baiklah sedap
Kalau lamaaaa sangat tunggu order, lepas tu order lambat sampai dan tak sedap, hmm.. memang menganggu-gugat emosi hakak tau


Abang ni memang suka sangat pisang goreng
Balik sekolah pun selalu request pisang goreng jugak
Kalau balik sekolah tengah hari saya ada belikan pisang goreng memang sanggup dia tak makan nasik demi nak makan pisang goreng

Seronok jugak lepak makan masa musim World Cup ni
Meriah sangat kedai
Mungkin malam tadi pun malam Sabtu dan ada uptown juga berhampiran, memang susah nak cari parking
Sebenarnya Ayah kerja hari ni, sebab tu mesti beli jiwa isteri dan anak-anak dulu... ahaks!
Awal lagi dia dah cakap malam karang makan kat luar
Dah la balik pun lambat sebab raptai
Sampai saja di rumah terus ajak keluar makan


Masa nak balik terserempak dengan jiran lama umah mak
Saja je bergambar sebab nak tunjuk anak jiran.. hehehe

 

9 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Saya antara orang yang tak pandai makan laksa.. Haha. Peliklah, bloh kak mim tak diupdate entry terkini dalam blog saya.. dalam blog saya last post kak mim 2 minggu lalu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg problem.. xtau cmne nak setel.. tanya blogger lain diorg ckp nnt akn ok dgn sendirinya 😅

      Delete
  2. Wah...10 cucuk Alan..
    Memang penggemar sate tuk...
    Rasa malam ni nak cari sate jugak la...hihihi pengaruh rakan ni🤭

    ReplyDelete
  3. penah makan laksa ikan sekoq di langkawi. tapi laksa utara nang nyaman, faveret lekak laksa sarawak.

    ReplyDelete
  4. Perghhhhh Kak Mim..
    Terliur tengok gambar makanan.. ;)

    ReplyDelete
  5. Alan! 10 cucuk yooo... kalah aunty!

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form