Positif Covid Kali Pertama!

Setelah bertahan selama 2 tahun, akhirnya bulan September yang lepas (25/9/2022) saya telah dijangkiti virus Coronavirus atau Covid-19 buat pertama kalinya! Simptomnya tak sedap badan, kesejukan sampai menggigil walaupun hari panas, selsema, lenguh seluruh badan dan pening kepala.

Hari simptom mula memunculkan diri (Sabtu), tak keluar pun double line bila check. Keesokkan harinya (Ahad) barulah keluar double line dan sahlah saya positif Covid-19.

Kerana tak percaya, simpan dulu sebelum buang. Bila makin lama makin clear line kedua.

Saya declare di MySejahtera sebab bersimptom. Hikmahnya saya positif Covid-19 ni bolehlah jugak saya 'berehat' selepas handle 1 program besar di peringkat jabatan pada pertengahan bulan 9 hari tu. Letih mental woo!

Kronologi:
Ahad - Persiapan tempat majlis (urusan kerja)
Isnin - Raptai (urusan kerja), Abang tetiba demam di waktu malam
Selasa - Majlis berlangsung (urusan kerja), Abang tak sekolah sebab demam
Rabu - Kerja macam biasa, ada 2 kelas hari ni
Khamis - Cuti rehat sebab Awan demam
Jumaat - Kerja macam biasa

Budak 2 orang ni pun positif jugak bila dah buat test, maka berkuarantinlah kami 3 beranak di bilik ruang atas.

Makan, mandi, tidur semuanya di tingkat atas sahaja selama kuarantin tu.


Petang-petang tidur, dah takde aktiviti lain dah


Malam layan gajet. 


Akhirnya hari ke-5 buat test lagi, dah negatif. Benarlah kata orang, sekarang bila positif Covid dah jadi macam demam biasa dah. Tak macam dulu. Simptomnya cuma ada pada awal-awal tu je. Lepas tu dah macam demam biasa dah. Tapi yang lecehnya kena isi MySejahtera 2x sehari tu.

So dalam famili kecil kami, hanya Encik Suami dan Kakak Iman je yang masih suci daripada virus Covid. Saya syak pembawa kali ni ialah Abang, sebab dia yang tiba-tiba demam kemudian barulah Awan demam dan diikuti Ibu. Alan pulak berjangkit dengan mereka berdua sebab diorang bertiga ni memang tidur sama. Semoga dijauhilah dan dilindungi kami sekeluarga.



 

Post a Comment

7 Comments

  1. Demam Covid-19 dah macam biasa sekarang...ia tidaklah bahaya jika bukan ada penyakit kronik...apa-apapun bersyukur kerana bukan berada tahap kritikal

    ReplyDelete
  2. Oh cerita lama. Pelik jugak sebab setau saya kakmim jadi petugas PRU. hehe. kena Covid tapi simptom tak teruk tak apalah

    ReplyDelete
  3. lps endemik ni kalau yg kena covid tkde la melarat mcm awal2 dlu..mayb yg ada sakit kronik kena extra care la

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...
    pengalaman yang bukan semua orang lalui dan kalau boleh semua pun taknak lalui..pasti ada hikmah yang Allah nak sampaikan

    ReplyDelete
  5. Sama lah kita Kak.. Tarikh kena pun sama 25/11/2022 yang bestnya ayah Aqil pun +ve tarikh yg sama.. Tarikh tu juga birthday dia.. Kiranya hadiah birthday.. ;)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah. Syukur sudah sihat. Simptom covid-19 ni tak sama kan.

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥