Rumah Contoh Samariang Aman 3


Insya Allah, rumah kedua keluarga kecil kami nanti akan terletak di Samariang Aman 3
Sama area dengan rumah sekarang jugak
Tapi rumah ni lebih kepada untuk rumah hari tua nanti
Rumah setingkat saja
Rumah sekarang 1 setengah tingkat
Dah merasa kan rumah bertangga.. penat naik tangga, penat jugak berkemas


Sebenarnya ini throwback
Open day untuk lot baru ni pada 31 Ogos yang lalu
Baru hari ni check di dashboard rupanya ada gambar dalam draft post


Tapi kami pergi di sebelah petang so dah takdelah acara makan-makan
Hehehe.. makan saja di fikirnya

Ada contest tapi of courselah tak masuk
Ambik gambar untuk update di blog je
Nanti senang nak refer balik nak tiru camne nak deco rumah baru

Ini rumah teres setingkat... corner lot
Nampak agak kecil jugak

View ruang tamu

Deco ruang tamu rumah teres setingkat

Cantik rak almari ni... modern design untuk letak di ruang tamu

Dari view lain pulak

Ruang antara bilik tidur di rumah teres setingkat.
Saya nak simpan gambar cermin bulat tu je, cantik!

Ruang makan rumah terers setingkat

Rumah org berlakon drama je kot setting meja makan macam ni.
Kalau kat rumah rakyat marhaen ni setting macam ni, memang untuk hiasan je la kot.
Makannya mesti di ruang dapur sana rasanya.


Ini pula, ruang makan rumah teres 2 tingkat


Unik kerusinya

Sliding door yang memisahkan ruang makan dan ruang dapur di rumah teres 2 tingkat

Simple

Lawa pulak warna kuning lemon jadi pilihan warna utama cabinet dapur

Ruang dapur yang sama, sudut berbeza

Bilik tidur di tingkat bawah rumah teres 2 tingkat, berdepan dengan ruang makan.

Bilik tidur utama rumah teres 2 tingkat

Suka design dressing table ni

Master bedroom

Master bedroom rumah teres setingkat


Bilik tidur rumah setingkat


Ni sesuai untuk jadi bilik setamu design katil macam ni


Simple je meja study... ni di bilik tidur rumah 2 tingkat

Tapi...
 Rumah kami setingkat semi-d tak open pulak.. huhu
So tak boleh nak berangan awal sangat
Sekarang ni berangan-angan dulu je lah nak perabot moden macam ni
Berangan itu kan percuma.. takpe lah eh
Hehehe...









 

Post a Comment

5 Comments

  1. Pandai diorang hias rumah untuk tarik pembeli

    ReplyDelete
  2. cantiknya hiasannnn sy suka gaya mcm ni... rs mcm mewah wpn simple je dekonya

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..
    Tahniah,dah ada rumah ke-2
    Saya pula kadang berangan nak ada little hut tepi dusun yang ada sungai..hihihi berangan tak kena bayar kan..

    Unik la kerusi tu kakmim..seriaubpulak nak duduk..
    Setting meja makan tu betul la kan..untuk shooting ja kot..
    @ memang ada orang yang memang pengemas dan protokol macam tu..Tapi bukan saya la..hihihi

    ReplyDelete
  4. Show unit boleh bg idea utk deko rumah, cantik2 hiasannya... wahh, unik betul kerusi tu, rasa mcm x selesa design mcm tu.. haha..

    ReplyDelete
  5. tahniah kakmin..kami masih duk tercari2 lagi rumah yg sesuai utk hari tua lps pencen nanti..angan2nya nak rumah kebun tak tau la sempat merasa atau tak

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥