Tips Bila Burnout



Best kan kalau kita jadi meow. Tak payah fikir nak makan apa hari ni, kerja rumah tak siap lagi, nak masak apa hari ni, laporan dah siap ke belum, baju 5 bakul tak lipat lagi, eh? Apapun, kita tetap kena terima hakikat yang kita ni manusia, ada akal dan fikiran, ada mental emosi yang perlu dijaga, badan yang perlu berehat. Kan?

Chop! Chop! Baca ya betul-betul perkara-perkara yang tersenarai di bawah ni. Adakah korang ada berperasaan seperti yang tersenarai?

1. Rasa sudah penat bekerja secara emosi
Contoh - "Aku dah penatlah bekerja, rasa nak cuti lama dan jauh je. Nak pergi kerja pun rasa malas"

2. Kurang rasa untuk mengejar kepuasan diri ketika bekerja
Contoh - "Aku dah tak perdulilah kalau pihak atasan nak naikkan pangkat atau tidak. Malas aku nak kejar anugerah 'Pekerja Cemerlang ' tu sbb selama ini pun tiada orang hargai.

3. Rasa 'tidak peduli' 
Contoh -  "Aku peduli apa dengan jabatan ni, capai KPI ke tak bukan masalah aku", "Aku geram betullah dgn kawan kita tu, mentang-mentang dia semput, asyik MC je. Kalau tak nak kerja, berhenti saja lah" 

Ada ke? 

Kalau ada, itu tandanya korang dah ada simptom burn out tau. Burnout ni kalau parah boleh menjejaskan emosi sekaligus dapat 'menggelapkan' karier kita.


Apakah burn out ni sebenarnya?


Sejujurnya bulan ni memang saya merasakan saya mempunyai ciri-ciri seperti di atas. Banyak faktor persekitaran yang menjadi trigger kepada masalah burnout ni. Saya perasan sampai 1 tahap memang saya akan burnout.  Kalau dulu-dulu, kita belum lagi didedahkan dengan term psikologi macam sekarang. Tapi kalau diingatkan balik dan bila tengok memori yang muncul di FB, memang ada status yang dimuatnaik yang menggambarkan perasaan demotivated saya dalam bab kerja. Untunglah sekarang kita banyak didedahkan dengan masalah yang melibatkan mental health macam ni. Sedikit sebanyak boleh jugak kita cari cara untuk mengatasi bila menghadapi situasi macam burnout ni.

Sekarang ni sejak semakin dimamah usia, chewah.. saya perasan kalau dah lenguh-lenguh sakit di belakang tengkuk dan belakang tu, itu salah satu simptom yang saya dah mula stress dan nak menghampiri burnout. Oleh itu sahabat blogger dan pembaca semua, memang penting untuk kita tau apakah signal yang cuba diberikan oleh badan kita sendiri ya. Kalau bukan kita yang kenal dan jaga diri kita sendiri, siapa lagi? Pesanan khidmat masyarakat, sayangilah diri anda.

Baiklah, saya nak share cara saya. Let's spill the tea bebeh!! Eh, ingat gosip ke apa? Tapi kan di sebalik burnout ni selalunya memang terselit gosip di belakang tabir sebenarnya. Tapi kita ignore sajalah aura negatif ya. Marilah membaca selanjutnya! Bila burn out, saya akan:

1. Layan perasaan burnout tu dengan 'PAUSE'

Ya. Saya memang layan sebab itu bagi saya ialah signal supaya mental fizikal kita perlukan rehat. Kita perlu 'pause' sekejap dari rutin-rutin seharian kita. Even memasak di rumah pun saya akan 'pause'. Boleh order je makan di rumah supaya dapat rehat. Buat bekal anak-anak ke sekolah pun boleh 'pause' jugak, saya bagi bekal yang simple-simple je macam mee sedap ke, bun ke, yang boleh memudahkan saya. Rutin mengajar memang tak dapat nak 'pause' maka tetaplah jugak mengajar tapi sekadar capai objektif ikut rancangan mengajar je. No aktiviti yang fun semasa kelas. Maaf ya.

2. Mohon cuti rehat

Bila hari takde kelas, saya mohon cuti. Walaupun cuti tak pergi ofis je tapi boleh la. Ada masanya memang nak driving ke ofis pun malas bila dah burn out. Memang perlu sangat cuti walau sehari dua je pun.

3. Tukar posisi bekerja

Saya sejenis bukan tenang di posisi bertahun-tahun lamanya. Saya cuma tak boleh berada di takuk lama selamanya. Bila rasa down, cuba cari persekitaran baru di workstation kita. Kalau boleh tukar posisi meja, lagi bagus. Kalau tak boleh, cubalah beli benda baru yang boleh menampakkan kelainan di workstation supaya dapat mengembalikan semangat kita semula untuk bekerja. Even beli fail baru atau stationaries baru pun dah rasa best tau.

4. Comfort food 

Ini paling mudah nak buat. Pergi lepak dan hayati comfort food kita. Kalau tak pun, order dan layan makan di rumah. Part paling best bila di rumah semestinya layan baring di bilik tidur kita sambil layan novel. Kan? Kan? 

5. Beriadah

Kalau saya ni yang sejenis bukan orang sukan, cukup dengan brisk walk atau berbasikal atau lepak-lepak di taman. Sekadar nak lupakan kerja-kerja ofis sekejap, boleh la. Tengok-tengok ikan di kolam ke. Kalau di Kuching ni, tasik di Pustaka ada banyakkkkk sangat ikan yang kita boleh bagi makan. Betullah kalau fakta ada cakap, balik kerja tengok ikan berenang dalam akuarium pun dah rasa hmm, layannya.

6. Doa dan Surah Al-Insyirah

Bila demotivated memang hanya kepada Dia tempat kita mengadu. Doa banyak-banyak setiap kali lepas solat agar dipermudahkan urusan kita setiap hari. Saya juga suka amalkan surah Al-Insyirah jugak. Insya Allah, Allah selalu ada.

So inilah yang saya buat bila dah rasa burnout. Ini cuma cara saya ya, bukan saranan dari yang pakar. Benda burnout ni tak boleh juga 'pause' lama-lama sebab kehidupan memang perlu diteruskan. Nak atau tak nak oksigen memang kita nak kena sedut dan karbon dioksida memang nak kena hembuskan. Berapa banyak tahun lagi nak pencen, masih tak cukup jari tangan lagi nak kira, maka pandai-pandailah kita ye. Layan burn out sekadar nak recharge semula energi baru. Lagipun bila akhir-akhir tahun macam ni memang perasaan tu nak cuti je kerjanya padahal akhir-akhir tahun macam ni memang banyak benda yang perlu diselesaikan.

Bah, korang. Kalau ada tips dari korang, jomlah share jugak. Atau nak buat entri khas berkaitan BURNOUT di blog korang pun on saja. Mak-mak yang bekerja keras di rumah, saya percaya diorang pun ada cara tersendiri bila dah burnout. Ye dok? Nanti boleh share link di komen k kalau ada yang dah buat entri tu. Hehe. 

Ehem ehem! Cuma nak bagitau, hari ni saya cuti rehat. Yeehaaaa!!!! Hahahaha!











Post a Comment

24 Comments

  1. Saya masih mencintai kerjaya, seronok dan bersemangat untuk bekerja sebab ada rutin harian yang sentiasa menggerakkan fizikal dan mental. Selesai kerja, boleh berblogging dan menulis atau masak. Ada rezeki lebih, boleh travel apabila tiba waktu cuti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah sy ada terfikir kak... kalau cikgu mmg x boleh layan burn out ni... mana boleh nak ambik cuti rehat sewenang-wenangnya

      Delete
  2. rasa penat bosan pernah ada tapi tak pernah la burn out yang teruk. Kalau rasa penat sangat sebab banyak kerja selama beberapa minggu, akak akan amik cuti rehat. Tak kemana pun duduk rumah, baring-baring, bangun lewat. Bermalasan di rumah. Berkawan dengan beberapa orang , kalau rasa ada kawan yang toxic jauhkan diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul... rehat sebentar bersama kitkat... pastu ok lg lah tu

      Delete
  3. SA la tu....burnout...tp nak x nak kena bertahan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya.. have too... kita ada tanggungjawab kita kan? keluarga, majikan... cuma kena pandailah cari cara nk hilangkan rasa tu

      Delete
  4. belum ada tanda burn out cuma rasa bestnya no school no work just meow meow
    keep fighting kakmim!

    ReplyDelete
    Replies
    1. for sure!! tq tq.. x boleh jd meow sbb itu hanya fantasi.. haha

      Delete
  5. Pernah juga rasa benda ni sis..
    Sampai satu masa rasa tak nak pergi kerja nak ambil cuti bukan untuk jalan2 pun tapi untuk duduk saja di rumah..
    Tq sis share tips utk atasi masalah ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya... jalan termudah... ambik cuti je rehat lepak kat rumah

      Delete
  6. Agaknya saya salah seorang..
    Dulu maghrib pun dok tempat kerja lagi..
    Sekarang cukup masa..punch out..
    Tapi bab pi kerja masih awal...hihihi
    TQ sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pun mcm tu lah... skrg mmg on time... keja pun dh x bawak balik rumah dah

      Delete
  7. good sharing, mmg ada masanya kita diserang burnout juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. air pun ada pasang surutnya.. apatah lagi semangat manusia... hihihi

      Delete
  8. Saya pun dah seakan merasainya. Tapi saya akan menyerah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ops, jgn lah menyerah... ambik cuti dan lawan balik.. hehehe

      Delete
  9. Bermain dengan emosi tu yang penat sekali. huhu... Seronok jadi meow, makan tidur je. Sentiasa disayangi ramai, buat apa pun manusia tak kisah. hihi...untunglah kehidupan seekor meow.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kdg mmg terfikir mcm tu bila tgk meow.. best jugak jd mcm meow ni x perlu keja x perlu sekolah 😂

      Delete
  10. dah hujung2 tahun tok ambik jak la cuti rehatkan minda :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bln 12 br cuti.. nk save juak CR utk carry fwd ke thn dpn 😅

      Delete
  11. Saya dah lama burn out bila pihak atasan tak peduli dengan kita dibawah tapi saya masih seronok melakukan kerja cuma dah tak letak komitmen macam dulu.. Sekarang ini kerja hanya 8-5, Isnin-Jumaat sahaja.. Tak lebih dan tak kurang.. Time rehat saya rehat, time perlu cuti, saya ambil cuti.. Saya lebih pentingkan kesihatan mental saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai yg mcm ni kan? Burnout sbb pengurusan tertinggi.. komitmen tu mmg betul.. masih buat keja hakiki tp setakat 8-5 je lah

      Delete
  12. Selalu juga asa, tapi layan sekejap2 bolehlah. Rasanya generasi kita rata-rata boleh hadap lagi burnout ni kan kakmim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah boleh layan lagi... pastu lupakan dgn benda² lain mcm outing dgn famili dan mkn sedap²... cuma gen Z yg byk kes skrg... esp cikgu... ramai je cikgu muda² tiba² meninggal skrg mungkin sbb beban keja kot

      Delete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥