Apakah Kerajaan Perpaduan?

Soalan: Adakah sekarang kerajaan yang dibentuk ini kerajaan Perpaduan atau Kerajaan Campuran?

Jawapan: KERAJAAN PERPADUAN



PRU-15 antara PRU yang menarik dan unik kerana dalam PRU kali ini tidak wujud pun parti yang menang majoriti mudah 112 kerusi. Oleh sebab itulah, Parlimen tergantung setelah keputusan rasmi PRU dimuktamadkan dan proses pembentukan kerajaan baharu pula telah tertangguh hampir seminggu.

Memandangkan tiada 1 parti pun yang memperolehi majoriti mudah untuk membentuk kerajaan Persekutuan, maka di sinilah DYPA kita memainkan peranan penting. Oleh itu, wujudnya kerajaan perpaduan.


Soalan: Apakah kerajaan perpaduan?

Jawapan: Ditubuhkan atas titah nasihat Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ekoran negara mengalami situasi Parlimen Tergantung.

Kerajaan Perpaduan adalah langkah penyelesaian yang membuktikan kebijaksanaan & hikmah Tuanku dalam mencari penyelesaian berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang.

Justeru, YAB Perdana Menteri memilih proses di mana setiap parti berhak menamakan calon Jemaah Menteri. Ini salah satu pengajaran penting dari 2018 hingga 2021, iaitu untuk mengelak ketidakstabilan politik dengan terwujudnya situasi 'parti di dalam parti' terutama apabila pelantikan tidak menuruti keputusan parti.



Kronologi PRU-15 pada tahun 2022 ini merupakan momen penting dalam sejarah Malaysia. Semoga generasi muda kita cakna akan iklim politik negara kita sekarang. Janganlah asyik nak buat konten entah apa-apa je tapi konten tentang sejarah negara sendiri pun tak tau. 


Kalau dalam kelas Pengajian Malaysia, saya suka tanya nama menteri dan kementerian kepada pelajar. Tapi soalan sebelum tanya nama menteri, saya tanya dulu kenal tak YB di kawasan kediaman diorang. Memang ada pelajar yang tak tau sebab malas nak ambik tau.

Simpan sini untuk rujukan saya sendiri jugak nanti. Hehe


8 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Penting ya nama² jemaah menteri. Salah satu soalan yang mudah ditayak masa IV. 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak ooo? Asal nk iv jak mst hafal nama menteri... kdg iv student pun pengarah sidak dirikpun pun x tauk... hahaha... apatah gik nama menteri

      Delete
  2. Harapla kepimpinan DSAI lebih bagus.

    ReplyDelete
  3. saa2 la kita doakan y baik2 saja utk negara tercinta kita ni kan...aamiin

    ReplyDelete
  4. Semoga semuanya baik2 belaka In shaa Allah Aamiinnnn!

    ReplyDelete
  5. Wah.. Thank u teacher sharing ilmu ni. Hehe

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form