Ke Airport Makan 4Fingers

Setiap kali cuti sekolah pasti mak usu saya dan famili yang tinggal di Tawau, Sabah akan balik ke Kuching. Kali ni agak lama mereka balik ke sini. Cuti sekolah pun dah tinggal beberapa hari lagi dan mereka pun balik ke Tawau semula hari ni. Kebetulan pulak saya pun cuti, maka saya dan #theIMANs hantar famili mak usu di airport.

Macam biasalah bergambar itu mesti. Agak ramai jugak orang di airport hari ni. 

Lama jugaklah tunggu mereka ni nak lepas dari kaunter imigresen. Queque pemeriksan di kaunter pun panjang jugak. Ini view biasa bagi kami-kami yang menghantar orang di airport. Kena tunggu orang yang dihantar masuk ke departure hall baru kami akan balik.

Kebetulan masa untuk makan tengah hari, dah malas nak ke mana-mana kami makan di 4 Fingers. Sebenarnya ini kali pertama kami anak-beranak makan di sini. 4 Fingers ni pun baru jugak dibukak di Kuching dan satu-satunya ada di airport sahaja.

Kami beli set combo 12 ketul dapat softdrink 2 dan cheesy loaded fries. Then add on nasi putih dan combo sotong & udang goreng. Bagi saya boleh la sedap, mungkin kalau ambik sos yang pedas lagi sedap kot. Sebab saya pun tak tau kepedasannya level mana so pilih yang mix saja, garlic & soy sauce.

Nak repeat lagi tak? Mungkin kalau teringin kot. Setakat ni cukuplah dah merasa. Bak kata si #anakno3 Awan, macamlah sedap gilak tek 🤭😂
 

4 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. saya pun pernah sekali je makan 4fingers mula2 buka di Kuantan..buat rasa2 je

    ReplyDelete
  2. fav Iris ni...MA pun suka kalau makan panas2 ayam nya...

    ReplyDelete
  3. Tak pernah mencuba lagi 4fingers ini..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form