Kumon Progress Update Dis 2022

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum sahabat blogger yang jauh di mata dekat di skrin pc semua
Hari ni dah hari Isnin
Ada 4 hari lagi nak berjuang ni
Lepas tu mak-mak pak-pak bolehlaa berehat sekejap daripada rutin hantar-ambik ke sekolah
Yahooo!!
Ibu pulak yang over excited... hihihi


Semalam ada progress update untuk Kumon #theIMANs
Last update progress Kumon mereka ialah pada bulan Julai yang lepas
Kiranya 6 bulan sekalilah

Kami sampai di Kumon Centre dalam 11.45 tengah hari macam tu
Dan keluar pada 1.15 petang!
Hahaha! Punyalah lama
Al-maklum anak 4 orang
Orang lain silih berganti je datang dan pergi

Sebenarnya memang agak serius jugak update dari teacher diorang
Semalam kami bernasib baik sebab dapat update dari owner centre sendiri
Owner tu pun kawan Ibu jugak, akak yang sama PIBG di sekolah kakak Iman dulu
Sebab tu sembang pun lama jugak

Update Disember 2022

Kakak & Alan - tiada masalah, cuma akan ada masalah bila selalu skip kelas dan collect homework
Kalau tak skip kelas, memang lancar

Awan - alhamdulillah, banyak sangat improvement, teacher cakap paling banyak improve daripada adik-beradik yang lain

Abang - yang paling merisaukan teacher sebab abang dah nampak demotivated dah
Sebab tu lah sembang lama sangat tentang si abang ni
Abang darjah 4, tapi masalahnya sekarang Awan yang darjah 2 dah nak mengejar level abang
Budak pun ada egonya, so nampak dia dah demotivated sebab Awan dah hampir sama level dia
Dia memang cepat siapkan kerja or ujian tapi dia banyak careless mistake
Berbanding Awan, masa yang diambil, standard time, memang ngam-ngam cukup masa dia siap
Tapi markah Awan jauh lebih baik dari abang
Sampai teacher suggest stopkan kelas Awan sekejap supaya dapat naikkan motivasi Abang semula
Tapi Ayah dan Ibu cakap, tak perlulah, just follow the flow
Nanti kami fikirkan macam mana nak naikkan kembali motivasi Abang
Teacher cakap ego Abang tergugat
Sebab tu dia jadi stagnant
Hmm... Abang.. Abang
Dalam cerianya mereka adik-beradik bergurau wujud sikap persaingan antara mereka rupanya
Sekarang ni kami masih memikirkan cara macam mana nak motivate Abang
Berat jugak nak memikirkan masalah ni
Semoga kami diberikan 'wahyu' bagaimana nak bercakap dengan si Abang

Happy je diorang ni.. selfie dulu dalam kereta sebelum ke destinasi seterusnya
Semua anak-anak Ibu tersenyum.. Ayah Ibu sayang sangat semua
Tapi deep inside rupanya mereka ni ada yang bersaing sesama sendiri
Abang ni kalau di rumah memang adik-adik akan dengar kata dia
Kira macam dia ni ketua, Awan dan Alan follower
Tapi dia rasa tergugat la tu Awan dah nak mengatasi dia
Sindrom anak ke-2 kata teacher
Alahai Abang..

Destinasi kami seterusnya... mestilah makan!!
Masa di centre perut memang dah beberapa kali memberikan signal lapar
Tapi semua takde idea nak makan apa bila sampai di Metrocity
Punyalah banya kedai makan di situ tapi last-last ke Tuk Tuk jua
Tuk Tuk lagi?? Hahaha
Janji semua puas hati
Keputusan bersama kan?

Tuk Tuk Metrocity

Kali ni ambik set lain pulak... tomyum soup
Selalunya ambik set ikan 
Tak pernah rasa pulak tomyum ayam Tuk Tuk

Kangkung belacan tetap masih ada dalam set

Begitu jugak chic wing ni

Desert pula kami try pulut mangga
Selama makan di Tuk Tuk baru kali ke-2 kami order desrt


Ini pun first time order
Phad Thai Kuey Tiaw - Encik Suami suruh saya carikan menu lain untuk dicuba
Not bad la.. tapi lambat sampai
Semua lauk dah habis baru sampai
Encik Suami pun dah kenyang dah cilok-cilok sikit lauk kami

Begitulah hujung minggu kami
Memang rasanya lama juga gantung kuali
Sebelum balik rumah semalam singgah umah mak sekejap
Mak pun bagi kari ayam jugak
Baru plan nak masak untuk dinner, dah kensel lagi
Hihihi

Buatkan salad je lah untuk Encik Suami untuk dinner


Selamat bertugas semua!!
Tak sempat taip semalam, masuk ofis baru nak taip
Now nak bekfes dulu!!





 

15 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. kelak share k kak, giney gaya mok handle mbiak jeles ngan adik beradik kedirik..kita dolok2 pun ada juak owh jeles kedak tok..tapi lupak dah giney handle..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah... blom ada masa juak heart-to-heart session anak beranak... bingong juak sbnrnya tok membabitkan EQ... kita xda membanding pun tapi nya sendiri yg rasa tergugat

      Delete
  2. jeles tu perkara biasa kalau adik-beradik ramai, cuma pendapat saya kakmim jangan kerap sangat puji sorang sampai yang lagi sorang rasa down. ni pendapat saya as anak yang pernah melalui situasi tu. as parents tak dapat lah beri pendapat. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq sal.. rasanya xde pulak puji melebih² antara diorg adik beradik ni tp xtau plak kalau kita ni as a parents x perasan... kalau dh remaja bahaya jugak mcm ni boleh memberontak dlm diam pulak jadinya

      Delete
    2. Insha Allah tak sampai tahap macam tu. Doa banyak-banyak. All the best untuk The Imans

      Delete
  3. Kat NuSentral ni ada Tuk Tuk tapi tu la..sentiasa penuh..kalau nak tunggu memang lama..kalau bawak mak buyung tu pi makan situ risau plak terberanak tunggu lama sangat...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kalau lunch hour mmg ramai sampai kena tgu meja... kalau dh menunggu tu mmg akn cari tempat lainlah

      Delete
  4. Alhamdulillah.. Suka betul Sha dengar cikgu yang bagi penerangan macam ini.. Barulah kita tahu apa nak dibuat dengan anak-anak.. Semoga Kak Mim dan suami berjaya bagi motivasi untuk abang.. Aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah.. syukur jugak at least kita tau kekuatan dan kelemahan anak² kalau kita sendiri mmg x perasan pun

      Delete
  5. mungkin sis & suami boleh bg si abang 'me time' agar dpt kembalikan motivasi dia. sy yakin lps tu dia akan kembali bersemangat. insya allah. all the best utk semua!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih anies atas cdgnnya... insya allah semoga 6 bln lepas ni ada improvement utk abg

      Delete
  6. Harap Abang akan kembali bersemangat... Ibu Rawiwa faham perasaan anak kedua bila dalam situasi tersebut 😁😁
    Owh.. Tuk Tuk ni banyak branch rupanya. Adalah few times kami kami makan kat Setia City Mall.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form