Perkongsian Jumaat: Beristighfar dan Bertaubat daripada Dosa



Maksud Istighfar

Apakah maksud istighfar?

Istighfar bermaksud:

Menundukkan hati, jiwa dan fikiran terhadap Allah dalam memohon keampunan atas segala dosa serta kesilapan yang dilakukan.


Hikmah Istighfar

Apakah hikmah istighfar?

Hikmah bermaksud kebaikan yang tersembunyi.

Antara hikmah yang dapat diperolehi dari istighfar adalah keampunan Allah SWT terhadap hambaNya adalah dengan terlaksananya amalan taubat dan istighfar.

Kedua-dua amalan ini saling melengkapi untuk memastikan Allah SWT mengurniakan kita pengampunan.

Antara hikmah istighfar yang lain adalah:

  1. Menghidupkan jiwa yang resah kerana dosa.
  2. Mendekatkan diri kepada Allah.
  3. Meningkatkan ketakwaan diri.
  4. Membanteras tipu daya syaitan, yang selama ini memerangkap manusia dengan dosa.
  5. Memperolehi kemuliaan dan anugerah Allah SWT dalam hidup dunia dan Akhirat.



Syarat Istighfar

Disebabkan istighfar bermaksud taubat, maka syarat-syarat istighfar adalah sama seperti taubat nasuha.

Antaranya adalah:

  • Meninggalkan maksiat.
  • Menyesal atas maksiat yang telah dilakukan
  • Berhasrat tidak akan mengulanginya lagi.
  • Memperbanyakkan ibadah dan berbuat amal kebajikan seperti bersedekah, memberi makan kepada fakir miskin dan lain-lain.
  • Mohon maaf dan memulangkan kembali hak yang telah diambil jika melibatkan orang lain.

Masa Untuk Istighfar

Antara masa yang digalakkan untuk beristigfar adalah:

  1. Sepanjang hari dan malam.
  2. Sesudah melakukan dosa.
  3. Ketika hendak tidur.
  4. Ketika hendak bersahur.
  5. Setelah selesai berwuduk.
  6. Ketika duduk antara dua sujud.
  7. Sesudah membaca tahiyat (tasyahud akhir).
  8. Ketika hendak meninggalkan sesuatu majlis

Lafaz Istighfar ketika bersurai dari majlis (Tasbih Kaffarah)

Istighfar sewaktu hendak bersurai daripada majlis seperti majlis ceramah, jamuan doa selamat dan mesyuarat.

Bacaan ini juga dikenali sebagai tasbih kaffarah.


6 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Kita manusia yg x boleh lari dari dosa. SEMOGA dgn instifar tenangkan jiwa .aaminn

    ReplyDelete
  2. beristigfarlah pada masa senang dan susah. In Shaa Allah, hidup kita akan diberkati oleh Allah...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas peringatan. Jom kita beramal

    ReplyDelete
  4. Tasbih kaffarah ni teringat masa sekolah menengah Ketua Pengawas akan bacakan setiap kali perhimpunan rasmi hari Ahad..
    Alhamdulillah...masih ingat.
    Terima kasih perkongsian Jumaat

    ReplyDelete
  5. Bila hati tak tenang amalkan istighfar In shaa Allah dapat memujuk hati.. ;)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. Terima kasih Kak Mim atas peringatan..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form