Apakah Rabun Silau?

Bila usia semakin meningkat...

Sebenarnya dulu saya pernah ada spec anti silau tapi saya jarang dan tak suka pakai. Bila sekarang saya buat pemeriksaan mata percuma di kedai cermin mata, mesti result silau saya tinggi. Tapi saya just ignore saja. Sejak 2 tahun belakangan ini, saya merasakan saya semakin mengalami kesukaran memandu di waktu malam, dan juga hujan! Sebab itulah saya banyak mengelak untuk memandu pada waktu malam. Dan yang paling scary pengalaman memandu semasa balik dari bertugas PRU hari tu. Dahlah seorang, cuaca pulak hujan renyai-renyai masa tu. Memang saya fokuskan 200% pemanduan saya masa tu kerana silau, lampu dari kenderaan yang datang dari arah hadapan jadi samar-samar dan ini sangat menggangu penglihatan. Nak kata tak nampak, masih nampak tapi fokus jadi berbalam-balam.

Disember 2022..

Encik Suami survey-survey spec baharu. Dia dah mula pening-pening bila buat kerja di komputer dan juga masa memandu di waktu malam. Bila asyik temankan dia keluar masuk kedai cermin mata, saya pun buatlah pemeriksaan mata jugak. Dan 2-3 kedai yang dipergi semua result saya silau tinggi, silau tinggi. Risau pulak bila nak memandu di waktu hujan sekarang, memang penglihatan saya agak terganggu bila memandu jika hari hujan. Kalau malam, memang saya jarang memandu sebab ada Encik Suami kan? Tapi bila pergi dan balik kerja memang kena memandu sendiri. So Encik Suami suruh buat spec anti silau. Pilih-pilih frame, setel.. check degree untuk lense pulak, fuh, masa ni barulah saya merasakan terangnya dunia!! Terharu pulak rasa sampai gelak keluar air mata, staf kedai cermin mata pun gelak-gelak bersama saya. Thank you Atiqah, baik sangat Atiqah menyantuni saya dan suami hari Jumaat yang lalu.

Hari ni hari Ahad, Atiqah call bagitau spec saya dah siap. Encik Suami memang dah tau lambat lagi sebab spec dia kan special sikit, rabun dekat, rabun jauh & rabun silau. Saya alhamdulillah belum ada rabun jauh dan rabun dekat lagi. Sekarang dah ada spec anti silau, saya dah tak risau memandu bila hari hujan.


Tapi masih terasa janggal berspec. 
Kita pakai masa driving sajalah dulu.


Apakah rabun silau? 

Pandangan pengidap rabun silau - objek jadi terherot

Rabun silau atau astigmatisma adalah masalah gangguan penglihatan yang disebabkan oleh kelengkungan kornea atau kelengkungan kanta mata yang tidak sekata. Keadaan ini akan mengakibatkan penglihatan kabur pada sebarang jarak. Rabun silau boleh dialami pada sebarang peringkat umur. Selalu terjadi semasa lahir dan kadang-kadang terjadi selepas kecederaan atau pembedahan mata. Hampir semua orang mengalami rabun silau tetapi pada tahap keterukan yang berbeza. Rabun silau selalunya datang bersama – sama rabun jauh dan rabun dekat.

Kredit: http://www.myhealth.gov.my/rabun-silau/
 

5 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Ibu silau ok tapi rabun jauh teruk dan baru2 ni cek mata dah ada rabun dekat pula Kak Mim.. Huhuhuhu! Lawa je spek mata Kak Mim.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah bila usia makin bertambah ni.. bertabahlah ye.. thanks to atiqah dia yg suggest frame tu.. frame yg sy pilih semua dia kata x kena dgn muka sy 😂😂

      Delete
  2. Mata saya ada kalanya kurang nampak objek/ tulisan yang jauh. Tapi bukan selalu. Kadang-kadang sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada check x? Better pegi check manatau dh ada rabun jauh

      Delete
  3. sama la dengan saya memang elak drive waktu malam..silau melampau

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form