Serunding Kiriman Orang PD

 Tadi masa menunggu Iman balik sekolah, tiba-tiba hujan pun turun.
Entah kenapa radio kereta pun tak on.
Ni simptom banyak benda difikirlah ni.
Sunyi-sepi jadinya.
Kalau bukak tingkap kereta tentu terdengar bunyi titisan hujan.
Dan selepas taip entri sebelum ni, betul-betul rupanya saya terlelap.


Saya terjaga dari tidur yang agak lena bila ada vibration henfon.
Syukurlah dapat jugak power nap, saya berkira-kira dalam hati.
Henfon masih lagi vibrate.
Saya memang jarang hidupkan ringtone henfon. Hihi!
Rasa budak-budak je, bising.
Vibrate lagi, haish!
Ini betul-betul, bukan missed call.
Tengok di skrin henfon, naik nama member UPM dulu.
Aiks, pelik.. kenapa tetiba mamat ni call?

Hello.. Assalamualaikum.. 

"Kau sine? Aku di depan opis ko tok"
"Aih, aku di sekolah anakku, ambiknya balit sekolah. Kenak tek?"
"Antar barang ko tok. Kau balit opis agik sik?
"Balitlah, pastok ku balit pas antar anakku di Sukma"
"Aku antar di Sukma jak oo"
"Aih, tinggal jak dengan guard di opis ya, kelak ku ambik".

Fuh, terserlah kekambohan member ku ini, ingatkan perempuan je kamboh
Dah tua-tua ni makin kamboh rupanya mamat ni. Haha!

Kamboh... ni term dalam bahasa Sarawak.
 Apa ye dalam bahasa Melayu standard?
Lebih kurang kecoh la.. macam tu la maksud kamboh ni.


Ingatkan barang apalah tadi.
Rupanya barang kiriman dari senior UPM dulu.
Yang pernah datang sini bulan 12 hari tu.


Suspen betul main surprise-surprise gini.
Katanya dia dah beli awal sebab sepatutnya nak travel lagi ke Kuching sebelum CNY, atas urusan kerja.
Tapi bila tak jadi, dia pos je sebab dah niat nak bagi kat kami berdua.
Alhamdulillah, bolehlah buat stok serunding untuk hari raya nanti.
Bolehlah hidangkan dengan lontong dan kuah lodeh.
Makan lontong kalau ada serunding, lagi aumm kan??
Nyum nyum.. lama tak masak lontong kuah lodeh.


Alahai pakcik, terima kasihlah pakcik.
Susah-susah aje kirim serunding bagai.
Karang cuti gawai confirm ko kena fly lagi tu.
Hahaha!


Akhir kata, terima kasih ye kepada si pemberi dan penghantar serunding. Semoga dipermudahkan urusan kedua-dua sahabatku ini.


9 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. selamat lemai...
    hihihi. tu jak tau🤭🤣

    ReplyDelete
  2. Kalau saya tak sempat sampai raya ni… dapnyaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi.. mmg ulam serunding ke farrah? 😂

      Delete
  3. Jauh tu kirimannya.. lama lagi tu nak raya hehe.. kalau akak suka juga roti makan dengan serunding.

    ReplyDelete
  4. dah boleh buat mini popia utk raya tuuu hehehe

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form