12 Februari 2023 - Happy Birthday, Irfan Mustaqim!!

Hai! Assalamualaikum & salam Malaysia Madani!! Chewah.. formal pulak intronya selepas lama menghilangkan diri ye. Minggu ni dah mula cuti sekolah kan? Bolehla masuk ofis lambat sikit. Boleh cuti buat bekal tapi masak tetap tak boleh cuti ya. Hahaha!

Sebenarnya macam-macam hal pulak terjadi minggu lepas. Yang paling tak dapat dilupakan ialah area tempat tinggal kami tak ada air dari hari Sabtu sampailah ke hari Isnin!! Dan yang paling sadisnya, kami 4 beranak kena diarrhea!! Bayangkanlah cirit-birit dan muntah-muntah, lepas tu takde air pulak. Memang haru-biru.

Lepas tu hari Ahad, 12/02/23 birthday Abang pulak. Memang takdelah keluar celebrate, nasib baik dah tempah awal surprise delivery ke rumah, tapi itulah birthday boy demam, iya lah dengan tercirit dan muntah memang lemah dan terus demam.


Birthday boy takde perasaan bila orang delivery ke rumah. Dah la hujan rintis masa tu, risau pulak orang yang buat delivery nak ambil gambar bila dengar dia demam dengan hujan rintis pulak tu. So masa birthday Abang ke-11 tahun ni memang kami di rumah saja. Masa ni air di carporch masih ada lagi, so dapatlah Ayah tadah air dari carporch angkat ke toilet. Lepas maghrib, setitis air pun dah tak ada. Nak lari ke rumah mak, rumah mak pun dah tak ada air jugak sebab paip utama kawasan kami tu dah ditutup sepenuhnya sebab pembaikan major sedang berlaku. Bertabahlah tak boleh lari ke mana-mana dah. Mengharapkan bekalan air yang dihantar ke masjid je. So hari Isnin, semua cuti. Ibu Ayah cuti rehat, kakak memang dicutikan sebab senior sedang ujian bertutur SPM, abang cuti peristiwa, Awan Alan terpaksa 'dicutikan'. 


Hari Selasa 14/02 kebetulan kelas abang buat jamuan, so sempatlah Ibu order brownies untuk abang celebrate dengan kawan-kawan di sekolah. Nasib baiklah jiran saya ni jenis yang terima order hari-hari. Sebelum ke sekolah, ambik dari rumah dia.


Dapatlah jugak sambut dengan kawan-kawan di sekolah. Siap kawan-kawan nyanyi lagu happy birthday lagi.


Happy 11th birthday, Abang!!


Terima kasih cikgu dan aunties yang membantu cikgu masa jamuan di sekolah. Banyak jugak gambar yang aunties share di whatsapp grup kelas.

Bulan depan ni dah darjah 5, tengoklah kecik-kecik je kawan-kawan Abang tapi yang girl besar-besar pulak. Hehehe. Next week kita celebrate birthday Abang di tanah Melaya ye!



 

12 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. selamat hari lahir
    semoga membesar sehat dan jd ank yg soleh. Aamin

    ReplyDelete
  2. Allahu…seksa sungguh tu kena cb & muntah dengan situasi tak ada air. Syukur dah berlalu..

    Happy Birthday anakanda Irfan 💐
    Moga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah.

    Cantik sungguh hiasan brownies tu.

    ReplyDelete
  3. Kecik-kecik cili padi. Murid pintar tu.
    Happy belated birthday Irfan Mustaqim. Moga sentiasa sihat dan rajin-rajin belajar ye sayang.

    ReplyDelete
  4. Happy Birthday, Abang Irfan. Semoga abang Irfan sihat & pandai sekolah ya, nanti besar boleh banggakan keluarga dan negara.

    Sehari takde air pun dah seksa, Mim, hihi.

    ReplyDelete
  5. happy birthday Irfan mudah mudahan kelak membesar menjadi insan kebanggan keluarga, agama, bangsa dan negara. aminnn

    sy fhm betapa seksanya kalau x ada air. tak ada lektrik boleh lg. air kalu x de satu benda pun x boleh buat apa...

    ReplyDelete
  6. ya rabbi! bertabahla cirit-birit time xda air di rumah! mun kmk kali dah carik hotel tapi hotel pun kelak kenak gilir2 juak masuk toilet nak huhu... happy birthday buat abg irfan!

    ReplyDelete
  7. Selamat hari lahir Irfan Mustaqim... sedap nya nama ni.
    Semoga menjadi anak yang sentiasa menbahagiakan ibu dan ayah.

    ReplyDelete
  8. Aduh kombinasi tiada air dan ciri-birit memang tragedi.
    Cantik kek. Nasib baik boleh buat pesanan pada jiran. Untung ada jiran pandai buat kek.

    ReplyDelete
  9. Happy Belated Birthady Irfan Mustaqim..
    Semoga menjadi anak soleh, cemerlang di dunia & akhirat..

    Aduhai kalau ada masalah takde air memang serba-serbi tak kena..

    ReplyDelete
  10. Takde air mmg berat :(
    Happy Birthday Irfan Mustaqim. Sedap namanya 🤩

    ReplyDelete
  11. selamat hari lahir abang,moga sentiasa sihat ceria selalu,jadi anak soleh berjaya dunia akhirat...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form