Ibarat Mentol Terbakar

Seorang pengarah kanan kerajaan telah bersara dan berpindah dari kediaman rasminya ke kawasan perumahan, di mana dia memiliki sebuah banglo. 

Dia menganggap dirinya hebat dan tidak pernah bercakap dengan sesiapa pun. 

Walaupun ketika berjalan di taman setiap petang, dia tidak menghiraukan orang lain, malah memandang rendah pada mereka.

Suatu hari, seorang tua yang duduk di sebelahnya memulakan perbualan, dan mereka sering bertemu selepas itu. 

Setiap kali, perbualan mereka kebanyakannya bagaikan monolog dan pengarah yang telah bersara itu membincangkan topik kegemarannya, tentang :

“Tidak ada sesiapa yang dapat membayangkan jawatan besar dan jawatan tinggi yang saya pegang sebelum bersara"; 

"Saya datang ke sini kerana terpaksa bersara mandatori ” .... Dan seterusnya, dan orang tua yang menemaninya  mendengar dengan tenang.     

Setelah berhari- hari berlalu, ketika pengarah yang sudah bersara itu mula ingin tahu tentang orang lain, pak tua pendengar yang menemaninya itu membuka mulut dan berkata, :

“Setelah bersara, kita semua seperti mentol yang sudah terbakar."

"Tidak kira berapa watt mentol itu, berapa banyak cahaya atau kilauan yang diberikannya, tetap tidak bercahaya lagi setelah ianya terbakar".     

Dia selanjutnya berkata, : 

“Saya telah tinggal di masyarakat ini selama 5 tahun dan tidak memberitahu siapa pun bahawa saya adalah Ahli Parlimen selama tiga penggal."

"Di sebelah kanan anda, dia bersara sebagai Pengurus Besar di syarikat korporat membuat kereta."

"Di hujung sana merupakan Mejar Jeneral dalam Tentera Darat." 

"Orang yang duduk di bangku dengan berpakaian putih bersih itu merupakan ketua Bursa Saham sebelum bersara." 

"Dia tak pernah memberitahu kepada sesiapa pun, walaupun kepada saya, tetapi saya tahu".

"Semua mentol² yang terbakar ini sekarang menjadi sama - tak kira apa pun wattnya dulu - 5, 10, 40, 60, 100 watt - tiada bezanya sekarang." 

"Tidak kira apa jenis mentol sebelum ianya terbakar - LED, CFL, Halogen, mentol pijar, pendarfluor atau lampu hiasan." 

"Dan hal ini juga kawan ku, kini turut terjadi kepada anda."

"Apabila anda mampu memahami perkara ini, anda akan mendapat ketenangan dalam masyarakat dan dunia ini"...     

"Matahari yang terbit serta matahari terbenam kedua- duanya nampak indah dan menikmatkan." 

"Tetapi, pada hakikatnya, matahari terbit lebih penting dan dipuja, bahkan dinanti², sedangkan matahari terbenam tidak diberi penghormatan yang sama." 

"Lebih baik anda fahami hal ini lebih awal, daripada kecewa di kemudian hari kelak".

Pangkat, gelaran dan kuasa kita sekarang tidak kekal. 

Terlalu beremosi dengan perkara² ini hanya merumitkan hidup kita apabila kita kehilangan semua pangkat, gelaran dan kuasa pada suatu hari nanti.

Ingatlah bahawa apabila permainan catur berakhir, raja dan bidak akan kembali dalam kotak yang sama... dan kita semua akan kembali ke tanah yang kita pijak² selama ini.

Nikmati apa yang anda ada hari ini.


Kredit: Dari Whatsapp Group

15 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. hidup adalah perubahan dan tiada sesuatu pun yang akan kekal kecuali Sang Maha Pencipta yakni Allah SWT...bagus cerita tok dan pernah baca di FB

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Ya save sitok senang nk baca balit.. kmk dpt dr whatsapp grup

      Delete
  2. well written,reminder to myself..kalau dah masuk dalam tanah lagi lah kita bukan siapa2 pun :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kata penulis tu.. dh pencen kita bkn siapa2 dah walaupun dulu bos jusa tetap jugak title YB.. yang bersara

      Delete
  3. satu peringatan yg baik dan padu kak mim.... kita x boleh berbangga dgn pangkat, harta n kelebihan yg kita ada sbb semuanya akan hilang bila kita menjadi mayat.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tp kalau cikgu, sampai akhir hayat org akn panggil cikgu, jasa cikgu dikenang sepanjang zaman

      Delete
  4. betul sgt2... kita ketika di tampuk kuasa semua org mendongak. tp bla tiada semua tu semua org tunduk malah menjeling pun tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. tp di sisi Allah dia x pandang pun semua kuasa2 di dunia ni

      Delete
  5. akhirnya pengakhiran kita semua sama - dalam rumah seluas 7 x 3 kaki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Well said.. pengakhiran yg sama x kira pangkat dan darjat

      Delete
  6. Allahuakbar, semuanya hanya milik Allah swt jua. terima kasih kakMim, cerita ni menusuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sentap kan? Sebaiknya simpan utk muhasabah diri selalu

      Delete
  7. Thank you for sharing.. Its a self reminder and to others..
    Even ada juga orang masih buat camtu kan..

    ReplyDelete
  8. Kita ini bukan siapa-siapa. Kita hanya insan biasa. Sama sahaja di sisi-Nya kecuali taqwa.

    ReplyDelete
  9. Sudah bersara relax-relax je, tak perlu dah kejar duniawi.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form