Asyik cerita menu sungkei je kan? Hari ni update cerita throwback je lah. Hihi. Kita throwback ke 7 tahun yang lalu, zaman PJJ. Kebetulan pulak zaman PJJ selalu pulak saya kena fly ke Putrajaya. So surat untuk dipanggil meeting ke bengkel ke memanglah ditunggu-tunggu. Allah ni memang the best planner kan? Walaupun PJJ ada jugak manisnya bila dapat spend time berdua tanpa anak-anak walaupun sebenarnya ada urusan rasmi yang perlu diselesaikan.
Zaman PJJ bila time saya fly ke sana, memang masa untuk dating la. Husband & wife bonding gitu. Check in hotel, keluar makan, tengok wayang kalau sempat, memang macam couple dating la. Padahal anaknya 4 ditinggalkan dengan neneknya.
Encik Suami pun suka bawak pergi kedai-kedai yang dia selalu makan dengan housematenya. Gambar bawah ni kami makan nasi ayam kicap sambal gesek 3 Budak Gemuk di Uptown Kota Dame. Pergh, padu habis sambalnya. Memang takde bunyi langsung kami berdua fokus makan dan menahan kepedasan. Hahaha. Memang tak dapat dilupakanlah level pedas sambal 3 Budak Gemuk ni.
Tak taulah sekarang ni masih lagi ke brand 3 Budak Gemuk ni.
Begitulah kehidupan PJJ, ada untuk dikenang. #theIMANs pun selalu bercerita zaman Ayah di Putrajaya. Yang manis, yang sedih, yang pahit semuanya ada. Yang paling sadis bila anak-anak sakit, sebab selalunya bila anak-anak sakit memang si Ayah yang akan jadi doktor, jadi nurse. Ibunya ni bukan jenis penyabar nak melayan karenah anak-anak. Memang betullah orang kata suami isteri ni saling melengkapi kan? Tak ada pun suami isteri yang sempurna.
1 Comments
Oh,sungkei tu berbuka puasa yer kakamim? Kerana penasaran,saya sampai sini me cari infoðŸ¤
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!