Asyik cerita menu sungkei je kan? Hari ni update cerita throwback je lah. Hihi. Kita throwback ke 7 tahun yang lalu, zaman PJJ. Kebetulan pulak zaman PJJ selalu pulak saya kena fly ke Putrajaya. So surat untuk dipanggil meeting ke bengkel ke memanglah ditunggu-tunggu. Allah ni memang the best planner kan? Walaupun PJJ ada jugak manisnya bila dapat spend time berdua tanpa anak-anak walaupun sebenarnya ada urusan rasmi yang perlu diselesaikan.
Zaman PJJ bila time saya fly ke sana, memang masa untuk dating la. Husband & wife bonding gitu. Check in hotel, keluar makan, tengok wayang kalau sempat, memang macam couple dating la. Padahal anaknya 4 ditinggalkan dengan neneknya.
Encik Suami pun suka bawak pergi kedai-kedai yang dia selalu makan dengan housematenya. Gambar bawah ni kami makan nasi ayam kicap sambal gesek 3 Budak Gemuk di Uptown Kota Dame. Pergh, padu habis sambalnya. Memang takde bunyi langsung kami berdua fokus makan dan menahan kepedasan. Hahaha. Memang tak dapat dilupakanlah level pedas sambal 3 Budak Gemuk ni.
Tak taulah sekarang ni masih lagi ke brand 3 Budak Gemuk ni.
Begitulah kehidupan PJJ, ada untuk dikenang. #theIMANs pun selalu bercerita zaman Ayah di Putrajaya. Yang manis, yang sedih, yang pahit semuanya ada. Yang paling sadis bila anak-anak sakit, sebab selalunya bila anak-anak sakit memang si Ayah yang akan jadi doktor, jadi nurse. Ibunya ni bukan jenis penyabar nak melayan karenah anak-anak. Memang betullah orang kata suami isteri ni saling melengkapi kan? Tak ada pun suami isteri yang sempurna.
13 Comments
Oh,sungkei tu berbuka puasa yer kakamim? Kerana penasaran,saya sampai sini me cari info🤭
ReplyDeleteCie dulu pun pernah PJJ dengan husb kerja di Putrajaya. Cie di Lipis. Husb la balik setiap minggu.
ReplyDeletePahit manis kan..kita dulu time PJJ..memang muka isteri jelah yang balik rumah suami..hihi..
ReplyDeleteSy tak PJJ tapi nature kerja husband byk outstation esp masa junior years dulu. Merasalah juga uruskan anak² seorang diri
ReplyDeleteUncle tiada pemagalaman PJJ...
ReplyDeleteBekepit dari muda sampai tua... Hahaha
Pasti ada banyak cerita dan kenangan sepanjang PJJ kan? Sungkei tu berbuka ke? Mula-mula KSarie baca ingatka Sungkai😅
ReplyDeleteAda kawan Doktor akak suka benor makan nasi gepuk 3 budak gemuk tu walaupun pedas. Akak pernah beli sambal KA.Ada 3 botol. Pedas sungguh jadi 1 bagi kat Doktor tersebut. Yang akak pulak jenuh nak habiskan. satu letak kat opis pun jenuh sebab pedas sangat. Nak viral kunun tapi bila dah cuba perghh pedas menyengat.
ReplyDeleteTetap gambar makan-makan juga tu heheheh... Jauh tu PJJ nak dating kene naik flight dulu. Dana dulu masa baru-baru kawin pun PJJ KL- Terengganu. Kalau jumpa memang pi tgk wayang pi makan... itu aktiviti nya hehehe
ReplyDeletePJJ memang painful tp once it is over..manis utk dikenang2 ;) MZ pjj 6 bln ie masa MZ gi notts thn 2007...1st time fly dan tak bwk mr hubby dan zharfan pun tak bwk..masa tu tinggal zharfan kat kg..dia baru umur 2 tahun lebih masa tu
ReplyDeleteoh dlu PJJ ye...nasi 3 bdk gemuk tu byk dh cawangan skarang
ReplyDeleteowhhh kakmim pjj dlu rupanya ye? sblm tahu maksud 'Sungkei' tu, Ana jd tanda tanya kenapa nama tempat kami (kwsn Ana x juah dgn Pekan Sungkai di Perak), tertanya2 kenapa org gunakan perkataan Sungkei tu rupa-rupanyaaa baru tahu mksudnya berbuka puasa ehehehe
ReplyDeleteahahahaaa~ maleh la i. saya berlalu pergi kakmim.
ReplyDeleteBaru tau ada tempat nama Kota Dame.
ReplyDeleteKota Damansara tau lah😁
Penafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!