Apakah Prosedur Intubasi & Ditidurkan?

Hari Isnin lepas mak mertua saya telah dirujuk ke hospital umum dari klinik kesihatan kerana perutnya mengeras dan membengkak serta tidak dapat kencing. Rupanya itu bukan petanda yang baik. Doktor di  unit kecemasan hospital umum telah melarangnya makan dan minum sehinggalah dia telah melakukan prosedur laparoskopi semalam. Alhamdulillah prosedur tersebut telah berjaya dan air di bahagian abdomennya telah berjaya dikeluarkan. Walau bagaimanapun, keadaannya pula lemah selepas prosedur laparoskopi dan menjadi sukar bernafas. Malam tadi dia semakin struggle untuk bernafas dan doktor telah memohon consent ahli keluarga untuk membuat prosedur intubasi atau selalu orang sebut intubate. Kalau dah intubate ertinya pesakit akan ditidurkan. Bila ditidurkan rasanya baru orang akan lebih faham kan? Hmm..

Sejak zaman pandemik Covid-19 saya percaya ramai yang akan fobia bila mendengar terma ditidurkan. Selalunya bila ditidurkan ni, itu dah jadi antara hidup dan mati. Sama ada pesakit akan sedar dan beransur sihat ataupun akan lebih kritikal, jantung terhenti dan seterusnya akan pergi menemuiNya. So kami harus bersedia dengan segala kemungkinan sekarang.

Malam tadi sebelum prosedur dilakukan, doktor memberi peluang kami untuk bercakap dengan mak mertua. Anak-anak yang jauh hanya bervideocall saja. Nasib baiklah jumpa doktor yang memahami. Prosedur dilakukan di wad saja kerana wad ICU penuh so kami tidaklah dilarang untuk beredar tapi kami decide untuk tidak melihat doktor dan nurse melakukan prosedur kerana bimbang mereka tidak berasa selesa diperhatikan semasa membuat kerja. Alhamdulillah, semuanya juga dipermudahkan.

Apakah maksud DITIDURKAN?

Ditidurkan ialah 1 keadaan di mana pesakit memerlukan oksigen yang sangat kuat. Terdapat 2 komponen dalam proses ditidurkan iaitu sedation, iaitu pesakit akan diberi bius dan prosedur intubasi pun dilakukan.

Apakah prosedur INTUBASI?

Prosedur intubasi ialah di mana tiub dimasukkan ke dalam paru-paru pesakit. Prosedur intubasi memerlukan beberapa peralatan perubatan untuk memasukkan satu tiub ke dalam trakea pesakit yang dinamakan sebagai endotracheal tube atau ETT/ET dengan bantuan alat yang dinamakan sebagai laryngoscope.


Endotracheal tube merupakan gabungan dua perkataan iaitu endo- yang bermaksud dalam (internal) dan tracheal, iaitu bahagian saluran pernafasan (rujuk gambar). Terminologi asas yang kedua adalah ventilator. Ventilator merupakan satu peralatan yang boleh membantu pesakit bernafas secara mekanikal sekiranya pesakit tidak mampu untuk bernafas atau tidak mampu untuk bernafas secukupnya untuk memenuhi keperluan oksigen di dalam tubuh badan mereka.

Ventilator akan dihubungkan kepada pesakit menerusi ETT dan mengepam udara secukupnya untuk memastikan darah pesakit cukup dengan oksigen bagi menampung keperluan organ-organ mereka untuk berfungsi sepenuhnya, dan seterusnya menjalankan sistem bagi memastikan sesuatu organisma itu, ataupun dalam kes ini, seseorang itu hidup, atau dalam bahasa mudahnya adalah ‘mesin untuk tolong orang bernafas’.

Tengah malam masih berkampung di SGH. 
Jam 2 pagi baru sampai di rumah pagi tadi.

So sekarang ipar-ipar yang jauh dah disarankan balik dah, semoga dipermudahkan semuanya dan diberikan kekuatan kepada mak mertua untuk sembuh seperti sediakala walaupun chancesnya 50-50. Yang mengejutkan kami semalam, doktor suspek sel kanser pada ovari yang sebenarnya menggangu sistem buah pinggangnya.

6 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Semoga dimudahkan urusan mak mertua kitak dan kitak org sekeluarga. Semoga MIL kitak cepat sembuh dan sedar semula... Ameen YRA 🤲🏻

    ReplyDelete
  2. Allahu..semoga dipermudahkan urusan mak mertua Kak Mim...semoga kembali sedar seperti biasa...

    ReplyDelete
  3. Semoga urusan dipemrudahkan....rasa seram sejuk membaca kisah macam tok...BTW moga mak mentua Kak Mim kembali sembuh dan sihat seperti biasa

    ReplyDelete
  4. Moga lekas sembuh buat Mil kakmim

    ReplyDelete
  5. Allahuakbar moga dipermudahkan semua urusan mak,kakmim&family...moga baik2 semuanya

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form