Kembali Ke Rutin

Alhamdulillah, puas jugak rasanya bercuti raya walaupun sebelum cuti raya saya diduga kesihatan yang tidak memberansangkan sampai terpaksa ambil cuti sakit. Hari ni setelah 13 hari berjimba dan berfoya-foya bersama keluarga akhirnya masuk semula bertugas dan anak-anak pula kembali ke sekolah.

Hari ini anak-anak semangat untuk ke sekolah sebab lusa dah cuti balik. Macam biasa, jam 6 pagi dah gerak dari rumah. 6.30 setengah pagi saya dah terpacak depan ofis.

Subhanallah... cantik pulak view langit pagi ni.

Sesampainya di ofis, ofis tak bukak lagi so lepak la dulu pekena roti canai mamak bawah ofis. Sebulan dah tak mencanai katanya. Ingatkan nak pantang minum air manis, tapi masih belum lagi dapat menahan nafsu. Hmm.. belum kuat lagi nampaknya semangat untuk berpantang gula putih.

Roti kosong kuah kari dan segelas teh O panas.

Masuk saja ofis, on pc, check semua email, update SpotMe dan blogging ke alam blog ke mana yang sempat. Yang belum sempat nanti saya sambung lagi, lepas ni nak fokus kerja hakiki pulak. Minggu ni dah minggu ke-11 PDP, dah nak hampir ke penghujung semester dah.

Helaian almanac untuk bulan April yang penuh contengan cuti terutamanya di hujung bulan. Now kita selak ke helaian baru bulan Mei yang masih suci murni lagi. Terima kasih April!





 

16 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. rutin biasa kembali๐Ÿ˜ slmt hari raya maaf zahir batin ye Mim

    ReplyDelete
  2. Lama cuti. Tahun ini ramai yang sakan cuti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila budak cuti sekolah lama, mak pak apalagi.. hahaha

      Delete
  3. lain macam puasnya cuti raya kali ni kak... hahhaha sampai rasa terlebih lama duduk kampung hahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan?? 2 tahun x beraya sakan, tahun ni krjn madani sporting bagi byk cuti kt kita.. haha

      Delete
  4. Nampak sedap pulak roti canai. Lama tak pekena.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejak puasa mmg x ada mkn roti canai ๐Ÿ˜… sedaplah jugak ๐Ÿ˜‹

      Delete
  5. Selamat kembali bertugas, Mim. Kita pun seronok sebab dua hari jer kerja minggu ni.

    ReplyDelete
  6. dah cuti lama ni lemau pula rasa nak masuk kerja ni kakmim....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul² pagi tadi mmg lmbt nk masuk gear.. hahaha

      Delete
  7. selamat kembali bertugas...mmg best raya tahun ni, byk cuti..

    ReplyDelete
  8. betul tu..semua kembali ke rutin biasa..
    moga2 semua nya dipermudahkan....aamiin

    ReplyDelete
  9. Selamat kembali ke rutinitas semula, kak..

    ReplyDelete
  10. Cuti dan bekerja mainan kehiduapn...bulan Mei ini juga selalu ada Public Holiday...memang boleh sambung berhari raya lagi

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form