Syawal ke-2 2023

Raya ke-2 kami berziarah di rumah sanak-saudara yang senior/warga emas. Macam biasa saya plan dengan adik ke-2 sebab mak bapak dan adik-adik yang lain balik kampung di Sri Aman, sekali dengan famili Usu yang balik dari Tawau. Tapi rupanya tak banyak pun ambil gambar pada hari tu. Hampir takde gambar langsunglah, senang cerita.

Sarapan kami sekeluarga pada hari raya ke-2

Macam biasalah raya ke-2, menu breakfast masih menu raya. Kita perabihkan dulu mana-mana lauk yang tinggal. Saya goreng nasik makan dengan daging hitam Golden Churn., ketupat makan dengan rendang dan ada yang makan dengan kari kambing. Sebelum bergerak berziarah raya, perut kenalah diisi dulu. Alahai, tengok gambar-gambar raya ni rasa nak repeat rendang daging lagi la.

ketupat lemak masin Sarawak style
Ini ialah ketupat lemak masin Sarawak style. Member-member Semenanjung kat sini mula-mula pelik dengan ketupat di Sarawak ni. Ye lah, ketupat sini direbus dengan santan. Makan dengan rendang atau kari memang maveles. Tapi kalau anak-anak saya suka makan ketupat lemak masin ni cicah dengan susu manis. Aduh, teringin lagi. Macam manalah taip-taip teringin ni. Petanda perut lapar la kot.

Ini ha penyanyi lagu 'ketupat rendam'. Lucu Awan ni, dari kecik lagi kalau nyanyi lagu raya, ketupat rendang jadi ketupat rendam. Hahaha. Sesuka hati dia je.

Kazen saya, tetamu terawal di hari raya ke-2. Asalnya mereka sekeluarga call nak ke rumah mak bapak tapi mereka kan takde kat rumah, so saya ajaklah diorang ke rumah kami.

New edition anak buah baru, Afnan, anak kazen. Geram je tengok Afnan ni. Friendly sangat.

Sampai kazen saya cakap, kalau geram buatlah 1. Hahaha. Senang-senang ye nak buat. Dah sedap tidur malam dah, tanpa perlu bangun buat susu ke tukar pampers ke. Takpelah, mungkin setakat 4 je lah kot.

Gambar dalam kereta je ada rupanya, gambar di rumah saudara-mara dan makcik pakcik memang tak ada. Asyik bersembang pakcik dan makcik hai duit raya lupa nak diberi. Eh ternyanyi pulak.

Last but not least, gambar dari kazen. Kalau tak, memang takdelah gambar bukti beraya di Syawal ke-2. Nanti bila semua dah besar kita throwback balik gambar ni macam gambar saya dan mak mereka dulu. Hehehehe.





 

25 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. dah 11 Syawal ni teringat2 pula juadah raya kan kakmim..dah datang teringin ketupat rendang semula,haritu pandang sebelah mata je

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah.. makin la tgk² gambar raya ni telan air liur dibuatnya

      Delete
  2. Oo..baru tau pasal ketupat style Sarawak, direbus dengan santan.

    Mahal gambar akhir tu Mim 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kak... direbus dgn santan.. kulitnya rasa lemak masin santan jugak.. haha

      Delete
  3. Pertama kali tengok ketupat Sarawak. Unik, rebus dengan santan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain tempat lain masakannya kan? mcm ketupat sotong mula tau tu mmg pelik juga.. unikk

      Delete
  4. pertama kali tengok ketupat Sarawak, tentu sedap...lemak2 masin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb tu sedap cicah dgn susu manis.. masin-lemak-manis rasanya

      Delete
  5. Oh? Rebus dengan santan? Uncle pun baru tahu!

    ReplyDelete
  6. nasib kamek tgh makan kek raya sambil baca blog kitak. masa2 keda tok baru nak makan menu raya, mun ariya kediri, mkn rasa2 je. angol cium bau sebab dah masak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar ya.. gik awal raya ditangga ajak kek lapis di umah dah nk abis raya kelak bercarik

      Delete
  7. hhahaha meriah tu mim... bdk2 sonok collect duit raya la ye.. btw ketupat tu first time tau ada lemak2 masih ye rasa nya. sbb klu kat semenanjung kan tawar je hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain rasanya dpd ketupat daun palas kakret

      Delete
  8. Mesti sedap sebab ada santan. Tak pernah rasa lagi ketupat Sarawak style.

    ReplyDelete
  9. tak pernah jumpa lagi ketupat lemak masin

    ReplyDelete
  10. selamat hari raya..
    wah baru tau jugak ketupat kat sana, lain pesennya yer....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tganu lain pulak ketupat sotong kan?

      Delete
  11. Unik ketupat di Sarawak. Guna beras biasa atau beras pulut tu kakmim?

    ReplyDelete
  12. selamat hari raya kak min..:)

    ReplyDelete
  13. Ketupat rendam pun boleh la Awan..🤣🤣
    Saya belum pernah makan ketuoat Sarawak..tengok pic nampak menarik macam nak jilat2 lemak santan kat kulit ketupat tu🤭

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form