Review Tyeso Tumbler


Ini racun Tiktok namanya. Beli bulan 1 hari tu tapi baru bulan puasa hari tu dirasmi untuk bawak air sejuk masa berbuka kat luar.



Yang mana 1 idaman kalbu?


Saya pilih yang hijau/turqoise.


Setakat ni baru try air sejuk je. Masa berbuka kat luar hari tu kami keluar lepas zohor, dalam jam 2 macam tu. So simpanlah air sejuk Cuckoo dan saya tambah juga cube ice. Sampai berbuka dalam 6.50 macam tu air masih sejuk!! Dan ais pun masih dalam ketulan ais.


Cuaca panas macam ni memang sesuai sangat kalau nak bawak bekal ke sekolah ni tapi besar gedabaklah pulak. Alan pun dah siap pantun dia nak bekal guna botol air besi macam Abang. Lepas nilah Ibu cari yang comel sikit.


Yang bestnya ada straw, kalau nak minum air sejuk. Kalau bekal air panas boleh tukar ke tutup yang leak proof tu.

Harga masa saya beli: RM37. Kami share postage 3 orang. Nak cari yang kecik sikit pulak lepas ni. 






 

4 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Iman ada jugak ni. Kat asrama dia kata, air ais tahan sampai esok, hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.. berbaloi beli ni... sy x pernah lg test bermalam.. pasni suh iman sini pulak test.. hehehe

      Delete
  2. Wah.. Air kekal sejuk, berbaloi beli.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form