Siapa Follow Drama Korea Dr Cha?

Netflix - Malam Sabtu & Ahad

Ada yang follow draKor Dr Cha tak? Sekarang ni tengah on going lagi di Netflix. Suka cerita ni, terfollow bila tengok ramai kawan-kawan di FB review cerita ni best so kita pun mulalah marathon beberapa minggu lepas. Boleh saya tengah-tengah malam tergelak sorang diri masa layan cerita ni.

Dr Cha mengisahkan mengisahkan sepasang suami isteri yang sama-sama berprofesion sebagai doktor. Cha Jung Sook (Uhm Jung Hwa) merupakan rakan kolej Seo In Ho (Kim Byung Chul) di kolej perubatan dan telah menjalani rumah tangga selama 20 tahun. Setelah melahirkan anak, Cha Jung Sook tidak lagi mempraktiskan profesion doktornya, hanya komited terhadap keluarga manakala si suami telah menjadi seorang Profesor.

Hendak dijadikan cerita, Cha Jung Sook telah jatuh sakit dan memerlukan pemindahan hati. Calon penderma hati yang benar-benar layak hanyalah suaminya tetapi ibu mertuanya tidak setuju sama sekali anak lelaki kesayangannya menderma hati untuk isterinya. Ketika inilah, Cha Jung Sook mula terasa hati dan berfikir balik segala pengorbanannya terhadap keluarganya. Akhirnya dia berjaya juga menerima hati daripada penderma yang meninggal dunia dan pembedahannya telah dilakukan orang seorang profesor muda yang hensem lagi bergaya, Profesor Kim.

Setelah pembedahannya berjaya, Cha Jung Sook bertukar imej dan watak dan dia nekad untuk meneruskan kerjaya doktornya yang telah ditinggalkan selama 20 tahun. Dia berjaya memohon untuk menjadi doktor pelatih di hospital tempat suami dan anaknya bekerja tetapi tetap merahsiakan status hubungan mereka.

Profesor Roy meminati Cha Jung Sook dalam diam dan bertugas di hospital yang sama. Maka, di sinilah bermula pelbagai insiden lucu, geram, marah, sakit hati, semuanya ada. Profesor Seo In Ho sebenarnya masih menjalinkan hubungan dengan bekas teman wanitanya di zaman kolej, Choi Sung Hee. Choi Sung Hee juga profesor di hospital tempat mereka bertugas. Nak kata Profesor Choi ni penyondol, tapi dia memang teman wanita Seo In Ho masa zaman kolej. Cuma Cha Jung Sook yang agak tidak bernasib baik kerana termengandung anak Seo In Ho dan terus dikahwinkan. Cuma bila Seo In Ho telah berkahwin dengan Cha Jung Sook tapi Choi Sung Hee ni masih tetap meneruskan hubungan cinta mereka sampai ada anak luar nikah yang sebaya dengan anak bongsu Cha Jung Sook (Seo I-rang). Makanya memang bolehlah dikatakan Profesor Choi Sung Hee ni penyondol kan? Geram tau dengan penyondol dan anak penyondol ni.

Sekarang makin best pulak, tak sabar nak tau ending samada Dr Cha ni akan memilih Profesor Seo (suaminya) ataupun Profesor Roy. 

Siapa follow Dr Cha, komen ya nanti.  Korang team Profesor Seo In Ho atau Profesor Roy?? Hihihi.
 

17 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Belum tengok lagi tapi adik-adik dah racun soh tengok 😁.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bah bah... sila marathon sampai epi 12 kak... hahaha

      Delete
  2. Kmk nang tetak besar bila nanggar adegan nok lucu2 antara sidak tiga tok (Dr. Cha, Dr. Seo dgn Dr. Roy). Dr Seo tok kmk geram tapi nya cali juak 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Part nya mdh lakinya mati ya paling lucu, ms birthdaynya dgn di kpg ya pun sama... hahaha

      Delete
  3. saya .. saya... dah terjebak sama.. kelakar sgt & gelak besar sorang2 dibuatnya..
    MA..team Dr Roy of coz ..anak2 nya bagus support mak nya.. x sabar tunggu weekend ni

    ReplyDelete
  4. belum start...tapi trailer asyik lalu-lalang kat tik-tok...masuk list..

    ReplyDelete
  5. Kita! Kita!

    Tu laa.. kalau ikutkan Dr Cha tu yg menyondol dulu, kita pun kadang konpius nak sokong sape.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Tp tetap x suka si dr choi tu.. mak mertua dr cha pn mcm xnk menerima dia kan walaupun masa muda dlu dia suka dr choi

      Delete
  6. saya blm sempat follow lagi ni tp duk lalu lalang byk kali dah hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila la marathon nnt kita boleh sembang kt blog 🤭🤭

      Delete
  7. x tgk lg tp dr review sy baca ramai beri feedback positif. sy dah bookmark drama ni. tggu ms je utk tgk... laa ni belum ada kesempatan lg nk bermarathon😁

    ReplyDelete
  8. SA laaa....hehehe....memang best citer ni..cuma tu la jenuh tunggu ongoing episode..rasanya weekend ni 2 episode terakhir...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa.. 14 epi je ke?? Tp bln 6 ni ada ceta baru jugak.. mcm best jugak

      Delete
Previous Post Next Post

Contact Form