Pantai Tanjung Kembang, Kabong

Baiklah, saya nak sambung cerita hujung minggu yang panjang masa cuti Gawai hari tu. Road trip ni memang nak jalan-jalan dan makan-makan saja, so selepas makan tengah hari di Belian Corner, kami meneruskan perjalanan ke Kabong. Kabong ni ialah daerah kecil untuk bahagian Betong. Ya, dari bahagian Sarikei ia akan masuk bahagian Betong, Sri Aman dan barulah Kuching. Kita hanya akan lalu di Kabong ni kalau guna jalan pesisir, kalau guna highway Pan Borneo kena masuk ke simpang Roban untuk terus ke Kabong.

Apa yang best di Kabong ni? Sejak belakangan ni ada 1 pantai di Kabong ni yang akan buat yearly event untuk Pesta Layang-Layang. Untuk tahun ni dah buat masa bulan 3 hari tu. So tak sempat nak tengok. Memang teringin nak tengok dengan mata kepala sendiri.

Here we go, Pantai Tanjung Kembang!!

Dari Belian Corner tu dalam 10-15 minit je sampai di Pantai Tanjung Kembang.

Pose wajib kalau tiba di satu tempat baharu. Semua 1st timer kecuali saya je yang pernah ke Kabong suatu ketika dulu, tahun 2006 macam tu kot, itu pun urusan kerja. 

Dan di situ ada tapak jualan. Besar dan luas tapaknya, banyak pulak tu stall. Yang bestnya macam-macam ada. Tapi yang paling special, menu local kat sini iaitu TUMPIK. Tumpik ni macam lempeng, tapi diperbuat daripada tepung lemantak dan kelapa. Kemudian ia ada campuran makanan laut, ada udang, lumek atau sotong. Selalunya orang akan guna udang. Lumek tu sejenis ikan. Saya tau tau pulak nama saintifiknya atau nama dalam Kamus Dewan. Tapi ikannya jenis lembik, selalu kami di sini buat sup. Kalau tumpik yang biasa pulak, biasa ni ertinya takde campuran seafood, tumpik ni akan dicicah dengan gula apong yang dicairkan.

Ini haa... stall ni yang kami terus tertarik. Stall lain tu lebih kurang je dengan stal-stal lain yang ada di uptown.

Tumpik sedang dimasak.

Satu lagi, Suman. Ianya sama seperti tumpik cuma cara buatnya dibungkus dalam pucuk daun nipah. Satu lagi makanan local macam ni ialah pais ikan, pun dibungkus dengan pucuk daun nipah ni jugak cuma pais takde kelapa la, cuma ikan dilumur dengan garam, dibungkus dan dimasak atas api macam ni. Fuh, sedap sebab aroma daun ni memang wangi.

Sibuk adik-adik ni ambil order suman.

Yeay, tumpik payak kami dah siap. RM3.

Makan ketika masih panas, memang sedap. Nampak tak udang tu. Tapi sebenarnya kami di sini panggil ni payak, sebab saiznya kecik. Kalau udang, udang galah tu la. Yang kecik macam ni kami panggil payak. Cucur payak, ertinya cucur udang yang saiznya kecik macam ni.

Alan ni di mana-mana mesti dengan keropok lekornya.

Cari tempat lepak untuk makan tumpik, buah-buah dan keropok lekor, nasiblah ada backdrop event (event yang dah lepas ye) masih ada dalam kereta saya. Boleh guna untuk buat alas duduk. Hihihi.

Belakang kami duduk makan pun ada kanopi yang jual suman. Erm... dapnya. 

Kami set masa 30 minit je untuk lepak dan makan di Pantai Tanjung Kembang. Gambar pantai tak ambik pulak kan? Hahaha. Cuaca panas terik, memang takde feel nak jalan di pantai. Tapi pantai di Miri lagi best. Cuma saya tak pernah up cerita lepak di pantai di Miri rasanya. Hmm... cerita Miri 2022 memang tergantung terus. Hahaha. Ada masa saya trowback.



 

7 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Macam murah jugak ya tumpik dengan udang banyak gitu cuma RM3.

    ReplyDelete
  2. Menarik jualannya tu sebab tak pernah kita jumpa. Kalau Mim cakap sedap, mesti sedap tu smpi buat kita terliur.

    ReplyDelete
  3. sekadar dengar jak Pantai Tanjung Kembang tok...lom lagik ada kesempatan untuk ke sia

    ReplyDelete
  4. Belajar beberapa perkataan baru. Tumpik, suman, lumek dan payak. :)

    ReplyDelete
  5. Menariknya tumpik makan dengan payak!

    ReplyDelete
  6. tak payah cicah apa2 eh tumpik tu?

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form