Makan Tengah Hari di Belian Corner

Selesai Minum Pagi Di Aik Seng Cafe, kami check-out di hotel dan meneruskan perjalanan kami balik ke Kuching. Target gerak dari Sarikei pukul 12 tengah hari dan on the way balik ke Kuching sempatlah makan tengah hari di Belian Corner yang terletak di simpang empat Nyabor, Kabong, Sessang dan Roban. Dari jalan Pan Borneo kami masuk ke simpang Roban dan terus ke Belian Corner. Kami sampai di Belian Corner tu dalam pukul 1.45 petang macam tu dan kalau dah ke sini balik nanti plan akan menggunakan feri dan terus sampai ke Kuching. Sebenarnya ini jalan alternatif iaitu jalan pesisiran yang tidak perlu menggunakan jalan Pan Borneo. Oleh itu, kalau kita dari Kuching atau dari arah utara Sarawak menuju ke Kuching menggunakan jalan Pan Borneo, memang tak akan lalu kedai makan ni. 


Apa yang uniknya tentang kedai makan ni, kedai ni diperbuat daripada kayu belian. Kayu belian seperti yang kita sedia maklum, pokok kayu yang keras dan tahan lasak. Dan harganya pastilah harga kayangan kalau sudah jadi perabot.

Laluan masuk ke Belian Corner.

Perabot-perabot berasaskan kayu belian.

Ada ruang untuk customer jamming dan karaoke.

Menu yang ditulis di atas sekeping kayu.

Menu yang tampal di dinding pun ada jugak.

Sinki yang unik.

Nasi kukus ayam penyet dengan ulam pucuk ubi, jantung pisang, pisang muda, mangga muda, buah limau barli sebagai pencuci mulut dan papadom.

Nasi kukus ikan bawal penyet dengan ulam-ulaman yang sama. Sambalnya pulak ada 3 jenis, sambal belacan tumis, sambal kicap pedas dan sambal belacan cair.

Siput sedut masak kicap, atau kami di Sarawak siput ni dipanggil tekoyong.

Ini merupakan kali kedua kami makan tengah hari di sini. Pertama kali dulu masa on the way dari Kapit balik ke Kuching. Ingatkan ada letak di blog, rupanya tak ada! Hahaha. Cuma ada post di FB je. Bila saya godek balik blog, rupanya memang tak berapa banyak cerita di Kapit di blog. Takpelah nanti kalau rajin saya throwbacklah balik. Hehehe

Ini kali pertama diorang di sini kecuali Aydin. Sebab dulu masa ke Kapit, Aydin sorang je ikut. Yang lain semua tinggal dengan nenek.

Mak ngab aka Ibu Aydin ber 0.5 

Nampak tak botol kicap kat atas tu? Kalau kat Sarawak memang legend Kicap Tong Nam ni. Sekarang saya dah tak makan kicap ni, sejak belajar di UPM dulu makan kicap Jalen so lidah pun dah bertukar rasa dah, sekarang kalau tak Jalen, Adabi atau Mahsuri

Laksa Sarawak Belian Corner, tak habis! Abang lah yang order sebab tak dapat makan di Sarikei kan? Ternyata tak memuaskan hatinya sebab tu tak habis. Kuahnya pekat sangat. Saya sendiri pun tak lalu makan.

Nasi Kukus Ikan Bawal lagi.. another view

Ini kami order nasi putih kosong, dapat macam ni, nasi kukus jugak. Ada aroma daun tu yang sedap

Ini la hero-hero kami. Amirul (Iyul), Imran (Awan), Aydin dan Idlan (Alan).

Setel makan tengah hari, next kami ke mana pulak ye? Bersambung..



 

8 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. belum pernah lagi menggunakan jalan pesisir ....sebab itu sik jumpa kedai berlian corner tok

    ReplyDelete
  2. jeruk terlihat segar kak...dan menu menunya menyehatkan...lihat pucuk daun ibi membuat mbul ingin merebus daun ubi juga...kates muda sedap teksturnya..makan bersama family amat sangat menggembirakan..ramai dan fun ^^

    ReplyDelete
  3. Bestnya. Cie tak pernah pi Sarawak.

    ReplyDelete
  4. Nampak unik suasananya, termasuk menu yang ditulis atas kayu, makanan dan cara menghidangnya. Menarik!

    ReplyDelete
  5. Unik kedai dia, semuanya kayu. Cara nasi kukus dihidang pun unik, dalam daun.
    Saya pun suka kicap Jalen. Kalau tak Jalen, cap kipas udang.

    ReplyDelete
  6. unik dan cantik kedainya. makanan pun nampak sedap.. Bila lah sy nak sampai ke Kuching.. huhu

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form