Rezeki Puasa Asyura Birthday Kawan Abang

Hari Jumaat lepas alhamdulillah telah direzekikan mampu untuk berpuasa sunat hari Asyura. Tapi tak plan apa pun untuk berbuka, ingatkan nak berbuka simple saja dan balik dari Kumon bolehlah lepak cari makan di uptown. Tapi rezeki memang tak pernah salah alamat. Petangnya tetiba banyak pulak makanan untuk berbuka. Kebetulan Abang dapat jemputan makan-makan birthday BFF dia di sekolah. Mulanya mak kawan dia whatsapp jemput makan-makan di Pizza Hut, lepas tu tukar plan makan-makan kat rumah je. So tengah hari sebelum Ayah masuk ofis balik, Ayah pun hantar Abang ke rumah kawannya.


Balik kerja saya pula jemput Abang balik, tapi mak kawannya jemput masuk rumah dulu, sebab anak-anak masih main game lagi. Takdelah ramai sangat pun, 4 orang je classmate Abang dan kazen kawannya.

Close friend & kazen je yang datang kata mak kawan Abang

Abang dapat hadiah menang game susun cup daripada birthday boy.

Bila dah masuk of course la tuan rumah jemput makan. Banyaknya makanan untuk anak-anak ni. Saya hanya tolak dalam senyuman sebab saya puasa. Rupanya tuan rumah tapau untuk saya buka puasa. 

Mak kawan Abang tapaukan kuih, birthday cake dan mee hoon goreng Singapore. Lepas tu mak pulak call suruh ambik sup di rumah. 

Call Iman untuk masak nasi je. So berbuka dengan makan nasik dan sup air tangan mak.

Lepas tu ada karipap dan bingka durian. Sedaplah pulak bingka durian yang kaler hijau ni.

Meehoon ni pun sedap, mungkin sebab puasa jadi semua sedap. Berkat sedekah di hari asyura ni semuanya habis licin. No wonder kan rahsia Allah, hikmah bersedekah. 



فَبِاَيِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِ
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

 

7 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. alhamdulillah Mim, Jumaat lepas ramai juga yang buat bubur asyura dan sedekah, sedap makan setahun sekali kan :)

    ReplyDelete
  2. Jeles lah Akak. Ramai yg dpt berpuasa Muharam. Lain kali klu Kakmim berpuasa doakan Akak tau. Doa org berpuasa ampuh.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah rezeki berpuasa tu...
    Sama2 dapat ganjaran; yg berpuasa dan yg memberi Insha Allah.

    ReplyDelete
  4. Rezeki berpuasa ...kalau lagi puasa semua sedap

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah....rezeki melimpah..
    Sup tu nampak menggoda sungguh.Dapat makan dengan kolok mee sedap nih

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..macam-macam menu dapat rezeki berbuka puasa. Semua pun sedap sedap tu KakMim.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. murah rezeki orang berpuasa juga kepada si pemberi.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form