16 Tahun


Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Ogos dah. Pejam celik pejam celik dah 16 tahun dah bergelar penjawat awam. Dulu lapor diri belum 30 lagi, sekarang dah 40-an dah. Lepas tu lepas lapor diri terus ada event konvo, terus bertugas tapi tak join pun di hari kejadian sebab kena fly ke KL sebab dah beli tiket jalan-jalan dengan cousin di KL. Tiket pun dah lama beli, nasib baik bos-bos pun ok jer. Hihihi. Sesuka hati aku je. Hahaha.

Layan gambar masa muda zaman kursus induksi. Time ni baru-baru pregnant Iman.

Zaman ni kursus induksi 2 minggu, siap ada exam lagi masa tu, assignment individu pun ada. Ni gambar nak masuk exam, nota pun masih di tangan. 

Group photo bersama rakan sperjuangan dari seluruh Malaysia. Ada yang masih lagi contact, ada yang masih jadi kawan FB, ada yang baru perasan eh kita sama induksi rupanya dulu ek. Hahaha. Kenangan sungguh.

Permulaan 1 Ogos menjadi hari penting dalam timeline kerjaya saya. Tercapailah juga impian menjadi cikgu walaupun tidak mengajar di sekolah. Dari kecik dah selalu berangan jadi cikgu. Alhamdulillah dah ada 'cucu' sebab ramai ex-student dah beranak-pinak jugak sekarang.





9 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Tahniah berjaya memikul amanah selama 16 tahun...Semoga dimudahkan urusan..
    Eh,sekarang pun macam masih sama dengan 16 tahun dulu..apa rahsia awet muda?

    ReplyDelete
  2. congrats!!! 16 tahun tu...yeay!!!

    ReplyDelete
  3. Kejapnya masa berlalu kan? Tahu tahu dah 16 thn dah.

    ReplyDelete
  4. congratttsss 16 tahun yg indah pastinya :)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah... 16 tahun yang lama tu. Rezeki KakMim dapat jadi penjawat awam. Semoga terus memberikan khidmat yang terbaik.

    ReplyDelete
  6. Happy anniversary kakmim.. semoga terus semangat menabur bakti.

    ReplyDelete
  7. Happy anniversary sbg penjawat awam kakmim!

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, sudah 16 tahun bekerja sebagai penjawat awam. Rezeki tu. Saya dulu pernah interview JPA, tapi gagal. Hehe.. Semoga Kakmim terus bersemangat menjalankan tugas. :)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form