Family Boat Ride di Telaga Air

Setel makan tengah hari, kami berjalan kaki ke jeti yang terletak hanya seberang jalan dari food court tempat kami makan. Jam menunjukkan jam 12 tengab hari dan pengunjung semakin ramai. Nasib baik kami dah sampai awal. Di jeti pun masih tak ramai orang. Dan saya tertarik dengan poster boat ride. Encik Suami pun join baca poster dan dia terus, "jom, naik bot!". Saya pun apa lagi, ibarat pucuk dicita ulam mendatang dan orang mengantuk disorongkan bantal. "Jom!"

Kami pun terus ke kaunter. 1 bot, 1-5 orang RM50. Orang ke 6-8, RM10 sekepala. Max 1 boat 8 orang sahaja. Memandangkan kami ada 6 orang so kami kena bayar RM60 untuk ride ke area wetland, Kampung Sibu Laut, healing di laut sekejap dan balik semula ke jeti. Ok la janji #theIMAns dapat experience naik bot.

Okay let's go!!


Best langsung takde orang tak payah nak queue bagai. Lepas bayar, terus turun ke jeti.

Macam biasa nak naik bot kena pakai safety jacket dulu. Mulanya nak selfie tapi adik kaunter tu offer nak ambikkan gambar pulak.

Bot mula bergerak, kita pun take photo untuk kenangan.

Belum jauh kami bergerak kami pun sampai di area Kuching Wetland National Park. Area sini memang banyak pokok bakau. Sesambil tu kita bagi lecture sikit fungsi pokok bakau kepada #theIMANs. Hehehe.

Beginilah pokok bakau hero taunami ni. Rupa biasa-biasa tapi pokok nilah yang menjadi benteng pertahanan bila ombak mengganas.

Kemudian kami lalu di Kampung Sibu Laut. Saya pun tak pernah sampai di kampung ni.

Dan tak samgka pulak rupanya pakcik tu akan stop enjin bot dan kami pun menikmati udara laut di tengah hari lit-lit. Tenangnya rasa. Macam nak baring atas bot je. Nak baring tapi tak boleh so kita ambik gambar je lah. Awan masa ni macam tak berapa sihat so dia duduk diam je. Abang Kakak je lah sakan bergambar.

Abang dan Kakak lagi.

Sementara bot berhenti, kita ber 0.5 

Ibu Ayah nak jugak. Hihihi.

Last but not least, Ayah pulak ambik gambar kami.

Katanya 30 minit ride tapi saya pun tak perasan memang 30 minit atau lebih. Tapi saya dah cukup puas, nak berlama-lama pun cuaca panas. Dan sebelum sampai ke jeri, aempat jugaklah ambik gambar jeti Kampung Telaga Air ni.

Dan bot-bot nelayan yang parking di area jeti.

Overall trip yang tak dirancang sangat memuaskan hati #theIMANs. Dapat makan, dapat naik bot, balik pulak dapat beli lemang di Kampung Temenggong.

Memang sesuailah tagline mereka "Best in Town". Memang sedap. Nak beli kuah kacang ke rendang ke untuk makan dengan lemang pun ada dijual di kedai ni. Satu lagi trademark kampung ni ialah coconut shake. Tapi saya bukan penggemar coconut shake. Ibu tak minat, automatically anak-anak pun tak minat. Hahaha. Boleh pulak pukul semua.


 

13 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Bestnya!
    Ok sangat harga sewa bot tu...yg pntg anak2 happy dan dapat new experience.

    ReplyDelete
  2. Best kan raon2 nait bot ya. Kmk org riya pun sik da queue juak, bayar terus nait. Dah la tour guide kmk org ya rapeh dgn kmk org, sik berenti2 nya bersembang tengah laut sampai mabuk Jun kenak alunan ombak hihi. Kitak org ada rezeki jumpa ikan lumba2 sik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. xda koh... ktk org ada jumpa kah? mst excited nangga

      Delete
  3. Wahh seronok naik bot. Last Cuya naik bot masa diploma di Pha Nga Thailand

    ReplyDelete
  4. menariknya aktiviti niii yg penting wajib pakai life jacket ;)

    ReplyDelete
  5. Asiik naik perahu boat..gimana sensasinya😀

    ReplyDelete
  6. Pengalaman yang seronok 👍🏽

    Lemang tu nampak macam warna hijau? Ke faktor pencahayaan besen hijau 😄
    Menarik jugak cuba makan lemang dengan kuah kacang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah... memang warna hijau... kat sini memang org jual lemang sekali dengan kuah kacang.. tapi sapa yg nak beli je lah.... itulah yg member ofis dr semenanjung br belajar mkn lemang dengan kuah kacang kat sini... hehehe

      Delete
  7. seronoknya jalan2 naik bot... seronok semuanya

    ReplyDelete
  8. best kalau orang tak ramai ni... kite kite je...

    lemang dia mmg warna hijau ya?

    ReplyDelete
  9. Kalau nanti ada kesempatan, saya nak eksplor Kuching , Sabah dan Serawak. Bagian Malaysia yg sebelah sini saya belum pernah visit samasekali. ❤️

    Cantik dan cakep anak2 kak mim 👍

    ReplyDelete
  10. wah best tu..layan bila sesekali naik bot tgk view yg sedap mata memandang wpun tengah panaih lit lit..hehe..

    ReplyDelete
  11. Seronok anak2 dapat naik moto. Pengalaman baru. Adventure baru.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form